BAB 12

Romance Series 11241

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Done.

Bangga sekejap Daniel setelah selesai memasak.Dihias cantik mee goreng.Jam baru pukul 6.50.

"Aku masuk 7.30 lah.Bagi budak tu makan dulu."

Daniel membawa dua pinggan mee goreng ke ruang tamu dimana Akira duduk.

"Ala,tidur pula dia."

Daniel bersimpuh di hadapan muka Akira.

"Bangun,makan."

Akira masih tidak memberi respon.

"Woi,tidur mati ke apa.Bangun lah."

Digoncang perlahan tubuh kecil itu.

"Saya dengar,kalau awak dah lambat makan lah dulu."balas Akira dengan mata masih terpejam.

Daniel mengeleng perlahan.

'Kau mengantuk sangat buat apa sebenarnya'

"Tak kira.Bangun sekarang sebelum aku cium."ugut Daniel.Pantas Akira bangun dengan muka geram.

'Tahu takut'

"Kau jangan ingat duduk rumah goyang kaki.Kemas rumah ni.Aku nak clear dari bawah ke atas.Aku check nanti."kata Daniel.

"Tahu,bukan memang kerja saya ke sebagai seorang isteri untuk buat semua itu."

"Menjawab !."tengking Daniel.Terkedu Akira.

'Dia ni kenapa ? Sekejap okey,sekejap tak'

"Kau kemas ni.Aku nak pergi kerja.Jangan keluar rumah tanpa izin aku.Faham !."kata Daniel tegas.

Akira hanya memandang kosong saja kepergian Daniel.

"Ada ke bahagia untuk aku ?."

**************************************************************

"Cik,Cik tak boleh masuk sesuka hati dalam bilik Encik Daniel."kata Jasmine.

"Eh, I girlfriend Daniel.Suka hati I lah ! You tu makan gaji je.Tak ada hak nak halang I.Go !."sungguh angkuh Salina.

'Eyy minah ni.Kau tunggu lah'

Jasmine kembali ke biliknya.

"Hello Bos."

"Salina."

"Baik bos."

Daniel akhirnya tiba juga di pejabat.Setelah dapat panggilan daripada assistant.

"Is,I miss you."kata Salina manja sekali.Tapi sedikit tidak menyentuh hati Daniel.

"Me too."balas Daniel senada.Sebagai kawan,sambungnya di dalam hati.

Salina tersenyum manis.

"Kenapa datang ? I banyak kerja tak ada masa nak layan you."kata Daniel.

"You kata rindu I.Tapi bila I ada depan mata you,you cakap tak ada masa nak layan.You ni kenapa !."bentak Salina.

"Salina, I ada kerja bukan macam you.Hanya tangkap gambar sana sini time orang perlu saja. Please understand. I do not want to argue."kata Daniel masih mengawal amarahnya.

'Time kau dah tidak ada tempat tampung kau baru terhegeh dekat aku.Salina,salina,sampai bila kau nak jadi macam ni'

Salina mengetap bibir.

'You dah berubah Is.You ingat I tak boleh nak pikat semula hati you.Wait and see'

"Okey.Sorry,esok I datang sini kita lunch sama.Bye,muah !."sungguh gedik apa yang dibuat oleh Salina.

Daniel melepas keluhan.Akira ?

Tiba-tiba telefon berdering.

"Hello."

"Okey,saya datang sekarang."

Daniel melangkah keluar.

"Jas,saya ada meeting dekat luar.Kalau ada sesiapa datang tinggalkan pesananan saja okey."

Jasmine angguk faham.

**************************************************************

3 jam berbincang dengan Datuk Jalal tentang projek pembinaan rumah.Cerewet betul.

Terasa malas pula ingin pulang ke pejabat.

"Call Akira lah ? Why not."laju tangan menekan butang number.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Laju Akira berlari mendapatkan telefon di ruang tamu.

"Hello assalamualaikum.Sorry lambat angkat saya tengah masak."kata Akira gopoh.

Daniel tersenyum kecil di sebalik telefon.

"Masak,masak.Kau masak apa ?."dingin suara itu.

"Masak untuk malam nanti lah.Awak balik mesti nak makan kan."kata Akira.

"Hurm,okey lah."

Daniel terus mematikan talian.Akira kebingungan.

"Dia ni kenapa ? Call semata mata untuk tu saja"omel Akira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum."salam diberi oleh Daniel.Namun tiada sahutan.Mungkin solat.

Dia mengatur langkah ke bilik tidurmya untuk membersihkan badan.

Akira baru saja selesai solat terus turun ke bawah.Menyiapkan apa yang patut.Tiba-tiba telefon berdering.

"Hello,assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

"Kira sihat ?."tanya Datin Hasniza.

"Sihat mama.Mama macam mana ?."

"Alhamdulillah sihat juga.Daniel mana ?."

"Dekat atas solat mandi agaknya.Dia baru balik."

Lama juga mereka berbual.Akira sampai tidak sedar Daniel sudah berada di belakangnya.

"Insyaallah,okey mama.Kira nak pergi panggil Daniel makan.Assalamualaikum."talian terus dimatikan setelah salamnya dijawab.

Terkejut Akira saat tubuh badan Daniel sudah terpacak dibelakang.

"Awak ni.Kenapa tak cakap dah turun.Berapa lama duduk dekat belakang macam pak guard tu."kata Akira geram.Sebenar dirinya terkejut tapi disorok.

"Masak apa ni ?."tanya Daniel tanpa menghiraukan kata-kata Akira tadi.

"Asam pedas.Awak makan tak ? atau awak ada gastrik ?."tanya Akira lagi.

"Aku makan.Tak pedas mana kan ?."

"Tak lah.Try lah.Kalau pedas saya masak lauk lain."kata Akira lembut.

Daniel memandang wajah itu lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.Akira menunggu respon.

"Sedap ?."

Daniel angguk.Tersenyum bahagia Akira saat itu.Daniel sesekali mencuri pandang wajah isteri.Namun Akira khusyuk saja menatap makanan tanpa sedar suami yang memerhati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"You nak apa ganggu I malam macam ni !."marah Daniel.

"Dah malam Sally.I tak pernah keluar malam macam ni."

"Itu dulu.Sekarang I dah tak nak buat benda lama.Tak payah nak ungkit cerita lama boleh tak !."

Daniel semakin geram dengan orang di dalam corong telefon.Kalau depan mata dah lama budak ni.

"See you tomorrow.Okey bye."akhirnya terputus jua talian.Daniel terus mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur.

"Siapa Sally ?."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daniel seperti biasa ke pejabat.Akira juga sama turut ke pejabat.Masing-masing ada tugas.Walaupun sudah berumah tangga.Tetapi Akira pandai membahagikan masa.Sejak kakinya baik dari luka.Akira terus mula kerja.

"Puan.Hari ini puan ada meeting dengan Datuk Jalal."kata Anita.

"Baik.Pukul berapa ?."

"Masa lunch nanti.Puan nak saya ikut ke ?."

"Eh,tak apa."

"Puan orang cakap Datuk Jalal tu cerewet,gatal pula tu,lagi muka Puan yang cantik ni,comfirm dia ganggu. "kata Anita.Akira ketawa lucu.

"Kalau dia ganggu,saya bagi buku lima."kata Akira dalam tawa.

"Puan ni main main.Betul tak nak saya ikut ?."tanya Anita lagi mahukan kepastian.Akira angguk.

"Saya keluar dulu lah."

"Okey thank you."

Anita yang baru saja ingin melangkah kaki dipanggil semula.

"Anita...,"panggil Akira.

"Ye puan."

Akira membuka dompet lalu mengeluarkan not lima puluh ringgit sebanyak enam keping.

"Ambil ni.Buat belanja satu office.Ikut korang lah nak beli apa.Kalau ada lebih tu,korang simpan je lah okey."kata Akira.

"Banyak sangat ni bos.Tiga ratus ni tak habis lah."

"Saya bukan suruh kamu habis guna sekali terus.Pandai lah kamu handle.Saya dah cakap kalau lebih simpan.Nanti kalau korang nak makan sama lagi dah ada duit."kata Akira.

"Baik bos.Terima Kasih."

"Sama-sama."

Akira kembali fokus dengan kerjanya,kerana lagi berapa jam dia kena gerak ke resort untuk berjumpa Datuk Jalal.Datuk ni cerewet juga orangnya.Entah sempat ke tidak siap semua ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bro,sorry lambat."sapa Daniel yang baru saja tiba di cafe.

"It's okey bro.Kau macam mana ?."

"Macam mana apa ?."tanya Daniel.

"Yelah,lepas status single,bujak terlajak bertukar pada suami.Okey tak life kau dengan isteri ?."tanya Aswan.

"Okey lagi.Aku tak boleh lah nak jatuh cinta.Aku tak boleh nak terima sekarang aku dah ada tanggungjawab."kata Daniel tiba-tiba.

"Kau tak cinta kan Kira ? Seriusly bro.Dani,aku nak cakap satu je dekat kau.Jaga Kira dengan baik.Kau bertuah dapat isteri macam dia.Aku kenal Kira.Aku kawan dia and aku harap kau dapat bahagiakan dia.Aku tak nak hidup dia sedih tau.Ingat apa aku cakap.Cuba lah jatuh hati dekat dia.Okey."pesan Aswan.

Daniel diam saja.Saat mata terpandang ke arah susuk tubuh yang memasuki pintu,tegap badan Daniel.

"Asal bro ?."

"Tak ada apa."

Aswan memerhati saja tingakah Daniel yang tidak senang duduk.Tapi hanya berdiam diri.

Akira menuju ke arah meja yang dimana Datuk Jalal berada.

"Maaf Datuk,lama ke tunggu ?."tanya Akira menyapa Datuk Jalal yang sedang khusyuk bermain telefon.

"Eh,tak ada lah.I saja datang awal,tak nak you tertunggu pula.Duduk lah."pelawa Datuk Jalal,menyuruh Akira duduk di sebelahnya.

'Alamak,dia ini ada yang makan kaki sekejap lagi'

"Tak apa,saya duduk dekat sini.Senang nak bincang."

"Ala,you ni.Kalau dekat lagi senang."kata Datuk Jalal dengan muka miang dia tu buatkan kaki aku nak pijak muka dia.

"Okey.Let's start."Akira malas berlama lagi dengan lelaki gatal seperti ini.Cepat siap,cepat balik.

Daniel memerhati saja dari jauh.Bukan main lebar senyum Datuk Jalal membuatkan hatinya menjadi panas.

"Isteri aku tu,ada juga makan penumbuk orang tua ni."gumam Daniel.

"Apa Dani ?."

"Tak ada apa-apa.Aku cakap..."belum sempat Daniel habis kata-kata.Mereka terdengar suara wanita sedang memarahi seseorang.

Daniel dan Aswan sama-sama mencari,rupa-rupanya Akira.

"You kenapa marah sangat ni.Relax lah."Datuk Jalal masih selamba.

"Eh,kau kalau tak nak ada apa-apa urusan dengan aku punya company aku tak kesah lah ! Tak lingkup company aku."hilang sabar Akira kali ini.

"You nak batal kan.You tahu kan projek ni paling beruntung.Tapi kalau you tolak tak apa lah.I nak you."kata Datuk Jalal lagi.

Akira tersenyum sinis.

"Berani kau main dengan api.Jarang aku jumpa lawan aku macam ni.Tepi !."tolak Akira bahu Datul Jalal yang menganggu jalan keluar.

Pantas Datuk Jalal merentap rambut Akira.Nasib suasana mereka jauh dari orang.Daniel yang melihat terus bangun menghampiri.Aswan turut mengikuti.

"Ehem !."

Terkejut Datuk Jalal saat Daniel ada disampingnya.

"Berkasar dengan perempuan tak elok Datuk.Lepaskan,dia insan lemah walaupun dia garang."kata Daniel sekilas memandang wajah Akira yang menahan sakit.

"Jangan masuk campur,ini hal saya dengan perempuan ini."kata Datuk Jalal.

"Datuk lupa saya rasa.Saya boleh tarik duit yang saya bagi tu.Baik Datuk lepaskan."ugut Daniel.Terkedu Datuk Jalal.

Akira merasa longgar pegangan di rambutnya.Di situ dia mengambil peluang menendang perut Datuk Jalal.Terdorong ke belakang orang tua itu.

Daniel terkejut dengan perbuatan Akira pantas memeluk Akira saat wanita itu ingin menghampiri Datuk Jalal.Aswan membantu Datuk Jalal yang terbaring sakit itu.

"Calm down please.Jangan ikut perasaan."ujar Daniel.Akira memberontak ingin dilepaskan.

Daniel hanya membiarkan saja Akira berlalu pergi.

**************************************************************

BIMA HOLDING,

Akira melangkah masuk dengan muka yang tak dapat di kawal amarahnya.

"Puan,hari ini..."

"Batalkan !."pantas Akira memotong dahulu.

"Asal bos kita tu ?."tanya salah seorang pekerja.

"Ada lah tu yang tak kena waktu jumpa Datuk Jalal."balas Anita.

Mereka masing-masing kembali sambung membuat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience