BAB 11

Romance Series 11241

**************************************************************

CHERATING BEACH RESORT,KUANTAN,

Terasa janggal pabila isteri tiada di sisi.Walaupun selama ini aku langsung tidak menghiraukannya.

"Sayang,kalau sayang bagi abang ruang untuk bercakap,abang akan jujur yang sebenarnya abang dah jatuh cinta pada saat bersama sayang tidak sampai seminggu kita akad.Abang tersentuh dengan kebaikan sayang sanggup jaga abang waktu abang sakit..."

"...tapi disebabkan ego,abang abaikan sayang,sakitkan sayang.Abang bodoh,sangat bodoh.Abang tahu abang bukan suami yang baik."rintih Daniel seorang diri.Sesekali mengalir air matanya.

Terasa murah air matanya kali ini kerana selalu saja menangis,tak kira tempat.

Daniel terus bangun keluar dari tempat penginapan ingin bersiar-siar.Daripada terus berendam air mata.

**************************************************************

2 TAHUN YANG LALU

Paluan kompang mengiringin pasangan pengantin yang tersenyum bahagia dimata tetamu yang hadir,namun tidak bagi mereka berdua.Datin Hasniza merenjis air mawar dituri Dato' Anas dan yang lain.

"Dani,jaga anak mama ye.Mama yakin Dani boleh bahagiakan Kira."kata Datin Hasniza kepada menantunya.

"Insyaallah Dani akan jadi suami yang bertanggungjawab membimbing isteri Dani ni,kan sayang?."balas Daniel sambil memegang tangan si isteri dengan dihadiahkan senyuman manis.Akira sedikit terkedu.

'Berlakon agak-agak lah'

"Dani,ingat kamu dah jadi suami orang jaga isteri tu.Alam rumah tangga ni macam-macam dugaan.Jangan cepat bertindak melulu,bincang elok-elok dulu.Faham."Tengku Khaizir menasihati satu-satu anak lelakinya.Daniel angguk faham.

Sekali lagi Daniel memandang wajah lembut itu seperti ada satu perasaan yang hadir.

'Ish,apa ni jantung tiba-tiba nak berdangdut'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai bergambar bersama keluarga tadi batang hidung Daniel sikit pun dia tak nampak.Akira terus menghampiri keluarga yang sudah ingin pulang dan rakan-rakannya.

"Tahniah Ira,dah jadi isteri orang dah dia."ujar salah seorang rakannya.

"Tahniah beb."

Akira hanya tersenyum manis.

"Thanks juga korang semua datang majlis aku ni."kata Akira.Disebalik senyuman itu penuh kesedihan.Entah kenapa hatinya merasakan begitu.Dia dapat rasakan yang dia tidak akan bahagia.Namun cepat ditepis rasa itu.

Selesai saja saudara mara pulang Akira mencari-cari kelibat Daniel.Namun tetap tidak kelihatan.

'Dia ni tak kan dalam bilik.Majlis tak habis lagi dah bla macam tu je.Tahu lah kena paksa kahwin,tapi jangan buat perangai sangat'

Langkah kaki mengorak naik anak tangga menuju ke bilik.Saat tombol pintu dibuka terkejut Akira kerana Daniel merenungnya tajam.

"Best berborak? Suami tak ada dekat sisi pun tak sedar kan.Syok betul."hanya satu pertanyaan saja keluar dari bibir lelaki itu.Daniel.

"Maaf,saya ingit awak masih dekat bawah dengan kaw.."belun sempat Akira habis cakap Daniel sudah potong.

"Dah tak payah banyak cakap aku tak nak dengar pun."kata Daniel lantas merebahkan badan atas katil ingin hilangkan rasa penat.

Akira diam saja.Lalu kaki mengorak langkah ke arah sliding door menutupi langsir,terus keadaan dalam bilik menjadi suram tanpa cahaya matahari.

Daniel membuka mata luas.

"Apahal tutup?."

"Awak nak tidur kan.Cahaya tu terang sangat ganggu pula.So saya tutup lah."kata Akira.

"Eleh,cakap saja nak,bagi alasan nak tutup langsir."perli Daniel kembali menutup mata.

Akira mengetap bibir.

'Gila ke apa dia ni.Gatal!'

"Nak tidur,buat cara nak tidur.Kang kalau aku sepak tak ke mati,janda pula aku."gumam Akira.

"Kau membebel belakang aku ?."

Tegak bulu roma Akira saat itu.Ingat dah tidur.

"Mana ada.Telinga tu dengar je orang cakap.Lain kali jangan amalkan tau.Tak baik."kata Akira.Perli.

'Ish,perempuan ni.Kuat betul melawan.Nasib kau lah Daniel dapat isteri macam ni'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Riuh rendah suasana malam ini.Mereka buat makan-makan lagi.Hanya keluarga Pak Ngah dengan Baba saja yang tinggal.Kerana masing-masing ambil cuti yang lama ingin tinggal di rumah papa.Walid tak dapat datang sebab masih di luar negara.

Akira hanya melihat dari atas saja.Terasa malas ingin turun,tapi nanti apa pula orang cakap kan.Daniel sibuk membakar BBQ.Sesekali terdengar gelak tawa mereka,senyuman manis dia saat diusik saudara mara.

"Kau ni boleh je senyum rupanya tapi,saja buat mahal dengan aku huh!"

Akira menuruni anak tangga menuju ke dapur ingin minun air.

"Kak!."sergah Ani anak Pak Ngah.

Hampir tersedak Akira saat itu.

"Apa Ani ni,terkejut akak tau."

"Sorry."

Akira tersenyum saja.

"Kenapa tak pergi dekat Abang Dani.Dari tadi dia duduk bakar sorang-sorang."kata Ani.

"Akak baru siap mandi,nanti akak pergi okey."

Ani angguk lalu terus meninggalkan dapur.

"Nana...selamat pengantin baru."sapa seseorang dari arah belakang.

Akira amat kenal gerangan itu,kerana dia saja yang panggil begitu walaupun ditegah.

"Khai,bila balik? Tadi tak ada pun kan masa aku sanding."Akira sedikit kecil hati dengan sepupunya itu.

"Ala,dah kahwin kan.Tak payah lah nak manja macam kau tak kahwin dulu.Aku ada kerja sikit lah.Ni pun baru sampai."kata Khairul.

"Yelah,dah lama sangat aku tak jumpa kau.Kalau tak dulu selalu berborak dengan kau."kata Akira pula.

"Haih tak sangka kau rindu aku."
Akira tergelak kuat.

"Boleh lah,sebab dari kecil kan rapat tak salah pun kan."

Lama mereka berbual di dapur,Akira sudah lupa akan tujuan pertamanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Eh,pengantin awal-awal dah tolong masak.Sepatutnya kamu kena rehat."tegur Mak Ngah.

"Ala,benda sikit...bakar je Mak Ngah tak susah pun."kata Daniel.

"Dani,Kira mana ?."tanya Datin Hasniza.

"Tadi dia mandi,sekejap lagi turun lah tu."kata Daniel.

'Lama betul minah ni mandi.Aku pula yang banyak di soal'

"Pergi lah panggil,biar mama buat pula."

"Eh, tak payah lah.Nanti Kira turun tu."

"Pergi panggil."

Datin Hasniza masih menyuruhnya panggil.Daniel melepaskan keluhan.

"Yelah..."Daniel mengalah juga.
Datin Hasniza hanya tersenyum melihat gelagat menantunya itu.

Daniel melangkah masuk rumah dengan muka masam.

'Eyy,minah ni tak pandai nak turun ke? Aku juga yang kena panggil'

Saat kaki ingin mendaki anak tangga.Suara gelak tawa dari arah dapur sungguh menarik perhatian Daniel.Entah apa yang menarik langkahnya ke situ.

Panas hati melihat mereka sedang bergelak tawa.

'Tak boleh jadi budak dua orang ni'

"Ehem !."Daniel berdehem kuat sengaja ingin memutuskan perbualan.

Akira dan Khairul berpaling.Daniel menjungkit kening.Khairul tersenyum saja.

"Okey lah Nana aku ke depan dulu.Encik suami dah sampai tu."kata Khairul berlalu pergi.Daniel hanya memandang dengan ekor mata.

Daniel kembali memandang Akira,jarak yang jauh di dekatkan.Akira pelik.

"Kenapa ni ?."

"Kenapa ni kau tanya ? Sedap berdua duaan ? Kau ingat sikit,kau tu isteri orang tau.Aku nak naik atas panggil kau,sebab semua orang asyik tanya kau je,penat nak jawab.Tapi tak sangka pula ada dengan lelaki lain dekat dapur."sindir Daniel.Tiada sedikit wajah yang dilihat tadi,hanya wajah tegang saja.

"Dia sepupu saya je lah.Awak kenapa nak marah sangat.Jealous ?."duga Akira.

Daniel menjeling tajam.

"Tak ada masa aku nak cemburu.Dah jom."kata Daniel mengenggam tangan Akira.

Akira kurang selesa tapi dibiarkan saja lalu membalas kembali genggaman .Pantas Daniel memandang wajah si isteri yang sedang tersenyum itu.Manis sekali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saat mereka keluar semua bersorak,ada yang menyanyi lagu pengantin lah,macam ragam semua.

Aku dan Daniel hanya tetsenyum saja.Senyuman palsu.

"Kira awat tak mau lepas tangan suami tu.Dia nak pi bakar BBQ,tak lari eh suami tu."kata isteri Baba.

Akira malu sendiri.Bukan tak nak lepas Daniel ni saja genggam kuat.

"Biasa lah Kak Ya,dia nak manja.Nanti dekat dalam lagi manja daripada ini.Dani tak larat nak layan."kata Daniel selamba saja.

Semua yang dengar berdekah gelak.Akira mula geram dengan Daniel.

Daniel semakin seronok mengusik.

"Awak,lepas lah tangan ni.Agak-agak lah kalau nak berlakon bahagia depan semua orang."Akira mula bersuara.Daniel berpaling lalu mendekatkan wajahnya.

"Mana ada berlakon,betul lah ni."balas Daniel.

Pinggang Akira terus ditarik membuatkan mereka sungguh rapat.Akira sudah meronta-ronta.Walaupun orang lain tak ada dekat tempat bakar,tapi mata yang duduk di khemah pasti akan pandang juga.

"Awak jangan nak buat hal boleh tak ? Tak malu ke orang tengok.Lepas sekarang !."marah Akira.

Daniel buat bodoh saja.

Akira menyiku perut Daniel.Mengerang sakit budak tu.

"Eh,kenapa tu?."

"Kira siku Dani mama."Daniel jelir lidah.

Mengadu kau eh,sungguh tak puas hati Akira saat itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira terus naik ke bilik,terasa penat betul badan.Lalu direbah badan tidur.
Daniel masuk ke dalam bilik.

'Gelap gila'

Daniel meraba raba dinding mencari suis lampu.Saat lampu terbuka susuk tubuh Akira sudah terbaring di atas katil.Langkah kaki menghampiri si isteri.

"Penat sangat ke kau ni."tanpa sedar senyuman terbit di bibir saat dengar dengkuran halus isteri.Daniel pantas membetulkan posisi badan Akira menyelimuti tubuh itu.

Manakala dia menuju ke arah kusyen panjang tidur disitu

Akira terjaga dari tidur pada pukul 4.00 pagi.Dilihat sisinya tiada Daniel.Mata melilau mencari.Rupa-rupanya dekat kusyen.Akira menghampiri ke arah Daniel.Selimut di tangan terus diselimuti tubuh itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas solat subuh Daniel terus naik katil,Akira pula ingin membersihkan diri.Hampir 1 jam juga Akira berada di dalam bilik air.Setelah selesai pakai baju baru lah dia melangkah kaki keluar.

Akira menghampiri meja solek ingin mengeringkan rambut.

Daniel membuka mata sedikit.

'Panjang betul rambut dia,asal aku tak perasan'

"Eleh,tak payah buat tidur lah.Pergi mandi.Mandi pagi-pagi segar badan.Awak nak mandi pukul berapa.Layan mata tu hari-hari nak tidur."kata Akira yang dari tadi perasan Daniel curi pandang.

Daniel terus bangun dari baringannya.Tunak dia memandang wajah Akira di dalam pantulan cermin.Akira muka gelisah.

'Apahal dia ni tenung macam nak terkam aku'

Akira pantas berpaling.

"Kenapa ? Ada apa-apa nak cakap ke ?."tanya Akira.

"Tak ada."

"Dah tu pandang orang tak puas hati."

"Salah ke aku nak pandang kau.Daripada orang lain yang pandang kau...baik aku dulu pandang kau puas-puas."kata Daniel mula melangkah menghampiri Akira.

Akira menjeling tajam.Menyampah aku.

"Cantik mata bila kau jeling.Beli dekat mana ? Ada tak jual dekat ikea ?."sindir Daniel.

"Apa ikea awak ni ? Mata asli lah.Nak main beli-beli pulak."

Daniel tersenyum sinis.

"Aku nak kau kemas baju balik rumah aku.Lepas zuhur gerak."kata Daniel.

"Hari ni ? Awak...tak puas lag.."

"Aih,tak payah mengada.Aku cakap kemas so kemas."pangkah Daniel.

Akira berdecit.

"Kau nak kena cium ke ?."

Tergamam Akira.

'Telinga apa gila dia ni'

"Dah lah,saya turun buat sarapan dulu ye.Dah pergi mandi."Akira menolak tubuh Daniel menuju ke bilik air.

"Mandi okey."

Baru saja ingin beredar Daniel menarik kembali tangan si isteri.

"Teman lah,jom mandi dengan aku."usik Daniel.Akira menarik tangan.

"Gila!."

Sebaik kelibat Akira hilang,Daniel gelak sepuas-puannya.

'Penat juga tahan gelak ni'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Papa,lepas zuhur Dani dengan Kira dah sepakat nak balik rumah kami."kata Akira.

"Ouh ye.Tak apa lah kalau macam tu.Dekat sikit dengan tempat kerja Daniel."balas Dato' Anas.

Akira senyum hambar.Daniel di sebelah tetap khusyuk makan.

**************************************************************

BANGLO TDI,

Daniel berhentikan keretanya di luar pagar.Akira pelik.

"Kenapa tak masuk je ?."

"Keluar lah.Syukur sikit aku dah hantar kau balik.Kalau ikut hati nak tinggal je tepi jalan."nada bicara Daniel tidak seperti biasa.

Malas ingin bertanya banyak Akira terus keluar dari perut kereta.Daniel mengeluarkan bagasi mereka.Lalu meloloskan diri ke dalam kereta berlalu pergi.

"Kenapa dia macam ni ? Apa aku ada buat salah ke ?."omel Akira.

Satu per satu beg di bawa masuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jarum jam menunjuk pukul 12.00 malam.Tapi kelibat Daniel langsung tak nampak.Makanan dah terhidang di atas meja.

"Mana dia ni,tak kan tak balik.Pergi macam tu je tadi.Haih."rungut Akira.

"Dah nak pukul 1 ni,aku mengantuk."
Akira menapak ke arah biliknya dimana tertera namanya.Sewaktu ingin cari bilik Daniel sudah siap letak nama,so tak susah bilik pun bertentangan saja.

Daniel baru saja tiba di rumah pada pukul 1.30.Di buka pintu utama.Gelap.

'Aku harap kau dah tidur'

Daniel menapak ke arah dapur.

"Pandai kau masak.Aku pun lapar, thank you very much."

Daniel sedap menjamu selera.Tanpa sedar tertolak cawan kaca.Berselerak kaca di lantai.

"Haih,time ni lah kau nak jatuh,esok lah aku kemas."Daniel terus naik ke bilik tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas subuh Akira terus turun ke bawah ingin membuat sarapan.Takut lambat ke office pula.Daniel pun dah habis cuti.

Saat melangkah dan melangkah kakinya terpijak benda tajam.

"Auch !."

Terduduk Akira di situ.Air mata di tahan.Tangannya memegang kaca yang menusuk kaki.Laju di tarik.Darah mengalir banyak.Pantas berlari ke bilik air.

Daniel turun bawah ingin melihat Akira,namun tiada.

'mana minah ni?'

Diatur langkah ke dapur.Terkejut saat melihat banyak tompok merah diatas lantai.

'ya allah,aku lupa.Mesti Kira...'

"Kira, Kira !."panggil Daniel.

"Ye,saya dekat bilik air ni.Kalau awak nak makan saya tak siap buat lagi.Saya sakit perut ni."bohong Akira.

'Ouh sakit perut.Kau cirit berdarah ke apa ? Nak menipu pula'

"Buka pintu ni."

"Apa awak ni.Saya kata saya sakit perut kan."

"Buka sebelum saya pe..."

Belum sempat Daniel habis kata pintu sudah terbuka luas.

"Tahu lah kaya,tak payah nak jahanam kan pintu.Membazir !."

"Suka hati aku lah."

Akira tetap membatu dekat situ.

"Tak pandai nak keluar ke ? Nak aku dukung ?."

Akira menjeling dengan pantas keluar dengan kaki terhincut.Sakit amat terasa pada kulit kaki.

Daniel yang sedari tadi mengekori lemas mata memandang.Pantas dicempung tubuh itu.Dia tidak kesah bebelan Akira yang penting sampai ruang tamu.

Tubuh kecil itu dihempas atas sofa.Berdecit Akira.

"Lain kali tak payah angkat kalau tak pandai turun perlahan."kata Akira geram.

"Duduk sini diam.Aku nak pergi ambil first aid sekejap."pantas Daniel berlalu.

Akira menekap darah di kaki dengan lengan baju.Nasib lah.Daniel kembali dengan di tangan ada peti kecemasan.

"Eh,yang kau guna lengan baju tu kenapa ? Ya allah."

Akira diam saja.Saat Daniel membersih luka kakinya.

"Biar darah tu jatuh atas lantai.Kalau kau guna baju kuman.Darah ni kotor,nanti kalau dapat penyakit lain.Siapa susah ? Aku juga."bebel Daniel.Sesekali memandang wajah Akira.Cantik.

"Hari ini kau duduk rumah.Tak payah pergi kerja.Kalau luka kau tak elok lagi,kita pergi hospital cuci apa patut.Okey."kata Daniel memandang wajah itu.

Akira menggangguk faham.Mata mereka bertembung buat seketika.Pantas Daniel melarikan anak mata.

Akira terus bangun membuatkan Daniel juga turut berdiri dari duduknya.

"Nak pergi mana ?."

"Buat sarapan lah."

"Tak payah biar aku buat."

Akira diam duduk kembali.Daniel terus hilang ke dapur.Lama juga Daniel berperang di dapur.Entah apa yang dimasak.Akhirnya ia terlelap jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience