BAB 2

Romance Series 11243

KUALA LUMPUR,MALAYSIA,

Akhirnya,setelah Akira habis pantang dapat juga dia jejak kaki ke tanah air.Banyak sangat perubahan.Walaupun hanya 7 bulan meninggalkan Malaysia perasaan yang datang lain sangat.

'Haih rindu Malaysia'

Flashback,

"Take care dear.Kau dah sampai call tau."kata Adam.

"Iye.Jangan lah risau."balas Akira.

"Ni anak buah uncle jangan nakal.Jaga mama tau kalau mama nakal,tak jaga Aisy bagi tahu uncle."bual Adam dengan si kecil yang tak faham apa pun itu.

"Ira jaga diri tau.Ingat apa Adam cakap tu call bila sampai."kali ini Sharifah pula mengulang ayat.Akira tersenyum manis.

"Iye.Nak peluk sayang bonda."dipeluk erat tubuh tua itu.

"Bonda je ? aku ?."ujar Adam.
Akira terus memeluk si abang tanpa Adam bersedia dengan dihadiahkan ciuman di pipi.

"Ira!.Agak-agaklah awam ni."malu Adam dibuatnya.Mereka ketawa bersama.

"Eh ! Ira masuk dulu.Assalamualaikum.Jaga bonda.Kalau free datang sana tau."kata Akira.

"Orait dear."

Sharifah hanya memandang sayu.Berat hati sebenarnya ingin melepaskan Akira keseorangan pulang.Tapi apakan daya Adam sibuk dengan syarikatnya.Sharifah cuba memujuk hati gundah.

End Flashback.

Sedang asyik melayan perasaan terasa ada seseorang menyapa dari arah belakang.

"Ye."

Terkejut Akira.Begitu juga gerangan yang menyapa.

"Kira!."

"Pak Mat!."

Serentak mereka bersuara.Suasana yang bising tidak sesuai untuk berbual lalu Akira membawa Pak Mat ke kedai makan yang ada.

"Mana Kira pergi selama ni.Puas semua orang cari."Pak Mat mulakan perbualan.Akira hanya tergelak kecil.

"Siapa tu yang risau sangat dekat Kira?."entah kenapa Akira bertanya begitu.

"Kamu ni,mama papa abang kamu dua orang tu."

Nampaknya nama yang ditunggu tak ada pun.Tak apa lah buat apa nak kisah lagi.

"Mama kamu baru keluar dari hospital.."ujar Pak Mat.

Automatik Akira terkejut.

"What!? kenapa Kira tak tahu.."

"Bukan Kira tak tahu.Puas kami telefon hanya suara boing..boing...je keluar.Mesti tukar nombor tak lain tak bukan."

Ketawa lucu Akira.Boing...boing pun boleh lah Pak Mat.Haah aku pun satu lah.

"Sekarang mama macam mana?"tanya Akira.

"Alhamdulillah semakin sihat."
Akira melepaskan keluhan.

'Sepatutnya aku kena ada disamping Mama'

"Ada apa-apa lagi yang Kira tak tahu sepanjang Kira tak ada ni ?."tanya Akira.

"Syarikat kamu baru ni ada orang menyeleweng duit.Itu pun masih tak settle lagi.Abang kamu dua orang mana lah tahu selok belok syarikat kamu.Privasi sangat."kata Pak Mat.

Kira mengeluh panjang.

'Ingatkan kepergian aku tiada masalah.Tapi macam-macam jadi tanpa aku tahu'

"Kira nak balik rumah papa mama ke?."tanya Pak Mat.

"Buat masa sekarang tak kut..Kira nak balik rumah Kira.Lagipun Kira nak jumpa kawan dulu."jawab Akira.

Hampir lupa akan anaknya.Ditoleh ke sisi si kecil sedang nyenyak tidur.
"Pak Mat ni anak Kira.Aisy Izham."Kira menunjuk wajah si kecil.Terkejut Pak Mat mendengar.

"Ya allah sebiji macam bapaknya."serta merta senyuman dibibir Akira mati.Pak Mat berpaling.

"Kamu tak nak jumpa dia ke?"tanya Pak Mat.Akira hanya diam.

"Pak Mat tak patut masuk campur hal rumah tangga kamu.Tapi Pak Mat nak tanya kamu memang betul tak sayang Dani tu?."

Akira hanya diam.

"Kira sekurang-kurangnya bagi peluang, dengar penjelasan dulu dari Dani.Bagi dia tebus kesalahan dia.Fikir pasal anak Kira.Anak ni anak dia juga,darah daging dia.Dani tahu tak yang Kira mengandung hari tu?."Pak Mat mengajukan pertanyaan.
Akira mengeleng.

'Ya allah Kira kenapa tak bagi tau nak'

"Haih kamu ni."

"Tapi Aswan dengan Lisa tahu mungkin Dani dah tau dari diorang."balas Akira.

"Ingat apa Pak Mat cakap tau.Dani tu lepas kamu hilang terus berubah perangai.Kuat marah orang."

"Perangai mmg macam tu,tak dapat ubah dah tu Pak Mat."sampuk Akira.

"Makan pun dia tak jaga.Bukan sengaja,sebab terlalu memikirkan kamu.Pernah juga dia luah rasa hati dekat Pak Mat tapi apa je Pak Mat boleh buat.Perangai juga kamu nak cakap kalau macam tu sekali? Kira dia suami tau.Mesti ada perasaan risau akan isteri,rindu akan isteri.Kasihan tau Pak Mat tengok dia tu. Enam bulan tu bukan sekejap tau nak tunggu.Mungkin orang lain dah lama dia kahwin lain tapi Dani tak. Dia tahu salah dia jadi dia nak Kira balik pada dia sanggup dia tunggu Kira."kata Pak Mat lagi dia bukan apa mahu juga tengok kesedihan anak majikannya itu hilang dan digantikan dengan kebahagiaan.

"Kira tak tahu nak cakap apa.Susah nak buat keputusan.Kira balik sebab mama papa je.Kira tahu kira masih ada suami dan Kira pun masih bergelar isteri.Kira dah tak jalankan tanggungjawab kira sebagai seorang isteri Pak Mat.Rasa berdosa sangat,tapi hati Kira semua orang tak faham.Iyelah hanya dimulut semua orang kata rindu,sayang.Tapi hakikatnya tak."luah Akira.

"Jangan cakap macam tu Kira."

"Betul Pak Mat.Nak ke Dani terima Kira semula sedangkan dia tak tahu Kira pregnant masa tu.Tiba-tiba balik dah ada anak.Takut nanti dia tak mengaku anak je..."ujar Akira.

"Ya allah Kira jangan fikir bukan-bukan.Daniel bukan macam tu orangnya."Pak Mat cuba untuk memahami hati Akira.

"Takpe lah.Pak Mat dekat sini buat apa? cari awek ehh..."sengaja Kira menukar topik.

"Ishh,apa kamu ni.Mak Som kamu tu Pak Mat nak letak mana. Datang ni pun hantar Zira sebab dia sambung belajar ke Australia.Itu lah yang ada dekat sini.Kalau tak mana mahu Pak Mat jejak tempat sesak ni."jawab Pak Mat meleraikan usikan Akira.

"Oh yeke? tahniah.Hurm,tak sempat jumpa dia.Tapi Pak Mat cari je lah isteri muda."

"Kira kamu ni tak ubah perangai tu.."

Mereka ketawa bersama.Ini lah Akira suka sangat mengusik Pak Mat.Sudah lama Pak Mat dan Isterinya Mak Som itu bekerja dengan papa.Sejak aku kecil lagi kerana Pak Mat orang yang dipercayai oleh papa.Hurmm rindu mama papa angah along.

"Lambat dah ni Pak Mat.Kira balik dulu ye."

"Nak Pak Mat hantar kan ke?"

"Tak payah lah susah kan je."

"Apa yang susahnya.Pak Mat ni dibayar suruh bekerja."

"Tak apa.Kira nak balik rumah je dulu."bersungguh Kira menolak pelawaan itu.Akhirnya Pak Mat akur.

"Kamu tu nak sorok rumah kamu kan?."tanya Pak Mat.

Akira tergelak kecil.

"Pak Mat janji jangan bagi tahu sesiapa yang Kira dah balik.Okey."
Pak Mat membalas gaya okey yang dibuat oleh Akira.Akira hanya tersenyum lalu berlalu dari situ.

**************************************************************

PERMAI INDAH,

Setelah membayar tambang teksi.Kira mangatur langkah ke perkarangan rumah.Semakin panjang rumput di halaman.Masih sama tiada yang berubah.Si kecil mula merengek.Akira terus membuka pintu utama.Hurmm sekarang si kecil ni ada.Aku kena upah orang kemas cuci habuk semua ni.Akira terus menguruskan si kecil sehingga siap.Barulah dia yang mandi.Selasai mandi Akira terus merebahkan badan di sisi anak.Suka melihat telatah anaknya yang banyak ragam.

"Em..maaa.."

"Iye sayang kenapa ni?."

"Mmmm..maamm.."bergolek si kecik ke kiri kanan.

Suka sangat orang bercakap dengan dia.Di kucup lembut pipi anak.Biarlah dia main puas dah tidur tadi.Akira menerokai gambar yang di ambil semasa di Turki namun terselit juga gambar Daniel yang dicuri tangkap semasa tengah tersenyum.

"Haih,sampai macam ni sekali aku sayang cintakan kau.Tapi kau...."keluh Akira.Dilihat jam tangan.

"Ya allah aku nak masak untuk Lisa."bergegas Akira bersiap dengan pantas kerana sedah terlewat dan disertakan beberapa helai baju mungkin tidur dekat sana lama tak jumpa sahabat kut..

**************************************************************

TAMAN INDERA,

Setibanya di rumah semasa Akira bujang.Eh bujang ke? tak sesuai.Waktu masih anak dara lah..ni lah tempat aku.Sekarang Lisa duduk sorang entah bila lah nak kahwin budak tu.Akira tahu yang Lisa belum pulang tapi tak mengapa dia ada kunci pendua.

Anaknya di letak di atas permaidani ruang tamu di biar si kecil bermain keseorangan.Manakala kira terus melangkah kaki ke dapur untuk memasak.Sudah lama tidak makan bersama Lisa, jadi hari ini dia tak nak kawannya balik penat nak masak.Kira menumpukan perhatian pada masakannya.

7.30 malam baru Lisa sampai rumah dengan keadaan yang penat.Selalunya singgah mana kedai untuk tapau tapi dah lewat sangat jadi terus pulang.Hairan melihat rumah seperti ada yang tak kena.Saat mata di alih ke sofa susuk tubuh bayi sedang tidur.

"Wowowo anak siapa ni ya allah mati aku.Siapa punya anak ni.Aduh apa aku nak buat ni."kehulu kehilir Lisa di hadapan si kecil itu yang sedang nyenyak tidur.

"Call Aswan? Tapi dia boleh buat apa je.Eh tak boleh,tak boleh."runsing Lisa.

"Adik siapa mak ayah awak.Kenapa dia buang awak dekat dalam rumah saya.Hurmm bau minyak johnsons lagi kau ni adik.Orang sekarang pandai buat! Tanggung tak nak!."bebel Lisa sambil mengusap lembut wajah si kecil.Akira hanya menahan tawa.

"Apa yang tak tanggungnya.Anak aku mestilah aku jaga Aunty Lisa."terkejut dek suara itu.

Lisa berpaling laju,membulat matanya saat si gerangan ialah Akira,ye Akira Syazana.

"Dah kenapa kau ni? Aku lah.Akira.Dah lupa ke?."

"Aku tak percaya betul ke kau ni?."Lisa menghampiri.

"Aku lah gila.."ditonyoh kepala Lisa.Mereka ketawa bersama.

"Beb aku rindu gila,nak pulak kau balik.Ingat nak stay sana je."

"Tak lah.Tak kan aku nak besarkan anak aku dekat sana.Nanti duk cakap Turki pulak."

"Apa salah dia nak belajar bahasa lain.Alahai,comelnya dia.Hey bangun lah."Lisa mula mengomol si kecil.

"Eh.Budak tu nak tidur lah."

"Apa nama ni?"

"Aisy Izham."

"Boy? lah punya lah aku ingat perempuan.Sebiji lah muka dia macam Daniel.Mesti terubat rindu kau kan."Lisa mengusap lembut si kecil.Akira hanya diam.Lisa baru perasan yang dia sudah tersalah cakap.

"Sorry beb."serba salah dibuatnya.

"Eh.Its okey.Betul apa kau cakap."sayu ungkapan itu di pendengaran Lisa.

"Kuat kan kau harung semua ni sorang diri.Kalau aku dekat tempat kau aku tak boleh bayang, entah aku lari...mintak cerai dah kut."ujar Lisa.

"Sudahlah merepek je.Aku malas dengar semua ni. Sekarang jom makan aku dah masak."

"Kau biar betul.Aku balik terhidang makanan."

"Apa yang tak betul.Betul lah ni.Dah kau pergi mandi now!.Bau macam apa dah."

"Eleh kau...meh sini."Lisa sengaja mengepit Akira di bawah ketiaknya.

Riuh ruang itu dengan gelak tawa.

"Ehh...pergi lah anak aku nak tidur ni."

"Sorry anak Aunty."Lisa terus mendaki anak tangga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira menyediakan hidangan.Sementara menunggu Lisa mandi dia mengatur langkah ke ruang tamu,sambil bermain dengan telefon pintar.Aisy sudah lama di letak ke dalam bilik nyenyak betul si kecil tu.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

'Siapa pula malam datang rumah anak dara ni'

"Ye cari siapa."si gerangan terus berpaling.Terkejut Akira dibuatnya.

"Akira!."

"Hehe.Ye aku lah."seperti kerang busuk saja Akira.Niat ingin mengelak tapi tak kesampaian sudah.

"Kau balik bila ni? Tak cakap dah sekarang kalau balik.Makin berseri kau eh."Akira ketawa.

"Banyak lah kau punya seri.Macam baru balik kerja kau ni,banyak sangat ke kerja sampai kau balik lewat ni?."

"Yelah.Dulu kerja dengan kucing je... sekarang bapak singa.Hari-hari naik minyak."

Akira melepas keluhan berat.Sampai macam ni sekali perangai kau berubah.

"Lisa mana?."

Tersentak Akira dari lamunan.

"Huh? oh ada dekat atas."

"Oh kalau macam tu.Ni aku alang-alang balik tadi tapau makanan untuk dia."kata Aswan sambil di hulur bekas plastik.

"Kira siapa datang."laung Lisa.

"Boyfriend kau."

"Eh kau ni Kira."marah Aswan.

Lisa menghampiri Akira di muka pintu.

"Lah Wan."

"Tu makanan untuk kau."

"Susah je kau ni.Thanks."

"Alahai hari-hari aku hantar tak pernah pula cakap susah ke apa."

Akira hanya memerhati.

"Jap.Sejak bila korang ni..."

"Apa?."serentak mereka bertanya.

"Aku tengok macam..."

"No!."serentak dua orang itu menidakkan.Akira gelak sakan di situ.Dengan muka dua-duanya masam saja.

Pin!Pin!

"Siapa tu? Aku ingat kau sorang je.."tanya Akira.

"Daniel.Hari ni aku balik dengan dia,dia malas nak..."Akira berlalu pergi malas ingin mendengar.Buat sakit hati saja.

Aswan dan Lisa saling berpandangan.

"Sampai bila diorang macam ni?"

"Itu lah."

Daniel sudah bosan menunggu Aswan.

"Ini yang aku malas balik dengan dia ni."rungut Daniel.

Saat sedang memerhati rumah Lisa.Ternampak kelibat seorang wanita di tingkat atas.Dia cuba untuk mengecam tetapi wanita itu terus berlalu.

'Siapa tu?'

"Woi!."terkejut Daniel dibuatnya.Jelingan maut di beri kepada Aswan.

"Kau tenung rumah Lisa tu buat apa?."

"Tak ada apa, yang kau lama sangat berborak pahal.Dah lewat ni nak solat lagi."rungut Daniel.

"Sorry bos."
Kereta terus dipandu laju.

**************************************************************

BANGLO TAQ

Setiap kali hari minggu Daniel hanya duduk melepak di rumah Aswan. Selalu menghabiskan masa dengan bermain game saja.Tetapi selepas pulang dari rumah Lisa banyak dia termenung.Seperti ada yang tak kena.

"Bro,kau okey tak ni? dari semalam aku tengok kau termenung macam ada masalah je.."risau juga Aswan terhadap kawannya itu.Entah kena sampuk ke semalam mana tahu kan.

"Okey."sepatah saja yang dijawab.

"Okey apa kalau muka macam susu basi je.Termenung macam bukan termenung.Aku tengok macam nak telan orang ada lah."ujar Aswan.Daniel tergelak kecil.

"Banyak lah kau punya susu basi. Aku nak keluar jap."Daniel melangkah ke pintu.

"Pergi mana?"

"Tenangkan hati,hapuskan memori."kata Daniel berlalu pergi.

Aswan hanya memandang kosong itu sahaja ayat yang Daniel selalu ungkapkan.Padahal tidak terhapus juga.

'Sorry Daniel aku tak patut sorok tentang kepulangan Akira'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience