BAB 6

Romance Series 11241

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

MAHLIGAI MURNI,

Akhirnya Akira sampai juga di hadapan rumah milik ibu bapanya.Tapi perasaan takut menyelubungi diri.

'Kau kena berani hadap Kira.Kalau lah mereka marah kau kena terima'

Mak Som sibuk menyiapkan makan malam untuk keluarga Dato' Anas.Selepas solat isyak semua sepatutnya berada di ruang tamu.Namun hanya Dato' Anas saja yang ada.

"Dato' makanan dah siap hidang."kata Mak Som.

"Haa tak apa budak-budak tak turun lagi.Janji tak tepati semua ni."bebel Dato' Anas.

"Apa yang dibebelkan tu."muncul Datin Hasniza dari arah dapur.Dilihat hanya suaminya saja yang ada.

"Mana anak-anak yang lain?."

"Awak tanya macam kita ada ramai anak.2 orang anak lelaki dah jadi bapak orang tu je anak kita."kata Dato' Anas.

"Eh,awak ni.Menantu tu anak juga kan.Apa lah dia ni."marah Datin Hasniza.Marah manja.

"Kalau awak nampak saya sorang ni...tak turun lagi lah tu.Entah apa yang dibuat tak tahu lah."kata Dato' Anas.

"Along! Angah! kamu semua ni tak nak makan ke?."laung Datin Hasniza.

Mereka yang dengar panggilan itu terus laju menuruni anak tangga sambil ketawa.

"Apa kamu semua ni.Kata lepas isyak nak kumpul semua dekat ruang tamu.Tapi,haram tak ada seorang pun.Papa kamu je yang ada."bebel Datin Hasniza.

"Sorry papa,mama."serentak mereka memohon maaf.

Ini lah perangai mereka,kalau tak panggil memang tak turun.Padahal dah jadi bapak orang kalau si Haikal tu.Manakala Hariz baru ingin menjadi bapak bertambah lah cucu Dato' Anas.

Rancak mereka berbual sebelum le dapur.Saat semua beransur pergi ke dapur.Tiba-tiba loceng berbunyi.

"Biar along bukak.Mesti Daniel tu."kata Daniel mengorak langkah ke arah pintu,yang lain berdiri kaku.

Terkejut Haikal saat itu.

"Adik !."Akira tersenyum manis.

"Ya allah kau kan ni.Along rindu."ditarik Akira ke dalam pelukan sungguh kemas pelukan itu,dada Haikal terkena di bahu kiri yang luka.

"Auch !."adu Akira.Haikal melepaskan pelukan.

"Eh,kenapa?."

"Lemas tahu kena peluk."
Akira menahan sakit.

"Along,orang suruh jemput masuk tetamu bukan..."terhenti kata-kata Hariz saat insan yang dirindui di depan mata.

Hariz baru saja ingin memeluk aduknya namun Akira menghalang.

"Aku tak nak kena peluk.Sakit badan aku.Luka badan aku ni tak sembuh betul lagi,kalau sikit tak apa ini.."Akira baru perasan yang dia terlepas cakap.Kedua abangnya memandang tajam.

'Okey aku tahu mereka nak apa.Haih mulut pun'

"Jom mama papa tunggu tu.Mesti mama happy."

"Aku takut."

"Tak ada siapa nak marah lah."

"Betul.Angah dengan along ada."kata Hariz pula.Mereka mengatur langkah.

"Akira !."

Datin Hasniza amat gembira akhirnya anak perempuannya pulang.

"Semua rindukan kamu nak."

Lama mereka berpelukkan tapi bila rasa sakit menyerang pantas akira melepaskan.

"Kira punya badan sakit mama.Sorry."

"Kenapa sayang ?."risau Datin Hasniza.Akira diam.

"Sekarang semua dah ada dekat sini,so cerita sekarang dari A sampai Z."kata Haikal tegas.

'Ishh...garang betul along ni.'

"Pergi ambil anak buah korang sekejap dekat kereta.Sebelum Kira cerita."

"Anak? anak kau? Daniel tahu?."tanya Hariz.

"Tak.Okey sekarang bukan masa nak cakap pasal Daniel."tegas Akira.

Semua faham hati gadis itu,syukur saja dia sudah ada sekarang.Hariz berlalu pergi,saat masuk dia mengendong si kecil.

"Dia tidur tu,angah tolong bawak dia masuk bilik.Kira tunggu."pantas Hariz membawa si kecil ke bilik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sekarang Reen ada dekat balai polis."kata Akira.Semua terkejut.

"Kenapa? apa yang Reen dah buat sampai masuk penjara."

"Dia yang seleweng duit syarikat.Tapi sekarang pihak polis dah hantar dia dekat hospital sakit jiwa.Dia sakit sebenarnya.Kesian pula Kira tengok,walaupun Kira tak suka dia."

"Macam mana adik tahu?."

"Anita,semua budak office tak nak cakap tau.Ini pun sebab Kira gertak semua orang baru nak buka mulut.Kalau tak semua buat bisu je.Lagi satu Kira tahu company Kira ada masalah ni Pak Mat yang bagi tahu."perlahan Akira berkata.

Dato' Anas mula memandang Pak Mat.

"Tapi...tapi,jangan marah Pak Mat.Kira yang suruh Pak Mat diam.Now Kira comeback kan."Akira cuba ceriakan suasana.

"Kau cedera?."soal Haikal.

'Ishh...susah dapat abang macam ni'

"Reen main pisau,Kira malas nak lawan.Tapi dia serang Kira dulu,itu sebab lah bahu ni.Perut ni Kira sendiri yang cuai.Tapi jangan risau lah.I'm,strong,strong woman."

"Banyak lah kau punya strong."kata Haikal geram.

Dato' Anas benar tidak menyangka anak arwah Mustaqim sanggup buat begitu.

"Papa mintak maaf Kira."

"It's okey papa.Lagipun Kira pun nak mintak maaf dekat semua sebab dah buat semua orang risau.Kira tahu Kira salah.Tapi,Kira harap semua hormat and faham rasa hati Kira."kata Akira.

"Mama nak tahu satu je,kamu ke mana ? Bukan dalam Malaysia kan?."tanya Datin Hasniza.Akira mengeleng.

"Kira pergi rumah bonda.Abang Adam,Bonda kirim salam.Dia jaga Kira dari pregnant sampai habis pantang.Dia pujuk hati Kira supaya balik.Akhirnya Kira sampai juga."kata Akira happy.

Semua tersenyum bahagia saat insan yang sudah lama menghilang kembali ke pangkuan mereka.

"Mari makan nanti sejuk pula makanan tu."

"Kira naik atas dulu..."kata Akira.

"Hurm,yelah nanti turun tau."

"Okey."

Pantas semua berlalu ke meja makan.

**************************************************************

BANGLO TAQ,

TING!

[Daniel dapat datang tak?.Kalau sibuk mama cakap tak apa]-Haikal.

[Eh,tak lah.Daniel on the way ni]-Daniel.

[Okey kitaorang tunggu]-Haikal.

Daniel melepaskan keluhan berat.Gelang di tangan direnung dalam.

'sampai bila kita nak macam ni sayang ? abang rindu,abang tahu banyak salah abang pada sayang.Kalau betul sayang ada,kenapa tak munculkan diri.Benci sangatkah Kira pada abang'

Diseka airmata yang mengalir di pipi.Aswan yang sedar akan kelakuan Daniel menegur.

"Woi ! cepat siap.Nanti lambat pula.Tak payah tenung lah gelang tu.Kalau cari ada bagus juga"kata Aswan.

"Diam lah kau.Cakap dekat rumah Lisa,sampai sana tak ada pun."balas Daniel.

"Dah tu ? kau nak aku tolong macam mana lagi.Itu je yang aku tahu.Dia dah bla lah tu.Dia cerdik juga bila dia letak gelang tu...comfirm kau cari.Bila kau cari,mesti kau datang rumah Lisa,so dia ambil jalan keluar dari rumah tu sebelum kau sampai.Tak fikir?."kata Aswan.Benar juga kata Aswan.

"Dah lah tu.Kau tu tak makan lagi,perut kosong nak sakit ke?."bebel Aswan.

Penat hari-hari Daniel berkelakuan sebegini rupa.Makan tidak,pergi kerja asyik stress,tidur pun kadang kadamg tidak dah jadi rutin dia.

"Ye,sekejap."Daniel mengekori langkah Aswan.

Pacuan empat roda milik Daniel terus meninggalkan kawasan rumah menuju ke mahligai murni.

"Bawak kereta elok sikit.Kalau nak mengelamun bagi aku drive.Kalau kau drive takut tak sampai rumah mertua kau je,kang hospital tempat kita."kata Aswan.Daniel ketawa.

"Hahaha.Tak ada lah.Aku cekap.Diam ah kau."masih tersisa tawanya.

Aswan membuat muka menyampah.

'cekap konon'

**************************************************************

MAHLIGAI MURNI,

"Assalamualaikum."

"Waaalaikumusalam.Masuk Dani,kami tunggu kamu je ni.Aswan pun ada mari masuk."pelawa Datin Hasniza.

Daniel dan Aswan membuntuti Datin Hasniza.Masing-masing mengambil tempat.

"Kau sihat tak Daniel?."tanya Hariz mulakan perbualan.

"Sihat je,kenapa? nampak macam tak sihat ke?."

"Pucat muka tu."kata Hariz.

"Haah kamu sakit ke?."tanya Dato' Anas.

Daniel mengerling ke arah Aswan.

"Eh,tak lah.Penat sikit lately ni.Sebab banyak kerja."

"Kamu ni,jaga juga kesihatan.Jangan sibuk dengan kerja saja."kata Datin Hasniza.Daniel hanya mempu tersenyum.

"Sedapnya bau...sampai depan."kata Akira.

Daniel sedikit pun tidak berpaling.Entah siapa si tuan empu suara itu.Tapi seperti pernah didengari.

"Mari duduk dekat sini."arah Dato' Anas.

Orang lain memerhati saja mereka yang tidak menyedari antara satu sama lain.Daniel memandang gerangan di hadapannya ternyata..

"Kira !."perlahan nama itu menutur di bibir.

Akira yang sedang tersenyum,ketawa adakah aku akan lihat semua ini jika dia menyedari aku di hadapannya.

"Adik,kau makan elok sikit boleh tak."tegur Haikal.

"Sorry,aku lapar gila.Dekat sana mana ada masakan Malaysia.Asyik makan benda pelik ada lah."kata Akira.

Daniel bersungguh pasang telinga

'ke mana dia pergi?'

"Dah time kau jalan-jalan memang kau makan benda pelik.Bonda tak masak masakan Malaysia.Turki tak kan tak ada bahan nak buat gulai masam,masak merah semua ni."kata Haikal.

'Turki? Jauhnya kau lari dari aku'

"Entah,ada kut.Tapi Kira rindu mama,papa semua.Lagi-lagi masakan mama."kata Akira.

"Daniel?."sengaja Haikal menyebut nama itu.Kedua-duanya tersentak.

"Stop it along!."tegas Akira.

"Sorry..."

"Anak kau tidur je kan."kata Hariz sengaja ingin membiarkan Daniel mendengar.

"Kamu ni Riz,budak kecik memang lah.Tu nanti anak kamu tu tidur juga."kata Datin Hasniza.

"Angah tak ajar dia tidur,angah ajar dia zikir."melawak Hariz.

Riuh di dapur dengan gelak tawa.Akira dari tadi lagi tiada mood.

'Anak? Anak aku ke? Tapi....'

Tangan Akira ingin mengambil jug air.Daniel juga turut sama pegang.Saat Akira memandang siapa gerangan itu sungguh terkejut dia,terlucut jug dari tangannya.Namun sempat disambut Daniel.

"Be careful."kata Daniel tidak memandang wajah Akira.

Jantung bagai nak terkeluar dek terkejut.

'Kenapa aku tak sedar dia dekat sini,kenapa hari ni aku kena hadap dia.Ya allah bantu lah hambamu ini'

Hilang selera makannya.Namun Daniel tetap meneruskan makan.

"Adik,are you okey."

"Yah,im fine.Mama papa Kira naik dulu lah.Takut pula si kecil tu bangun."kata Akira.

"Makan lah sampai habis tu.Sikit je lagi."kata Dato' Anas.Akira turut kata Dato' Anas.Walaupun tak ada selera tapi dia tetap menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kalau rasa dah tak ada selera,tak perlu paksa depan saya.You can stop eating and go."kata Daniel sayu.Akira pantas bangun berlalu pergi.

Sungguh tersentuh hati Daniel.Kehadiran dia tidak dihiraukan langsung,Akira terus berubah.

'Benci sangat ke kau dekat aku? Anak? apa semua ni.Kau lari dari aku sebab apa? atau sebab...ishh! kusut kepala aku rungut hati Daniel.Lalu dia turut bangun dari duduknya ingin bertemu dengan Akira.

Yang lain hanya diam,mungkin ini masa untuk mereka berbincang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira tidak senang duduk selepas berjumpa dengan Daniel.

"Kenapa semua orang tak cakap Daniel ada.Haih.."rungut Akira.Kehulu kehilir Akira.Terhenti langkah Daniel saat melihat Akira di tepi kolam.Baru saja ingin melangkah kaki mendekati wanita itu.

"Kenapa awak datang,kenapa awak muncul.Saya tak nak..."rintih Akira keseorangan namun Daniel mendengar.

'benci sangat ke kau pada aku'.

Daniel melepaskan keluhan.Tanpa berlengah Daniel menarik tubuh gadis itu lalu dipeluknya.Terjerit kecil Akira.Tenang apabila dalam keadaan begitu.Namun cepat-cepat Akira buang perasaan.

"Lepaslah !."Akira menolak jauh Daniel darinya.

Mata helang Daniel memanah anak matanya.Akira tidak dapat melawan panahan itu kerana takut hatinya akan berubah.Malas ingin berlama Akira membuka langkah namun pantas Daniel menghalang.

"Kenapa awak masih nak lari dari saya.Tak cukup ke enam bulan awak lari,atau awak memang suka main lari-lari."kata Daniel sinis.Akira memandang tajam sedikit pun dia tidak bersuara.

"I ask you Akira Syazana!."

"Tak payah buat lupa Daniel,you want me to go right,do you forget?."sinis Akira berkata.

"Then you left me for six months, without news, you do not think of other people's hearts."kata Daniel.

Akira diam.

"I know that you will not think of my heart, that's why I did not ask, did not say."kata Daniel lagi.

"So,kau nak apa?."tanya Akira.

Terkedu Daniel saat Akira berubah panggilan 'AKU' 'KAU'.Wajah yang lembut namun panggilan sudah menjadi kasar.

"Saya nak tanya awak tinggalkan saya sebab apa?."

"Eh,tak payah nak tanya soalan bodoh dekat aku lah."

"I did not ask any stupid questions, this is the question I want to ask, you ran away because why?."tanya Daniel lagi.Akira penat melayan dia hanya diam.

"Cakap lah ! Tadi nak melawan sangat !."meninggi suara Daniel.

"Apa yang kau nak ! Kau yang halau aku kan !."Akira juga meninggikan suara.

Dia tahu berdosa meninggikan suara kepada suaminya tapi hatinya cukup hancur.Ingatkan lelaki itu benar-benar merindukannya tapi,jauh sekali kata-kata Lisa.

"Kau tinggalkan aku bukan sebab aku halau kau kan.Tapi sebab kau mengandung anak orang lain !Sanggup kau buat...."belum sempat Daniel menghabiskan kata-kata,wajahnya sudah melekap penampar.Berkerut wajah Akira.

'Apa dia cakap ni ? sah,sah dia yang halau macam orang gila hari tu,dengan buat benda tak senonoh.Sanggup dia tuduh aku buat perkara terkutuk.Aku dah agak dia akan cakap macam ni,aku benci kau Daniel ! Benci !'Air mata jatuh berjujuran.

Semua yang sudah selesai makan terus ke hadapan setelah mendengar perbalahan antara mereka.
"Sampai hati awak Daniel.Sanggup awak tuduh saya yang bukan bukan.Awak ingat saya tak ada maruah ke ! Awak yang halau saya,awak yang nak saya pergi dari hidup awak ! Tak sangka orang yang saya cinta,yang saya rindu separuh mati masih menyakitkan hati saya.Huh,saya rasa macam orang bodoh.Bodoh sebab cintakan AWAK!."sungguh Akira tidak kuat saat ini,panggilannya daripada 'aku,kau' terus bertukar 'saya,awak'.

"Daniel awak ingat nama ni baik-baik.Tengku Aisy Izham bin Tengku Daniel Iskandar,anak kandung awak ! yang saya kandung selama sembilan bulan,seorang diri tanpa suami.Sebab apa masa tu suami saya sibuk melayan orang lain kan.Tapi,awak kata dia bukan anak awak,padahal darah daging sendiri.Suami jenis apa saya pun tak tahu.Macam ni lah.Hubungan kita ni dah retak sangat,saya pun dah penat nak mempertahankan.Lebih baik awak lepaskan saja saya.Awak bahagia saya bahagia.Kita cari bahagia sendiri,buat haluan masing-masing."kata Akira dalam tangisan lalu berlalu meninggalkan semua di situ.

Daniel terduduk kaku,tanpa suara hanya air mata yang membasahi pipi.Kali ini dia melukai lagi hati isterinya.

Akira yang melintasi keluarganya tidak dihiraukan semua orang,panggilan mama,abang semua tidak dipedulikan.

Aswan menghampiri Daniel.

"Sabar Daniel,insyaallah Kira dapat terima kau semula."

"Aku dah tuduh dia bro.Aku dah tuduh dia,aku lukakan hati dia lagi."sungguh dia kecewa dengan dirinya sendiri,kerana tidak dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Kenapa kau masih mencurigai dia.Dia isteri kau.Kau sendiri cakap dia isteri yang baik tapi kenapa kau tuduh dia buat perkara tu."

Daniel hanya diam,rasa bersalah seperti batu besar menghempas ke atasnya.Tujuan dia jika bertemu dengan isteri ingin mengambil hati,tetapi lain pula jadinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seharian Akira tidak menunjukkan wajah.Selepas pergaduhan malam tadi.Daniel dan Aswan masih di bilik tetamu,mungkin tidur.Datin Hasniza mula tidak sedap hati.Lalu diatur langkah menuju ke bilik anak perempuannya.
Tok! Tok!

Akira yang baru saja keluar dari bilik air menuju ke muka pintu dengan langkah yang lemah.

"Hurm..."

"Kamu kenapa ni ? Tak sihat ke?."risau Datin Hasniza melihat wajah anak gadisnya yang sembab dengan hanya pakai singlet jelas nampak luka di bahunya.

"Teruk juga luka kamu ni...dah pergi baring,biar mama cucikan.Panas badan kamu ni."kata Datin Hasniza.

Tidak pernah anak perempuannya demam seperti ini.Mungkin terlalu stress.Pantas Datin Hasniza merendamkan tuala kecil lalu dilap keseluruh tubuh badan Akira.

"Sorry mama,Kira dah menyusahkan mama."kata Akira dalam nada yang lemah.

"Tak apa.Kamu kan anak mama.Mama nak kamu rehat,jangan fikir sangat hal semalam.Kalau rasa tak sedap badan mama bawa pergi hospital."kata Datin Hasniza.Akira mengangguk.

"Nak makan tak?."

"Tak ada selera lah.Mama mintak tolong angah suruh jaga Aisy.Kira tak larat."pinta Akira.

"Iye lah nanti mama cakap.Kamu ni, senang mama panggil Daniel suruh jaga kamu ye."

"Tak payah lah.Kira tak nak susahkan dia.Kira tak nak dikatakan ambil kesempatan time sakit."kata Akira.
"Ini bukan soal ambil kesempatan ke apa.Kamu tak sihat kan.Jadi,ada baik kalau Daniel yang jaga.Dia tu suami kamu juga bukannya orang lain."

Akira diam saja.

Datin Hasniza mengerti lalu megendong si kecil bawa ke bilik anak lelakinya Hariz.

"Mama kenapa ni?."tanya Alisa.

"Kira minta tolong korang berdua jaga anak dia,dia demam tu."kata Datin Hasniza.

"Lah yeke.Haa boleh je."terus bayi tersebut bertukar tangan,lalu Datin Hasniza terus keluar dari bilik.Langkah diatur ke dapur untuk memasak bubur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Daniel,aku balik dulu tau.Nak pergi office."kata Aswan.Daniel hanya mengangkat tangan tanda okey.Aswan terus berlalu pergi.

"Eh,Wan kamu nak balik dah?."

"Haah aunty.Terima kasih ajak makan semalam,tumpang tidur."kata Aswan.

"Sama-sama.Ada masa singgah je sini.Aunty anggap kamu macam anak aunty dah,nak makan apa-apa aunty boleh masakan.Tak payah panggil aunty panggil mama pun boleh.."kata Datin Hasniza.

Bukan dia tidak kenal Aswan anak kawan karibnya namun ibunya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya.Aswan hanya tersenyum.

"Wan balik dulu lah."

"Hati-hati,petang ni datang sini tau makan."pesan Datin Hasniza.

"Insyaallah."

Kereta Audi milik Daniel yang dipandunya berlalu meninggalkan kawasan itu.

"Mama,Kira mana?."tanya Daniel yang kusut masai.

"Ada dekat atas.Tak sihat."

Risau mula menguasai diri.

"Lepastu macam mana ? Biar Dani pergi tengok."

"Dia tengah rehat,sekejap lagi naik.Mama takut dia tak lelap lagi.Mahu bertekak kamu berdua."kata Datin Hasniza.

"Dia sakit mesti sebab Dani.."sayu suara itu.

"Sudah,jangan terus menerus salahkan diri tu.Insyaallah dia tak ada apa,marah dia tu sekejap je hilang lah,pergi mandi.Kalau macam ni siapa nak jumpa.Entah Kira terkejut tengok kamu macam ni.."kata Datin Hasniza.
Daniel ketawa.

'Tapi aku mana ada baju,baju aku dekat bilik isteri aku.Haa sudah !'

"Mama...baju Dani dekat bilik Kira.Macam mana ni."kata Daniel.

"Pergilah naik."

"Okey."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daniel membuka pintu bilik.Jelas susuk tubuh isteri sedang tidur dengan selimut menutupi badan.Langkahnya menghampiri sisi isteri lalu tangan naik menyentuh dahi.

"Demam,patut lah.Abang minta maaf sayang.Abang tahu sayang masih marahkan abang.Tapi,abang harap sangat sayang dapat maafkan abang."kata Daniel.

Dikucup lembut dahi isterinya.Lalu ia mengatur langkah ke bilik mandi.Selang beberapa minit Daniel keluar dengan hanya bertuala dari pusat ke lutut manakala bahagia dada terdedah begitu saja.Sebaliknya dia tidak terus memakai baju tetapi dia menghampiri isterinya.Dikucup lembut tangan kecil itu.

'Daniel kau jangan lebih,dia tak sihat.Dah lah perang dunia pertama tak settle lagi.Tak kan nak buat perang dunia kedua pula'

Akira membuka maat saat rasa tangannya digenggam.Ternganga mulutnya melihat Daniel dalam keadaan begitu.

"Awak buat apa ni!."lantang suara itu.

"Tumpang mandi salah ke?."kata Daniel selamba.

"Tumpang mandi ke ambil kesempatan!."marah Akira.

"Abang tumpang mandi je lah."kata Daniel lembut.

"Dah tu tak pandai nak keluar.Dah mandi keluar lah.Duduk sini dengan tak pakai baju macam ni kenapa."panas hatinya melihat Daniel,sikit pun dia tidak pandang.

"Bukan aurat pun isteri yang tengok bukan perempuan lain."kata Daniel.

"Eleh,padahal beratur perempuan tengok badan awak, iye lah orang handsome,kacak,bergaya,pandai mengayat siapa je tak suka kan."sindir Akira.

"Termasuk sayang perempuan tu.Last last sayang juga jadi suri hati abang.Mesti sayang rasa beruntung dapat suami macam yang sayang cakap tu."Daniel tersenyum menang.Akira diam.

'sikit aku tak rasa beruntung kahwin dengan kau'

"Sorry,tolong jangan perasan."

"Abang tak pernah perasan,tapi sayang yang cakap."

"Eyy...keluar lah."Akira sudah penat melayan dengan badan tak laratnya.

"Abang nak jaga sayang,sayang demam kan."kata Daniel.

"Tak payah.Saya tak mati pun lagi kalau tak ada orang jaga."kata Akira.Daniel diam.

Akira mencuri pandang rupa-rupa mata itu sedang merenungnya.

"Eleh,curi-curi pandang pulak.Rindu ke? Haa tatap puas-puas."kata Daniel merapatkan wajahnya dengan wajah Akira bagai tidak mahu berjauhan walaupun seinci.Sesak nafas Akira saat itu pantas ditolak wajah Daniel.Daniel ketawa lucu.

"Sayang..."lembut suara itu memanggil nama aku.

"Stop call me sayang okey."

"Anje..."

"Daniel !."

"Tak suka juga.Okey baby..."

"Get out !."teriak Akira.Pantas tangan Daniel menekup mulut itu,ditepis kasar tangan Daniel tapi tubuh Daniel tidak dapat diimbang lagi lalu jatuh ke atas Akira dengan tangan Daniel menekan bahu kirinya.

"Argh!."Akira mengerang sakit.Berguling dia di atas katil dengan air mata mengalir.Daniel mula panik.

'Eh,dia berlakon ke apa ni? Tapi ni menangis betul'

Daniel mengambil bathrobe disarungkan ke badannya.Lalu cuba menghampiri isteri.

"Sayang..."

"Tepi lah !."jerit Akira.Kakinya menendang perut Daniel.Senak gila.Boleh tahan kuat juga.Terduduk Daniel di birai katil.Masing-masing tertunduk sakit.

"Eh,kamu dua orang ni kenapa?."tanya Datin Hasniza terkejut saat buka pintu melihat mereka mengerang sakit.

"Kira kenapa ni?."tanya Datin Hasniza risau.

"Tanya menantu kesayangan mama tu!."marah betul Akira.

"Dani? Dani kamu buat apa pulak ni?."tanya pula kepada Daniel.

"Mama tanya anak perempuan mama tu.Ada ke patut dia tendang Dani."kata Daniel.

"Ishh,kamu dua orang ni ada-ada je.Sudah lah bergaduhnya sampai bila nak macam ni.Fikir anak tu ! Jangan nak fikir hati kamu saja.Mama takut Aisy tak cukup kasih sayang saja."kata Datin Hasniza.

Masing-masing diam.

"Mari mama tengok luka tu."

"Bengkak dah kenapa?."

"Tu pak cik tu tekan."

"Mana ada.Dia buat orang jatuh atas dia tadi mama."kata Daniel.

Datin Hasniza mengeleng kepala dengan kelakuan anak menantunya itu,dua dua tak nak mengalah.Daniel curi pandang luka di bahu isterinya.

'Teruk juga.Tapi kenapa?'

"Suruh suami kamu isi ubat gamat tu.Lepas tu makan bubur ni,penat mama masak tau."kata Datin Hasniza beransur keluar.

"Tapi ma..."kelibat Datin Hasniza sudah hilang.

Akira merengus geram.Daniel menghampiri lalu duduk di sisi isteri.

"Mari sini nak tengok luka tu."lembut Daniel bersuara.

Akira tetap membatukan diri.Daniel mengeluh.

"Mari lah abang nak tengok luka tu,sapu ubat gamat je bukan lebih pun.Kalau lebih pun...tak salah kan.Sebab kite suami isteri...rindu abang dekat sayang."sengaja Daniel mengusik.

"Awak jangan nak gatal eh!."marah Akira.

"Eh,mana ada kita gatal.Kalau gatal dah lama abang garu tau,ke sayang nak tolong garu kan?."Daniel masih galak mengusik.

Tak sempat mengalih wajah bantal melekap dekat mukanya.

'Geramnya aku... masih nak panggil sayang'

"Tak payah nak mengarut.Sana sikit, saya nak pergi mandi."kata Akira.

"Nak ikut."laju Daniel bersuara.

"Awak jangan nak buat gila.Eh,dah lah saya penat layan awak ni.Keluar,kalau hati saya dah benci...sampai bila-bila saya benci ! Sekarang awak keluar ! Keluar lah !."bagai dirasuk Akira memarahi Daniel.

Daniel hanya diam.Iye dia tahu gurauan dia tidak kena tempat,lagi-lagi isterinya tidak sihat.Pantas Akira masuk bilik air.

"Kenapa awak datang kacau hidup saya...saya dah penat.Tolong datang untuk bahagiakan saya,bukan sakitkan saya lagi,dah banyak kali awak lukakan hati saya."pecah suara tangisan Akira di sebalik pintu bilik air.Daniel tertunduk kesal.Tubuhnya dibaring atas katil.

'I'm sorry sayang'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Lah.Tidur pula dia dekat sini.Seluar pandai pula nak pakai,baju tak kan tak pandai."Akira menghampiri Daniel yang sedang lena tidur.

"Awak,bangun awak."Akira cuba mengerakkan tubuh Daniel.

Perlahan mata itu terbuka.Tanpa banyak cakap Daniel memakai baju lalu terus keluar.

"Dah kenapa dia ni ? Mamai ke ? Lepas tu siapa nak tolong sapu ubat ni.Eleh Kira kau macam tak pernah buat sendiri."omel Akira seorang diri.

Lalu di ambil minyak gamat di atas meja.Baru saja ingin membuka baju,pintu bilik dibuka dari luar.Terkejut dia saat terjengul wajah Daniel.Daniel menapak menghampiri isteri, diambil minyak ditangan aku,tangannya ingin menyentuh bahu pantas dihalang.

"Awak nak buat apa?."

"Luka awak tu,nak letak ubat lah.Tadi kan saya kata nak tolong letakkan ubat,itu sebab saya masuk balik."kata Daniel.

Panggilan 'abang' bertukar kepada 'awak,saya'.

"Tak payah lah,saya boleh buat sendiri."kata Akira.

Alahai Kira tadi kau nak sangat dia tolong,lepas tu kau tolak pula.Daniel melepas keluhan.

"Awak,saya nak letak ubat.Bukan apa pun."kata Daniel lagi.Tangan yang memegang bahu itu ditepis kasar lagi.

"Don't touch me ! Awak tak faham bahasa ke.Saya kata tak nak,tak nak lah !."tengking Akira.Daniel mengetap bibir.

"Cuba cakap elok-elok tak boleh ke ? saya rasa tak perlu nak tengking pun.Saya ni suami awak,tolong hormat sikit."lembut Daniel berkata.

"Tak payah tunjuk baik lah."

"Saya bukan nak tunjuk baik.Tapi nak bagi awak sedar yang saya masih sayang,cintakan awak.Kalau saya dah lupakan awak,dah lama saya biar awak sakit ke,nak mati ke,saya dah kahwin lain lah.Tapi saya sanggup tunggu tau,sebab nak tebus salah saya.Saya tak pernah putus asa berdoa supaya awak balik ke pangkuan saya.Tapi apa saya dapat..."kata Daniel cuba mengawal amarahnya,baru ingin meraih tangan isteri namun pantas Akira mengelak.

Terusik juga hati Akira dengan kata-kata Daniel.

"Saya tahu saya salah.Saya minta maaf sangat,tak patut saya..."

"Simpan saja maaf kau tu,hati aku dah hilang.Tak ada guna nak raih balik Daniel."potong Akira.

Daniel menunduk lemah.

'Aku tak boleh mengalah aku kena kuat'

"Tapi,please.Bagi saya peluang nak tebus segala salah saya,dosa saya pada awak.Awak tak boleh hukum saya macam ni.Ye saya buta,saya bodoh sebab tak nampak betapa berharganya cinta awak.Tapi sedikit sebanyak usaha awak nak ambil hati saya buat saya senang,tapi ego saya selalu melarang,saya tak nak disakiti lagi sebab tu saya rasa perempuan semua sama..."jatuh air mata lelaki yang amat berharga,namun sekarang Daniel kerap saja menangis,terasa hilang harganya kerana menjadi rutin harian.

"...padahal awak tak,awak bukan seperti yang saya sangkakan,awak sabar dengan saya walau macam-macam saya dah buat.Awak tetap tak berputus asa nak ambil hati saya.Saya terlalu bodoh,buta,takut dengan kisah silam sehingga tak nampak kebaikan awak,keikhlasan awak."kata Daniel.

Akira mengalih pandangan.Tak sanggup melihat Daniel beria-ria meraih cinta daripadanya.Cepat diseka air mata yang mula mengalir di pipi,kerana tidak mahu Daniel menyedari.

"Tak payah nak buat drama dekat sini lah.Sekarang saya nak awak keluar.Now!."Akira menghalau Daniel.

Daniel cuba untuk memandang wajah isteri namun kabur dengan air mata.

"Okey.Saya minta maaf ganggu.Saya tak dapat nak letakkan ubat ni untuk awak,nak jaga awak,nak lindungi awak dari bahaya.Jaga diri lepas ni,saya terima dengan redha kalau betul hati awak dah hilang.Tapi saya tak akan ceraikan awak buat selama-lamanya kerana..."Daniel mendekatkan wajahnya dengan Akira.

"...You belong to me forever."lembut suara itu berbisik di telinga.Lalu di kucup lembut dahi isteri sebelum berlalu pergi.Akira seperti merelakan saja tanpa menolak ciuman itu.Lalu ia terus mengunci pintu bilik.Jatuh terduduk dia di situ.

'ya allah aku berdosa'

"Ya allah.Aku rindu dia,aku sayang dia,aku cinta dia.Tapi hati aku sakit melihat dia.Aku tak kuat nak hadap semua ni.Aku nak dia selalu dengan aku."kata Akira dalam tangisan.

Daniel turut sama tersandar di muka pintu.Bibirnya mengukir satu senyuman walaupun tidak berseri,tapi dia dapat mendengar luahan isterinya tadi.Terasa gembira saat dihati Akira masih ada namanya.Diseka air mata supaya tidak mengalir lagi,tanpa disedari dua pasang mata sedang memerhati.

Haikal,Hariz berpandangan antara satu sama lain.

"Apa kita nak buat?."

"Kita tengok je dulu.Tapi kalau adik melampau sangat,kita buat sesuatu yang dia akan menyesal."sinis Haikal berkata.

Hariz berkerut dahi.
"Macam kejam.Kau nak bunuh Dani ke?."pertanyaan Hariz membuatkan Haikal bengang di ketuk kepala Hariz.

"Kepala hotak kau.Main bunuh-bunuh kau nak tanggung dosa ke,memang patut jadi bengap kau ni."marah Haikal.

"Dah tu..."

"Adalah,nanti aku cakap.Sekarang jom blah."Haikal menarik Hariz berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience