BAB 7

Romance Series 11241

Daniel termenung di tepi kolam.Tanpa sedar Datin Hasniza di sisinya.

"Jauh termenung."tegur Datin Hasniza.

Tersentak Daniel.

"Mama."Daniel melepaskan keluhan.

"Dani kenapa ni ?."

"Tak ada apa lah.Dani okey je."

Daniel cuba menyembunyikan sesuatu.

"Mama ni dah tua Dani.Mama kenal sangat muka yang ada masalah,yang tak ada masalah,dah sebati sangat dengan hidup mama.Mama boleh tengok muka anak-anak mama ada masalah ke tak."kata Datin Hasniza.

Daniel diam.

"Salah ke Dani nak tebus balik silap Dani.Salah ke Dani nak raih semula cinta yang hilang tu ?."

"Dani,tak salah pun.Cuma Dani kena banyak bersabar dalam semua masalah ni.Ini baru sikit tau,nanti datang pula dugaan yang besar,lagi kena kuat tau."kata Datin Hasniza.

"Kamu jangan fikir sangat lah.Nanti pandai lah mama pujuk Kira tu.Memang dia keras kepala.Tapi,kalau kena dengan pujukan dia akan berlembut juga."katanya lagi sebelum berlalu pergi.

Daniel hanya mengeluh.Kaki yang direndam dalam kolam diangkat,baru saja ingin mengorak langkah.Bak kata orang tua guruh nak datang kakinya tersadung di bibir kolam membuatkan tubuhnya jatuh dan kepalanya terhentak atas lantai terus masuk ke dalam kolam.

"Ya Allah Dani !."menjerit Mak Som.
Terkocoh-kocoh Mak Som menghampiri.

Haikal yang tiba terkejut melihat lalu terus terjun ke dalam kolam.

"Haikal,cepat bawa naik Haikal darah tu."

Datin Hasniza yang baru saja duduk di dapur terdengar riuh rendah suara pantas berlari anak.Terkejut saat melihat darah mengalir di kepala Daniel yang sudah tidak sedarkan diri.

"Along bawa Dani pergi hospital dulu."pantas Haikal memasukkan tubuh kaku itu ke dalam kereta lalu terus berlalu pergi.

"Ya allah menantu aku."rintih Datin Hasniza.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebuah kereta audi masuk ke halaman rumah.Aswan membuka pintu kerana berkali-kali memberi salam tak di jawab.Pelik melihat Datin Hasniza,Mak Som dan isteri Haikal ada di ruang tamu.

"Assalamualaikum.Kenapa semua ni? Wan bagi salam seorang pun tak jawab."kata Aswan.

"Dani.Dani dekat hospital."jawab Mak Som.

"D-Dani ! Kenapa ?."terkejut benar Aswan saat nama sahabatnya disebut.

"Dia tergelincir.Mak Som pun tak tahu lah macam mana boleh jadi."

"Wan pergi dulu lah."kabut Aswan.

"Mama nak ikut Wan."kata Datin Hasniza.

"Tak payah Ma.Nanti kalau ada apa-apa perkembangan Wan cakap.Mama nampak tak sihat je,rehat dekat rumah ye."pujuk Aswan.

Tersentuh hati Datin Hasniza saat Aswan mengelarkan dirinya sebagai MAMA.Terus Aswan hilang dari pandangan.

Akira menapak menuruni anak tangga perlahan-lahan dengan menatang mangkuk bubur.

"Kira kenapa turun ? kamu kan tak sihat."kata Mak Som.
"Hurm,saja nak ambil angin asyik duduk dalam bilik je."kata Akira menghampiri mereka.

"Bagi mangkuk tu."pinta Mak Som.Lalu dihulurnya.

"Mama,kenapa sunyi je rumah ni.Angah,kak ngah mana ? Aswan tak balik kerja lagi ke?."tanya Akira.Namun soalannya tidak dijawab.Pelik.

"Kak Long?."Akira mahukan jawapan.

"Aswan dah balik,lepas tu dia pergi hos.."belum sempat Fatihah menghabiskan ayat Datin Hasniza mencelah.

"Tak payah cakap Tiha."kata Datin Hasniza.Fatihah terus akur.

"Mama,kenapa pulak ?."

"Kamu tak payah tahu.Kalau kamu tahu ke tak tahu ke,tetap tak peduli kan dia."kata Datin Hasniza melangkah pergi.

Akira terdiam.

'Kenapa mama cakap macam ni,siapa?'

Fatihah serba salah rasanya apabila melihat wajah mendung adik iparnya lalu menghampiri.

"Walaupun mama tak bagi cakap,akak tetap cakap dekat Kira."kata Fatihah.

"Tak payah lah."sayu suara itu membawa diri ke bilik.Fatihah hanya memandang.

Datin Hasniza yang sembunyikan diri keluar.

"Naik dah."kata Fatihah.

"Biar dia rasa.Hari ini kita uji dia.Betul atau tak dia benci kan suami dia tu."kata Datin Hasniza dengan tawa gembira.Fatihah turut terjebak dengan rancangan suaminya.

'Tidak sampai hati ingin buat begini'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ruang wad bising dengan gelak tawa selepas melihat aksi Akira yang kecewa tadi melalui rakaman yang di letak di ruang tamu oleh Haikal.

Daniel jatuh kasihan pula akan isterinya,dia dan isterinya tak berbaik lagi sekarang kena kan dia pula.Angin lah budak tu.

"Dani,kau okey tak ni?."tanya Aswan.

"Okey."

"Ingat hilang ingatan sebab terkoyak kepala tu."usik Aswan.

Daniel ketawa hambar.

"Hurm,Dani serba salah lah tu."kata Haikal.

Macam tahu-tahu saja abang ipar dia ni.

"Lah,dari sini kau boleh tengok dia,uji dia,dia tu nak uji kau je selama ini,bersungguh-sungguh tak nak berbaik,sebab tu selalu marah kau,buat sombong.Kau dah habis tunjuk effort kan.Hari-hari kau menangis tak kesian ke mata kau tu."kata Aswan.

"Mana ada aku menangis."nafi Daniel.

Tiba-tiba Hariz masuk bersama isterinya ditangan Alisa ada seorang bayi.

"Borak apa ni riuh gila."

"Ni budak menangis tak mengaku menangis."

"Fakta,tak ada okey."Daniel masih menafikan.

Haikal hanya gelak dari tadi melihat gelagat mereka seperti budak,padahal dah tua.

"Eleh,angah dengan along nampak lah,kau nangis tak kena tempat main lepas je,tak malu betul."kata Hariz.

Alisa hanya diam mendengar perbualan lelaki-lelaki tersebut.

"Dani tahan gelak pula."kata Aswan.

"Kurang ajar lah korang, pergi balik.Aku pun nak balik juga ni."kata Daniel bangun dari pembaringan.

Namun dihalang Aswan.

"Kau mana boleh balik,duduk sini sehari esok keluar."

"Asal pula ? Aku cuma jahit kepala je.Bukan putus kepala.Tak ada,aku nak balik juga."

"Kalau along tak bagi balik?."tanya Haikal tegas.

Daniel diam.

"Yelah..."

"Sebab banyak benda along nak cakap dengan Kira.Along dah serabut tengok korang ni,tak berbaik-baik.Along tahu,tak patut masuk campur,tapi along tak nak tengok sampai korang berpisah tau,semalam dia dah mintak dilepaskan.Along tak nak benda tu jadi dekat dia,along sayang adik along.Tapi dia tu melampau tau layan suami macam ni.Marah macam mana pun hormat lah sikit."kata Haikal lagi.

"Dah lah along,Dani kena terima.Dia jadi macam tu pun sebab Dani.Along,angah dulu pun...susah juga kan nak terima Dani,lepas apa Dani buat tu."sayu suaranya.

"Tak payah ingat kisah lama, aku dah terima,dah maafkan kau.Now,kau ikut je rancangan aku,semua dah dibuat oleh along,angah dan Wan."kata Haikal lagi.

"Sejak bila kau terjebak ni?."

"Hehe,baru je tadi along invite aku."kata Aswan.

Mereka ketawa.

Daniel terpaksa akur.Di pandang bayi itu geram rasanya.

"Anak kau ke angah?."tanya Daniel.

"Eh, anak kau lah."terkejut Daniel.

Tidak sangka dapat melihat wajah anaknya.

"Awak,bagi Aisy tu bagi dekat ayah dia ni."kata Hariz.

Alisa menghampiri.Lalu diberi kepada Daniel.

'Eh,sebiji muka aku waktu kecil'

Tanpa sedar terbit satu senyuman di bibir.

"Apa nama dia?."

"Tak silap aku Aisy Izham."kata Hariz.

'Ouh iye lah,semalam Kira ada cakap'

"Papa minta maaf sayang tak ada dengan kamu,tak dapat jaga mama."dikucup perlahan wajah si anak.

Sebak mereka yang melihat.

"Along,angah jaga anak aku baik-baik tau kalau aku dah tak ada nanti."tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.

"Apa benda kau merepek ni ? adik aku siapa nak jaga? Kira perlukan kau tau."kata Haikal.

"Tak ada lah,mana tahu."

"Dah tak payah nak merepek."

"Tahu lah."

Daniel diam kembali apabila semua marah.

"Lewat dah ni.Along nak balik dulu."kata Haikal.

"Jom gerak."

Hariz,Haikal dan Aswan terus pergi meninggalkan wad tersebut.

'Bosan gila sorang sorang kalau isteri ada nak juga aku duduk lama dekat hospital.Boleh bermanja,ini tidak'

**************************************************************

MAHLIGAI MURNI,

"Assalamualaikum."salam diberi dari Hariz dan Alisa yang baru sampai.Padahal gerak balik sekali,mungkin melencong tempat lain agaknya.

"Waalaikumusalam, kamu berdua ni,bawak budak kecil,isteri tu mengandung cuba lah balik awal."kata Datin Hasniza yang baru muncul dari dapur.

"Angah pandu kereta,angah ikut MEM besar je,dia nak makan asam."kata Hariz sambil jari menunding ke arah isterinya.

"Sorry mama."kata Alisa.

"Bukan apa,mama tak marah,cuma pelik juga kamu saja yang tak sampai.Kata along gerak sekali tadi,dah pergi naik atas siap semua jom makan.
."kata Datin Hasniza.

"Okey mama."kata mereka serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana di meja makan sunyi sepi,tidak seperti biasa.Dato' Anas pelik dengan kelakuan anak menantu.

"Haih diam je,selalu banyak cakap semua."Dato' Anas memusnahkan suasana yang janggal.

"Abang juga cakap hari tu jangan bercakap waktu makan."kata Datin Hasniza.

"Hurm...iye lah."Dato' Anas mengalah,yang lain hanya menahan tawa.

Akira sedari tadi hanya menguis nasi di pinggan.Haikal hanya memerhati.

'Mana Daniel ? Tak kan dah balik.Aswan ada pula'

Tertanya-tanya Akira.Ia bangun dari duduk dengan membawa pinggan ke singki terus naik tanpa menghiraukan yang lain.

"Anak kamu tu kenapa?."tanya Dato' Anas.

"Biasa lah tu."

Dato' Anas malas nak bertanya lebih lanjut sebaliknya hanya diam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira merenung bulan mengambang di langit.

"Ya allah aku rindu suami aku ya allah.Aku sayang dia,tolong berikan aku kelembutan hati,aku tak ingin berpisah dengannya ya allah,walaupun selama ini..."mengalir air mata di pipi.

Flashback,

"Eh,kau tu perempuan,isteri aku.Boleh tak kau tak payah nak mengatal !."tengking Daniel.

"Apa awak cakap ni ? saya tak faham."kata Akira.

Daniel tersenyum sinis.

"Eh,kau tak payah nak buat pura-pura tak faham lah.Kau jumpa jantan mana ?."Daniel masih lagi memarahinya.

'Dia ni skodeng aku ke? kata tak nak ambil tahu hal antara satu sama lain.Tapi, tak salah pun sebab dia suami aku'

"Kenapa diam.Jawablah !."meninggi suara Daniel.

"Tak payah lah tengking orang,dia tu Errey,kawan masa saya belajar je.Kitaorang terserempak,dia tegur saya balas lah balik.Nanti tak layan cakap sombong.Just kawan lah.Tak kan nak marah."kata Akira.

"Biar sombong,jangan jadi perempuan murah layan lelaki.Sekali lagi aku nampak,siap kau !."kata Daniel berlalu pergi.

"Hina sangatkah saya dekat mata awak sampai awak cakap saya perempuan murah.Kenapa nak seksa saya,kahwin dengan saya kalau awak layan saya macam ni."tersedu sedan Akira menangis.

End Flashback.

Akira cuba untuk lelapkan mata tapi tidak boleh.Jam sudah pukul 2 pagi.

'Kenapa tak boleh tidur ni'

Akira membuka pintu bilik dengan perlahan takut-takut ada orang yang tak tidur lagi.Line clear.Pantas kaki mengatur ke arah tangga turun ke bawah menuju ke dapur.

"Lapar gila perut aku.Ni semua sebab semua orang palau Kira lah.Kalau tak palau, Kira tak sakit macam ni lah.Kira ada ke Kira tak ada ke,sama je.Baik Kira tak payah balik,duduk dengan bonda je,balik sini semua buat macam ni."rungut Akira.

Tangan pantas mengambil lauk pauk yang tersedia di atas meja.Tanpa dia sedari sepasang mata sedang memerhati.

"Seharian aku tak nampak dia ni.Lepas aku marah tadi terus hilang wajah.Tak kan terasa dengan apa aku cakap..."Akira memikir sejenak.

"....mungkin juga dia terasa.Aku mana tau kan."Akira meneruskan makan.

"Sedap makan ?."sapa satu suara dari arah belakang.

Tegak bulu roma Akira,tanpa berpaling dia hanya membatukan diri.

"K-kau s-siapa?."gagap Akira bertanya tanpa berpaling.

"Aku datang nak bunuh kau.Semua yang dekat atas dah mati aku tembak and last sekali....KAU."kata lelaki itu dengan nada berbisik.Terketar-ketar tubuh badan Akira.

'Ya allah tak mungkin,ya allah tolong aku'

Daniel menahan tawa.Baru saja ingin bersuara terus tidak jadi kerana terdengar tangisan Akira.Daniel panik.

'Adoi,aku nak mengusik je'

"Sayang sorry."kata Daniel lalu memeluk tubuh gadis itu.Semakin kuat tangisan itu.Ternyata Daniel,

'ya allah aku baru saja rindu kan dia'

"Awak jahat,kejam !."Akira memukul dada Daniel lalu berlari naik ke atas.Daniel mengejar isteri.

"Sayang."panggil Daniel.

"Apa sayang-sayang !."marah Akira yang laju mengatur langkah ke bilik,pantas tangan mencapai tombol pintu.

Baru saja ingin tutup Daniel sempat meloloskan diri.

"Daniel !."teriak Akira,cepat saja tangannya menekup mulut isteri.

"Apa sayang ni,jerit pula.Malam kan,nanti mama dengar mati kita."kata Daniel separuh berbisik.

"Mati,mati,tangan awak ni nak mati ke ?."kata Akira yang sudah rimas ditekup mulut oleh tangan kekar itu.

Daniel melepaskan.

"Abang tak larat lah sayang,abang nak rehat."kata Daniel,terus merebah badan di atas katil.

Akira semakin panas hati melihat Daniel yang sudah memejamkan mata.Suka hati saja nak tidur atas katil.

Tapi kenapa dengan kepala dia berbalut je..Haih mata pun dah mengantuk,tiba-tiba pulak mata pun, dah nampak hero baru nak tidur.Gedik.

Bantal di atas katil di tarik kasar membuatkan mata Daniel yang terpejam terbuka kembali.

"Eh,nak pergi mana bawak bantal segala,tidur je lah sebelah abang,kenapa? dah tak sudi ?."kata Daniel mengangkat sedikit wajah.

"Diam lah,saya mengantuk dah ni nak tidur."kata Akira.

"Kenapa tak tidur sebelah je ?."

"Tak kuasa saya.Awak jangan angkat saya !."amaran diberi.

"Sayang,tempat isteri kan di sisi suami."

"Awak...stop please."

"Kenapa luka bahu awak tu? Tak nak cakap ke?."

"Awak,tidur please."

"Sini lah tidur dengan abang."

"Awak dah lah tu.Bagi saya masa untuk semua ni boleh tak !."

"Ikut suka hati awak lah,sakit badan,padan muka."malas lagi Daniel mengunakan kuasa seorang suami.

Lalu di depakan tangan seperti katil itu hak miliknya seorang.

'Eyy,menyampah betul!'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daniel terjaga dari tidur kerana dari semalam tak dapat nak lelapkan mata,tapi sengaja di pejamkan juga mata.Dia hanya memerhati isteri yang tidur di atas sofa.Sesekali bergerak badan kiri kanan,mungkin tidak selesa.

Itu lah ajak tidur sekali,sombong ! Kaki ringan melangkah ke arah Akira.Perlahan dia angkat tubuh kecil itu lalu letak di atas katil.

"Tidur elok-elok sayang,i love you."dikucup ubun-ubun isteri.Akira sikit tidak sedar.Nasib,kalau tak dah lama aku kena sepak lagi.Daniel keluar dari bilik.Baru saja kaki ingin melangkah terus disapa.

"Hey,kau siapa masuk bilik adik aku ?."tegas suara itu.Daniel ketawa perlahan.Daniel sangat kenal suara itu.Hariz.Lalu dipusingkan badan ke belakang.

"Daniel,kenapa kau ada dekat sini?."
Daniel sudah tersengih.

"Kau lari ?."Daniel angguk.Tepuk dahi Hariz di situ.

"Jom,turun bawah."ajak Hariz.Daniel mebuntuti saja.

"Kau ni,rosak plan nanti.Sebelum pukul tujuh kitaorang hantar kau dekat hospital balik."

"Tapi Kira dah nampak aku semalam."kata Daniel.

"Dengan kepala macam ni?."
Daniel angguk.Suasana sunyi seketika,kelibat Haikal muncul dari dapur.

"Allah,aku ingat hantu mana bungkus kepala ni.Sekejap,asal kau dekat sini ?."tanya Haikal pula.

"Lari along."Hariz terlebih dahulu jawab.Daniel diam.

"Daniel,jom balik!."tegas Haikal.
Daniel pandang Hariz.

'Aku dah cakap,kan dah kena marah' mulut Hariz berkata begitu.

"Tapi,along ..."

"Tak ada tapi-tapi.Cepat sebelum Akira bangun,mama,papa bangun."kata Haikal.

Lalu mereka bertiga terus keluar.

**************************************************************

HOSPITAL,

"Encik Daniel ! maaf Encik Haikal kami..."belum sempat jururawat itu habis berkata,Haikal terlebih dahulu bersuara.

"It's okey,tak payah terangkan.Dia ni yang degil nak juga keluar."kata Haikal.

Jururawat yang bernama Ain di tag namanya itu hanya angguk faham.

"Ouh,lagi satu saya nak minta tolong jururawat yang lain untuk..."

Semua bersetuju dengan cadangan Haikal,tidak pula Daniel hanya banyak diam,fikirannya melayang memikirkan Akira.Dia hanya turutkan saja rancangan itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Along,aku rimas lah dengan wayar macam ni."rungut Daniel.

"Alah sekejap je."kata Hariz.

"Macam mana kalau tak jadi juga semua ni ? memang aku dah malas nak buat apa-apa,nak jadi apa,jadi lah.Aku penat."kata Daniel tegas.

Haikal dan Hariz saling berpandangan.Tak kan lah dah give up.Siapa je tak give up,kita sanggup tunggu selama enam,tujuh bulan untuk tebus salah.Tapi,sikit pun tak beri kesan apa pada si dia.Tapi mustahil,kalau Daniel dah give up mesti dia dah lama tak ikut rancangan ni.

"Kau sayang dia kan?."

"Iye aku sayang.Tapi kenapa dia ? tak fahamlah."

"Dah,jangan stress sangat lah.Kitaorang balik dulu nanti aku bawa Akira datang."kata Haikal.

Daniel diam saja.Mereka terus berlalu pergi.

**************************************************************

MAHLIGAI MURNI,

"Pagi-pagi dah keluar dulu,kami baru siap breakfast,nak makan tak ?."tanya Datin Hasniza kepada analk lelaki dua orang itu.

"Tak apa lah mama,kitaorang baru siap makan tadi."

Akira yang di dapur pantas berlari ke hadapan.Jelas wajahnya hampa saat tiada wajah yang ingin ditatapnya.

"Kira kenapa ni?."tanya Datin Hasniza.Pantas digeleng kepala. Langkah ingin pergi terbantut apabila Haikal memanggilnya.

"Adik,suami kau dekat hospital."kata-kata Haikal itu cukup membuatkan jantungnya bagai tercabut.

'Apa dah jadi ni ?'

Tapi dia masih tunjuk lagak biasa.

"Lepas tu?."

Naik berang Haikal dengan pertanyaan Akira.

"Eh,adik kau memang tak ada perasaan eh ? Cuba bagi peluang dekat Daniel.Sekarang dia sakit pun kau tak nak ambik tahu ? Kau isteri dia tau,memang suka tambah dosa ke apa ?."marah Haikal.

"Sudah lah..."sampuk Datin Hasniza.

"Kita tak boleh biar adik ni.Semakin menjadi perangai,ke kau ada orang lain? Memang dah lupa,benci,menyampah dengan suami kau tu ? Jahat,kejam macam mana pun dia tetap suami kau.Kalau kau dah tak nak ambik peduli pasal dia.Along pun dah malas nak ambil tahu pasal kau."kata Haikal melangkah kaki ke tangga.

"Tapi,along nak cakap apa jadi lepas ni,adik tak payah nak menyesal sangat.Ini semua kehendak adik,kemahuan adik."

"Along pun...macam Daniel,cakap adik ada orang lain.Huh.Cakap lah Daniel dekat mana adik pergi."kata Akira lemah.

Dia dah penat dengan semua ni.Semua mencari salahnya.Akira naik bersiap untuk bertemu dengan Daniel.Haikal diam di situ.

"Along,kau tak patut kasar dengan dia tadi."kata Hariz.Haikal melepaskan keluhan.

"Tak apa lah.Biar dia sedar sikit."kata Haikal.

"Sampai bila korang nak buat benda ni ?."tanya Datin Hasniza.

Haikal dan Hariz diam.Sepatutnya Aswan pun ada sekali tapi ada hal pula dekat office.Dato' Anas
memang tahu akan rancangan ini tapi tidak mahu masuk campur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience