BAB 14

Romance Series 11241

BANGLOW TDI,

"Eh ,kau memang tak faham bahas ke apa .Aku cakap jangan ganggu,jangan lah!."tengking Daniel pada seseorang.

"Kenapa you berubah sampai macam ini sekali .Hebat sangat ke isteri you tu berbanding i Daniel?."

"Yes!."

Akira yang berada di ruang tamu terkejut apabila terdengar suara sedang menengking di luar rumah .Saat membuka pintu jelas Daniel dan Salina berada di hadapan pintu pagar.Masing-masing dengan wajah yang tegang.

"I tak kira .Kalau i tak dapat you,maknanya isteri you tak boleh dapat you juga!."kata Salina dengan yakinnya.

"Okey ,i wait and see sejauh mana you boleh buat hubungan kami renggang."

"Jangan cabar i Daniel !."kata Salina sebelum berlalu meninggalkan kawasan rumah Daniel.

Daniel meraup kasar rambutnya.Lalu melangkah masuk rumah tanpa menghiraukan isterinya yang berada di muka pintu .Akira hanya memberi ruang untuk Daniel masuk tanpa bertanya apa-apa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai solat maghrib,Akira terus turun ke dapur untuk memanaskan lauk,namun saat tiba di dapur Daniel sedang meletakkan lauk yang sudah dipanaskan ke dalam mangkuk hanya tunggu untuk dihidangkan saja.

"Eh, dah turun.Mari makan sekali dengan aku."ajak Daniel.

Akira masih diam di situ.

"Kau kenapa pula,kaki tak boleh gerak ke ?."Daniel yang sudah duduk bangun kembali menghampiri Akira.

Semakin tidak keruan Akira dengan Daniel yang berada disampingnya.

"Eh, tak lah .Saya okey je. Jom makan."kata Akira meninggalkan Daniel di belakang .Daniel menjulingkan biji mata geram .Lalu kembali duduk.

"Kenapa tak jemput Salina masuk tadi ?."

"Tak perlu."

"Tetamu kan .Kita bila tetamu datang jemput masuk tau bukan halau."

Daniel panas telinga panas hati mendengar.Kau tak jealous ke?

"Sekarang makan, bukan benda ini yang nak dibualkan."kata Daniel senada.

Akira masih tidak berpuas hati .Dia perlu tahu hubungan apa yang Salina dan Daniel pernah jalinkan .Sahabat,girlfriend atau tunang?

"Awak, Salina tu..."

Daniel menghentak tangannya di atas meja.Terkedu Akira saat itu.

"Sekali lagi, aku cakap jangan cakap tentang Salina.Kalau kau tak faham juga .Tunggu akibatnya."kata-kata Daniel cukup membuat Akira terus diam tidak bersuara.

Suasana kembali sunyi.Daniel memandang ke arah isterinya yang khusyuk menghadap pinggan setelah dimarahi tadi.

"Kau kerja esok?."saja mengajukan soalan untuk menbuang suasana yang ini.

Akira mengangguk kepala.

"Mana hilang suara kau?."

Diam.

"Akira Syazana."

Akira terus mengangkat wajah saat Daniel menyeru nama penuhnya.

"Saya kerja esok,kenapa ?."

Ada pun suara ingat bisu gumam Daniel.Akira menjeling tajam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi-pagi lagi Akira sudah berperang di dapur.Kepala semakin lama semakin sakit,namun Akira masih tegak berdiri untuk menyediakan makanan kepada si suami.

"Aku kenapa pula ni..."

Setelah selesai,Akira terus naik ke biliknya untuk berehat.Daniel menuruni anak tangga menuju ke dapur.

"Aik, tak ada orang. Awal betul dia pergi kerja.Biarlah."

Daniel terus menjamu selera seorang diri.Setelah selesai dia terus melangkah kaki keluar rumah menuju ke kereta namun langkahnya terhenti saat terpandang kereta Akira.

"Eh,dia naik dengan siapa pula kereta tak bawa? Minah ni suka menyusahkan orang."Daniel terus meloloskan diri ke dalam kereta meninggalkan perkarangan rumah.

Semasa di dalam perjalanan dia menelefon Aswan.

"Wan,aku masuk lambat sikit hari ini ada apa-apa hal penting baru call okey." tanpa sempat Aswan bertanya Daniel terus mematikan talian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Eh, pakcik ni belum apa-apa lagi dah tutup."omel Aswan seorang diri.

Aswan kembali sambung membuat kerja,namun dengan tiba-tiba pintu biliknya dirempuh seseorang.

'Halah,minah ni nak apa,Daniel tak ada,aku yang kena hadap .Patut lah beria-ria lambat masuk office'

"Hey, mana pergi kawan you tu?."tanya Salina.

"Siapa pula?."

"Tak payah nak buat tak tahu lah .Daniel lah siapa lagi."

"Oh, suami orang tu. Ada bini,layan bini lah kau siapa?."

Kata-kata Aswan membuatkan Salina naik panas.

"Eh! You memang sengaja cakap macam tu .Cepatlah mana Daniel!." bentak Salina.

"Eh,pergi lah tengok dekat bilik dia .Kalau tak ada maknanya tak masuk lagi .Kau ni kenapa,tak tahu malu cari suami orang sedar diri Salina,kau bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Daniel .Dia dah jumpa kebahagiaan dia."

"Kebahagiaan? Daniel tu akan bahagia dengan I ,kalau I tak dapat dia maknanya orang lain pun tak akan dapat."

"Dah kau bla! Tak ada masa aku nak layan kau .Dah tahu kan Daniel tak ada balik lah .Menyemak lagi dekat sini buat apa."halau Aswan.

Sakit hati dengan apa yang dikatakan Aswan,Salina terus berlalu meninggalkan bilik Aswan dengan menghempas kuat pintu.

"Woi! minah gila!."

**************************************************************

BIMA HOLDING,

Daniel melangkah masuk pejabat Akira tanpa menghiraukan orang sekeliling.Langkah masih diatur ingin menuju ke bilik Akira .Namun kebetulan terserempak dengan Anita.

"Eh, Encik Daniel cari siapa?."tanya Anita.

"Isteri saya,dia dah masuk office kan?."

"Puan Akira belum masuk lagi.Sepatutnya dia sampai pukul 6.00 tadi sebab dia ada meeting dekat luar.Tapi belum sampai lagi sekarang ."kata Anita.

Daniel mula pelik.Mana pula dia ni pergi.Kereta ada dekat rumah dengan siapa dia keluar berjalan.Memang nak buat aku angin betul lah perempuan ni.

"Okey tak apa lah,nanti kalau dia dah masuk bagitahu dia saya suruh call."

"Okey."

Daniel terus berlalu pergi.

"Bergaduh ke bos aku ni,sampai ke sini suami cari."

Tiba-tiba telefon milik Anita berbunyi tentera nama Akira.Alamak panjang umur bos.

"Hello bos ada apa boleh saya bantu."

"Anita,sila batal semua meeting saya.Saya tak berapa sihat."kata Akira dengan suara yang lemah.

"Baik bos."

"Ada sesiapa cari saya hari ni?."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience