BAB 10

Romance Series 11241

**************************************************************

Tok! Tok!

"Masuk !."

Yani melangkah masuk dengan berhati-hati.Eh,macam ada bom pula dalam bilik Encik Daniel ni.Dia jalan hati-hati sebab mood bos dia ni kecundang.Kang tak pasal-pasal kena tengking.

"Bos,ni fail yang bos kena tanda tangan."kata Yani.

Tangan menghulur fail ke arah Daniel.Daniel menurunkan tanda tangan di atas kertas putih itu.

"Ada lagi ?."

"Tak ada dah.Terima kasih bos."

"Hurm..."

"Saya boleh keluar ke ?."tanya Yani.

Daniel mengangkat wajah memandang stafnya itu.Yani sudah menelan air liur.Mampus.

Nak ketawa besar Daniel melihat wajah pucat dihadapannya itu,namun di tahan.Daniel menghadiahkan senyuman senget.

"Pergi lah.Ada saya suruh awak duduk dalam bilik ni ke."kata Daniel kembali fokus akan kerjanya.

"Baik."

Yani terus mengatur langkah keluar.

"Fuh,gila.Takut aku dia ni.Nak kata tak sihat,mesti dia tak datang.Lantak lah.Bos aku tu selalu tak siuman."omel Yani keseorangan.

"Sedap erk kutuk bos,bagi tau nak ?."tegus Aswan.Terkejut beruk Yani.

'Mati lah aku'

"Encik..A-Aswan,jangan lah..."terketar-ketar Yani di situ.Aswan ketawa kecil.

"Tak lah,saya gurau je.Dah pergi buat kerja,kang bos tak siuman awak tu mengamuk."kata Aswan mengulang kembali ayatnya tadi.

Yani terus berlari pergi.Aswan mengeleng kepala.

Tok! Tok!

"Masuk ! Awak nak apa lagi Yani ! Lain kali bawak terus apa yang nak suruh saya tanda tangan."marah Daniel,namun tidak memandang siapa gerangan itu.Aswan terkedu.

'Haih dia ni kenapa'

"Bro,kau okey tak ni."tanya Aswan.
Daniel angkat wajah.Sesekali meraup wajahnya.Keluhan dilepaskan.

"Okey.Ingat Yani tadi.Sorry."

"Okey apa kalau marah-marah macam ni."

Daniel diam.

"Kau balik mana hari ni ?."sengaja tukar soalan.

"Rumah mama lah.Asal ?."

Daniel geleng kepala dengan senyuman hambar.Aswan pelik.

"Kau okey tak ni?."

"Aku okey lah.Dah kau tak payah risau.Aku nak balik dulu ni."kata Daniel terus meninggalkan Aswan yang masih terpinga-pinga.

**************************************************************

CAFE,

Lisa sibuk menghadap laptop.Malas balik lagi kerana hari masih awal.Kerja tak siap lagi sebab tu melepak dekat cafe.Nak buat dalam office memang tak lah.

Datang minah senget tu serang aku pula.Nak tahu siapa minah senget tu? Raisya kawan sekerjanya.

Nope,musuh sekerja.Dia ingat aku nak sangat dekat Tuan Arasyh tu.Aku tak anggap lebih lah bos tu,nasib bos tu faham aku,dia bagi aku bebas buat kerja dekat luar.

Tuan Arasyh tu pun agak-agak serabut dengan Raisya yang asyik cari pasal dengan semua orang.

Sedang ligat tangan menaip, seseorang menyapa dari arah belakang.Tapi kepala aku tetap tak mahu berpaling.

"Sibuk sangat ke ?."

"Ada mata tak ?."
"Ada."

"So ?."

"So apa ?."

"Tak nampak aku tengah buat apa.Tanya lagi.Dah pergi main jauh-jauh.Tak payah nak buat ayat bunga nak mengorat.Tak ada masa nak layan.Sorry."

Gerangan itu ketawa terbahak,membuatkan Lisa ingin memandangnya.

"Abang !."pantas dia memeluk lelaki itu.

"Rindu gila,jahat abang ni."Lisa memukul bahu Rizman.Masih tak hilang tawa Rizman.

"Bila balik ? Macam mana tau Lis dekat sini ?."banyak soalan yang dilontar.

"Baru sampai.Aku call umi,umi dekat butik, tanya pasal kau.Umi cakap kau kerja,aku datang lah.Tapi,macam tak kerja je kau ni duduk melepak apa hal ?."

"Lis kerja lah ni.Kalau duduk dalam office tu ada nenek kebayan."kata Lisa dengan nada bengang.

"Haih,kau kerja dengan orang ke hantu sekarang ni ?."seloroh Rizman.

"Ish,abang ni.Orang serius dia main-main."

Rizman ketawa.Sudah lama tidak mengusik adik perempuannya ini.

"Yelah,siapa budak tu ?."

"Kalau Lis cakap abang bukan kenal.Raisya,dia ingat Lis nak sangat dekat Tuan Arasyh tu,Tuan Arasyh tu bos Lis je tak lebih pun.Perempuan tu selalu cari pasal.Geram tau tak !."

"Dah tak payah nak geram sangat.Abang belanja makan nak ?."

Bersinar biji mata Lisa saat itu.Bab makan jangan di tanya lah cik abang oi.

"Serius?."

Rizman mengiyakan saja.Rizman bangun dari duduk menuju ke kaunter sebentar.Lisa kembali membuat kerjanya.

Rizman baru saja ingin berpaling lalu dirempuh seorang wanita.

"Eh,you sorry,i'm so sorry."kata gadis dihadapannya itu.Rizman ketap bibir menahan marah.

'Sos lah.Argh! perempuan ni cari pasal betul'

"Take this tissue."gadis itu menghulur tisu kepada Rizman.Rizman masih berwajah tegang.

"It's okey,thank."Rizman langsung tidak hirau akan huluran itu,pergi dengan perasaan marah.

Serba salah mula menyelubungi hati gadis itu.Ala,macam mana ni.

[Gadis Misteri]

Rizman melabuhkan punggung di hadapan Lisa.

"Abang,kenapa baju ni ?."

Takut pula nak tanya lebih-lebih dengan muka dah macam bapak singa.

"Ada perempuan tadi tumpah kan sos dekat baju abang.Eyy,agak-agak lah nak tackle orang macam tu.Menyampah gila dengan perempuan macam ni.Ambil kesempatan !."marah Rizman.

Lisa melepaskan keluhan,dia faham abangnya sukar untuk menerima mana-mana wanita selepas dia diguna-gunakan oleh seorang perempuan 2 tahun lepas.

Dia anti dengan perempuan,kecuali umi dan aku.Tapi,aku tak suka tengok dia bencikan semua perempuan sampai macam ni.

"Mana tahu dia tak sengaja ke.Abang jangan cepat menuduh."kata Lisa cuba tenangkan si abang.

"Tak sengaja apa.Jalan luas nak mati,sengaja juga nak lalu tempat yang abang duduk.Aku tak boleh lah."Rizman semakin naik angin.

Lisa bangun lalu memeluk Rizman.Terkedu si abang dengan tingkah si adik.

"Abang jangan cepat salah sangka tau.Kesian perempuan tu,dia tak salah abang marah."Lisa bangun lalu memeluk abangnya bagi meredakan amarah.

"Eh,tak payah lah peluk malu orang tengok lah.Tu makanan dah sampai jom makan."

Lisa duduk kembali menikmati hidangan.Masing-masing bertukar cerita,maklum lah sudah lama tidak bersua muka sejak Rizman Talha kerja di Singapore.

Tanpa sedar sepasang mata sedang memerhati.

'Isteri dia ke ? Ala tapi aku serba salah sangat ni.Hurm,tak apa lah'

Gadis misteri terus berlalu pergi.

**************************************************************

BUKIT BROGA,

"Aaaaa!"

Daniel menjerit melepaskan segala beban,sesekali ia mengeluh.Cantik,sungguh cantik pemandangan di sini.Dah lama tak hiking.Daniel teruskan perjalanan.

Segala masalah yang ada bagai hilang terus dalam dirinya secara tiba-tiba.

"Aku nak pergi buat sementara,pergi untuk tenangkan fikiran,aku tak nak buat kesilapan lagi.Bagi lah diri aku tenang.Kau pun tetap dingin dengan aku.Aku dah tak tahu nak buat apa.Aku tak nak paksa kau dah untuk terima aku."omel Daniel seorang diri.

Daniel terus pulang ke hotel.Kenapa hotel?. Nanti orang cari kalau aku balik rumah aku.So aku nak diam diri..malas nak kesah hati orang,baik aku kesah hati aku.

**************************************************************

MAHLIGAI MURNI,

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Datin Hasniza menghampiri Aswan.Tapi kepala masih meninjau-ninjau bagai mencari seseorang.

"Mama cari siapa?."tanya Aswan.

Sejak dia duduk sini,Datin Hasniza gelarkan ia sebagai mama,itu yang lekat dekat bibir Aswan.

"Dani ?."

"Aik,Dani dalam bilik lah.Dia balik awal dari Wan tadi.Tak kan dah pukul tujuh tak sampai rumah lagi.Ada tu dalam bilik."kata Aswan.

"Tak ada.Kalau dah balik,mama tak tanya.Tengok kereta dia tak ada pun."kata Datin Hasniza.

"Pulak,mana dia pergi.Jap Wan masuk bilik tengok."Aswan melangkah kaki ke bilik di mana dia dan Daniel duduk.Pintu di buka,sunyi.Tak ada orang.

'Mana kau pergi ni Daniel,tadi kata nak balik'

"Tak ada lah ma."

"Kan,mama dah cakap.Runsing betul lah mama ni."

Hariz dan Alisa menghampiri mereka di ruang tamu.

"Awat,mama ni...awat."tiba-tiba pulak keluar loghat isteri.

"Abang ! Ish,dia ni mama tengah serius tu."marah Alisa.

Hariz ketawa selak.Alisa melepas cubitan di perut baru diam.

"Daniel,tak balik lagi,Wan cakap dia balik awal tadi.Tapi batang hidung tak ada nampak lagi."kata Datin Hasniza.

Hariz pandang Aswan.Aswan hanya mampu angkat bahu.

"Ni along mana ?."

"Dah balik petang tadi,Fatihah kerja dekat luar minggu depan."

"Wan keluar sekejap."

"Nak pergi mana?."

"Cari Daniel."

"Maghrib dah ni.Tak payah lah."

"Sekejap je...nanti Wan balik."Aswan terus saja keluar dari rumah itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aswan tiba di hadapan rumah Daniel.Gelap.Lalu didail nombor telefon seseorang.

"Angkat lah Daniel."

"Ish,kau memang suka buat orang risau ke ? ya allah angkat lah."

Aswan cuba lagi buat kali ketiga.

"Adoi,dia ni.Aku dah agak kau ada masalah.Tapi tak nak share.Susah dapat kawan macam dia ni."marah Aswan.Ditendang tayar kereta miliknya.

"Eh,sayang sorry.Tak sengaja.Haih kang tak pasal-pasal mati tengah jalan.Jangan merajuk ye."Aswan tergelak lucu.

'Boleh aku bercakap dengan kereta sorang-sorang'

**************************************************************

CHERATING BEACH RESORT,KUANTAN,

Daniel tidak menghiraukan langsung deringan telefon yang berpusu-pusu,entah siapa yang call dia tak tahu.

Akhirnya sampai juga Daniel di Kuantan.Dia merebahkan badan.Penat memandu semua ada.Hajatnya ingin check in hotel dekat KL saja,tapi terasa ingin ke kawasan perkampungan pula.

Baru saja mata ingin lelap.Telefon kembali berbunyi.Daniel melihat siapa gerangan itu.

"Aswan ?."

Daniel berkira-kira ingin menjawab atau tak.

"Hello."Daniel mulakan perbualan.

"Weh,kau dekat mana ? asal tak balik lagi.Semua risau tahu tak."

Daniel melepas keluhan.

"Aku ada kerja sikit dekat luar."kata Daniel.Bohong.

"Kerja apa kau ni ? Tak payah nak tipu aku lah.Tadi kau cakap nak balik rumah."tanya Aswan pelik.

"Tak kan semua benda aku nak cakap."tiba-tiba saja naik angin.

"Daniel,yang kau nak angin ni kenapa.Relax,aku dah cakap kan,kalau ada masalah bagi tahu,cerita dengan aku."kata Aswan.

"Ada siapa dengan kau tu ?."tanya Daniel.

"Aku sorang dekat luar,orang lain dah tidur kut."kata Aswan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira yang terjaga dari tidur menuju ke dapur kerana tekak terasa haus.Saat melintasi sliding door terdengar perbualan Aswan dengan seseorang.

'Dia cakap dengan siapa?'

"Daniel balik lah...semua risau tau."

'Daniel ?'

"Tak payah kau suruh aku balik.Aku pandai lagi cari jalan nak balik.Aku pandai bla,aku pandai lah balik.Aku pun nak tenangkan diri.Aku ni ada hati juga,ada rasa juga penat,sedih,marah tu..ingat aku robot ke?."

"Daniel,apa benda kau merepek ni ?."

"Tak ada apa lah."

"Daniel balik lah,aku nak cakap apa nanti dekat mama,papa?."

"Cakap aku ada kerja dekat luar.Kalau aku balik siapa kesah? isteri ? Isteri pun dah macam tak ada aku rasa."lemah suara itu.

"Kau jangan cakap macam ni."

"Aku tak tahu kenapa aku feed up,sedangkan enam bulan dulu aku boleh tunggu tapi,sekarang tak sampai sebulan dia depan mata aku.Aku dah cepat mengalah.Aku penat,aku dah tak tahu nak cakap apa lagi."ujar Daniel.

Perlahan Daniel menarik air hidung.Aswan hanya menjadi pendengar setia.Saat dia berpaling terkejut Akira di belakangnya.Akira angkat jari telunjuknya ke mulut tanda sebagai diam.

"Daniel kan ?." separuh berbisik.

Aswan angguk.

"Kuat kan speaker."

Aswan akur.

Terkejut Akira saat lelaki dalam panggilan itu seperri sedang menangis.Akira memandang wajah Aswan.

"Daniel,dah lah,tak malu ke menangis."

"Mana ada gila,aku tak sihat sikit."kata Daniel.Sengaja menidakkan.

"Berapa lama kau nak duduk sana
?."tanya Aswan.

"Sampai aku tenang."

"Kau dekat mana sebenarnya."

"Rahsia.Kau tak payah tahu.Sebab nanti kau akan bagi tahu juga orang dalam rumah."kata Daniel.

Aswan melepaskan keluhan.

"Aku bukan tak percayakan kau,tapi aku yakin kalau semua orang risau pasal aku,kau akan buka mulut juga nanti.Aku dah malas nak buat orang dalam rumah ambil berat pasal aku,risau tentang aku.Biar aku handle sendiri.Aku bukan ada sesiapa pun.Kalau diaorang tanya cakap aku kerja dekat luar dan make sure aku tak nak Kira tahu pasal aku.Sikit pun aku tak nak dia tahu.Aku tak nak tahu pasal dia.Faham !. "kata Daniel.

Aswan terdiam.Dan pula,waktu Kira ada dengan aku lah kau cakap macam ni.

Akira terdiam sendiri.

'Dia tak nak aku ambil tahu pasal dia,dia tak nak ambil tahu pasal aku..'

"Daniel,Akira ada."

"Huh ! Dia,dia memang tetap ada,nama dia juga tetap ada dalam hati aku sampai bila-bila.Tapi cinta dia dekat aku dah hilang,aku dah tak tahu nak buat apa.Susah ke..dia nak terima aku.Aku sayang dia,kau tahu aku macam mana kan lepas dia hilang dari aku.Separuh gila,tapi aku semangat balik,aku yakin dia akan kembali pada aku."kata Daniel.

Akira yang berada disisi Aswan sudah mengalirkan air mata,tanpa segan.Dia cuba tahan tangisan tapi gagal.

"But now no. She came with a deep hatred, hate to see my face, accept me again is impossible."kata Daniel lagi.Aswan diam.

"Assalamualaikum."Daniel terus matikan talian. Walaupun belum sempat Aswan ingin bersuara.

Akira menangis teresak-esak.Aswan naik sebak dengan sahabatnya itu.

"Jahat ke aku ni Wan ?."

"Sudah,jangan tanya benda-benda macam ni.Nanti aku usaha pujuk dia supaya dia bagitahu dekat mana.Then kau pergi pujuk dia minta maaf okey.Aku nak korang bahagia.Dah pergi naik tidur,dah lewat ni."kata Aswan cuba memujuk Akira.

Akira terus melangkah pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Morning Mak Som."sapa Aswan.

"Awal bangun Wan.Selalunya hari cuti lewat."kata Mak Som.

"Mana ada lewat,Wan bangun awal tadi,tapi seperti biasa hadap hobi remaja sekarang dulu.Keluar bilik awal bukannya Wan ni anak dara pun."balas Aswan.

"Yelah,budak sekarang lain betul.Bangun terus sambar telefon.Kalau zaman Mak Som memang tak jumpa lah anak dara ke teruna duduk rumah.Semua ke kebun tau."

Aswan hanya mendengar saja cerita Mak Som.

"Wan awal bangun."tegur Datin Hasniza pula yang baru saja tiba.

"Oh Wan nak keluar sekejap."

"Pergi mana ?."

"Balik rumah,dah lama Wan duduk sini,rasa menyusahkan semua orang pulak."kata Aswan.

"Apa pula cakap macam tu,kalau Wan duduk sana pun sorang,Wan ada siapa je.Wan anak tunggal kan.Family belah mama papa kamu,sikit tak ambil tahu.Jadi tak payah lah duduk sana.Tapi kalau Wan nak balik juga,jenguk rumah.Pergi lah,mama tak halang pun."kata Datin Hasniza.Dia sungguh kasihan akan anak arwah rakan karibnya itu.

Aswan hanya tersenyum kelat.Dia sedar,waktu mama papa hidup pun keluarga mama papa langsung tak pernah baik hubungan mereka.Sehinggalah mereka tinggalkan aku seorang diri 2 bulan yang lalu.Mereka tak datang melihat arwah buat kali terakhir.

'Nasib aku ni dah besar,lantak lah korang.Hidup aku bahagia walaupun korang tak ambil tahu tentang aku'

Keluarga Daniel banyak membantu dia untuk terus maju ke hadapan.

Datin Hasniza perasan Aswan jauh termenung,namun sedikit pun dia tidak menegur.

Deringan telefon mematikan lamunan.

"Hello."

"Okey,aku datang sekarang."

Talian dimatikan.

"Siapa ?."

"Kawan mama."

"Dani tak ada call kamu ?."

Aswan diam.Aduh aku baru berharap jangan tanya soalan ini

"Ada,semalam."

"Ya allah,yeke ? Dia dekat mana ?."

"Daniel kerja dekat luar,Wan baru ingat.Wan lupa nak cakap."kata Aswan.

Maaf,aku memang kena menipu.Tipu sunat je eh..hehe.Banyak lah kau punya sunat Wan.Kang kena sunat kali kedua baru tahu.

"Sibuk sangat ke ? Sampai call orang tak angkat."tanya Datin Hasniza.

"Haah,sebab tu dah malam baru dia pick up call Wan. Okey lah mama,Wan kena pergi dulu ni.Jangan risau Daniel okey je tu.Dah besar,suami orang,bapak orang lagi tu...kalau tak pandai jaga diri tak payah jadi jantan lah."kata Aswan serta usikan.

Datin Hasniza ketawa kecil

'Wan,Wan.Ada saja melawak dia'

Wan laju saja melangkah kaki ingin keluar.

"Nak ikut."tiba-tiba Akira bersuara.

"Kira,Kau ni...terkejut aku.Nak buat apa ikut duduk rumah je."kata Aswan.

"Wan,nak ikut..."rayu Akira.
Aswan melepas keluhan.

"Yelah,yelah,pergi siap."

"Dah."

Tercengang Aswan.

"Kau serius nak pakai cap,hoodie serba hitam ni bagai."

Akira angguk.

"Eyy,pergi tukar lah.Macam orang jahat tau.Nanti diorang ingat aku ni perompak pula."kata Aswan.

"Sekarang siapa yang pakai ? Aku ke kau ?

"Kau."

"So diam."

"Tahu lah tapi..."

"Dah,sekarang kau tak payah nak merepek.Aku tetap nak pakai macam ni.Jom cepat lah,aku bosan ni."kata Akira terlebih dahulu meninggalkan Aswan di belakang.

"Ikut kau lah Kira."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience