BAB 5

Romance Series 11241

BANGLO TDA,

Rindu suasana sekeliling banyak memori yang menyedihkan hati,semua yang terjadi tidak pernah dilupakan kerana semuanya masih tersemat di kepala walaupun menyakitkan,susah untuk dilupakan dan disebabkan itu juga hatinya keras bagai batu.

Namun sedikit sebanyak rindu yang ditanggu akhirnya bebas berterbangan.Akira menapak masuk,ruang tamu dah bersepah dengan buku majalah di lantai.

"Berselerak buku.Tak kan tak kemas langsung dia ni.."rungut Akira.

Satu per satu dikutip lalu disusun kemas atas meja,manakala Lisa hanya mengekori saja gerak geri sahabatnya itu.

Setelah selesai mengemas dia saja mengatur langkah ke atas dimana bilik mereka berada,bilik aku dan Daniel.Terdapat frame besar yang tergantung di dalamnya ada gambar pernikahan kami.

"Sejak bila gambar ni tergantung."tertanya tanya Akira.

Saat mata jatuh ke pergelangan tangan disentuh seutas gelang tangan itu.Pantas dibuka dan diletak rapi di dalam laci.

"Maafkan aku.Bukan aku tak sayang kau.Tapi,aku perlukan masa lagi."

Akira tidak boleh berlama di sini pantas diajak Lisa pulang,takut juga jika terserempak dengan Daniel.

Dipandang sekilas rumah itu sebelum berlalu meninggalkan.Tidak sampai beberapa minit kereta Aswan memasuki perkarangan.

'Dah lama aku tak jejak kaki dekat sini'

"Asal nak datang sini? Apa aura yang membuatkan kau nak ke sini."tanya Aswan lalu keluar dari perut kereta.

"Soalan...belajar tinggi saja! Rumah aku,aku datang lah.Apa masalah? Lagipun lately ni busy kan tak ada masa.So sekarang dah ada aku jenguk lah."kata Daniel.

"Eleh kau..datang sini buat apa je,buat semak kau pandai lah."sinis Aswan.

"Apa bende kau ni?."

"Kau ingat aku tak tahu keadaan dalam rumah tu.Bersepah gila.Kau datang sini lepas geram,kesal kau je,bukan buat apa pun."kata Aswan.

Daniel diam.

'Tapi,macam mana Wan tahu ni?'

"Aku tahu sebab papa kau bagi kunci suruh pergi tengok rumah ni.Mana lah tahu kau pergi robohkan ke,tak sangka pulak bila aku datang macam tongkang pecah."kata Aswan lagi bagai tahu saja kata hati Daniel.

Daniel melangkah ke muka pintu.Saat dibuka agak terkejut dengan apa yang dilihat.

"Kau datang sini hari tu...kau tolong kemas erk?."tanya Daniel.

"Ehh...tak ada masa aku.Kau ingat aku apa? bibik kau?."kata Aswan.

Mereka berdua agak hairan.

'Siapa yang masuk rumah ni.Selain papa? Yang cuma ada kunci ni ialah aku dan....

"No! tak mungkin.Aku tak percaya."tiba-tiba Daniel bersuara.

"Why?."hairan Aswan.

Cepat langkah Daniel mengatur ke tingkat atas dimana biliknya berada.Tiada perubahan.Tapi, Daniel tetap melihat takut ada benda hilang tanpa sedar.Saat tangan membuka laci kecil di tepi bucu katil seutas gelang tangan yang amat dia kenal diambil.

Daniel melangkah keluar menuruni anak tangga menghampiri Aswan dengan wajah tegang.

"Kau kenal siapa punya?."soal Daniel.

"Kira."

Daniel mengangguk.Aswan mula tak cukup nafas.Mampus.

"Benda ni...tak pernah ada lepas dia hilang.Tiba-tiba ada,aku pelik juga."kata Daniel masih menilik gelang tangan yang dihadiahkan kepada Akira sewaktu ingin memujuk Akira.

"Ada je kut...entah kau tak perasan."

"No! Aku rasa dia ada dekat Malaysia.Kau rasa?."

"Err...ermm...entah."

Daniel memandang pelik ke arah sahabatnya itu.Macam ada yang tak kena.

"Kau kenapa?."

"Tak ada apa-apa."

"Ke...kau tahu yang isteri aku dah balik.."duga Daniel dengan wajah serius.

"Mana ada."

"Yeke..."

Aswan melepaskan keluhan berat.

'Sorry Kira..aku terpaksa cakap..aku dah tak boleh tengok Daniel macam ni'

"Ye,Akira dah balik."perlahan Aswan berkata.Terbuntang mata Daniel.

"Seriusly? Kau biar betul."Daniel masih tidak percaya.

"Iye,aku dah tak sampai hati nak sorok semua ni dekat kau.Sorry bro Kira yang cakap jangan bukak cerita tentang kepulangan dia."

"Kau dah tipu aku dah pun.Wan aku suami dia Wan.Sanggup kau tengok aku macam orang gila nak cari dia."kata Daniel.Aswan tahu salahnya.

"Sorry bro.Tapi,korang dua kawan aku.Aku tak tahu nak buat apa.Kira kawan aku,kau kawan aku.Bila aku dalam situasi ni,aku pun stress,kalau boleh aku malas masuk campur kau tahu tak.Tapi aku fikir korang ni sahabat aku.Kau boleh faham tak? Aku tak nak Kira hilang percaya dekat aku juga.Nanti lagi rumit keadaan aku nak tolong kau."jelas Aswan.

Ye Daniel faham akan situasi Aswan yang tersepit diantara aku dan Akira.Dia ingin yang terbaik dalam hubungan kami.

"Tak apa.Berapa hari dah dia dekat sini."sayu suara itu.

Dia amat merindui gadis itu namun bagaimana pula Akira.Adakah dia turut ada rasa yang sama.

"3 hari dah lah masuk hari ni."kata Aswan.Daniel diam.

'Kenapa dia tak contact langsung aku? benci sangat ke dia dekat aku'

"Tolong settel masalah korang ni dengan elok.Aku dah tak boleh tengok korang berdua macam ni.Sedih tau."kata Aswan.

"Aku tahu apa aku nak buat.Kau duduk diam jelah.Maaf,kalau kitaorang dah menyerabutkan kepala otak kau.Jom balik."kata Daniel malas lagi ingin mengusutkan kepala.

'Kau memang betul betul dah lupakan aku ke Kira? Hish ! sabar sikit Daniel tenangkan diri tu'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu dalam perjalanan pulang Akira banyak termenung.Lisa yang perasan akan itu pelik.

'Kenapa pulak dia ni.Tadi okey je'

"Kau okey Kira?."tanya Lisa memecahkan kesunyian.

"Hmm...okey kenapa?."

Lisa diam.

"Wehy kau pergi mana dua hari tu?."sengaja Lisa menukar topik tak nak Akira tertanya tanya soalan tadi.

"Aku pergi office."

"Office? Dua hari kut...kau buat apa?."

"Settle masalah sikit."

"Abang kau kan ada.Masalah apa tu?."

"Memang diorang ada.Tapi,diorang tak tahu nak buat macam mana.Seleweng duit kut...bukannya sikit banyak.Kalau dia orang settle tanpa aku,lagi aku naik minyak.Waktu kecil semua benda nak share,semua benda nak minta tolong abang.Bila besar aku suka berahsia,suka buat sendiri.That's why diaorang tak tahu aku pregnant,aku ada rumah sendiri..."ujar Akira panjang lebar.Lisa hanya jadi pendengar setia.

'Melarat terus budak ni kalau sekali bersuara'

"Mana gelang tangan kau?."

"Aku dah pulang dekat tuan dia.Dah lama aku pinjam so aku pulang lah."kata Akira selamba.

"Ya allah Kira.Kau dah kenapa.Eh, aku tak faham lah ! Kenapa keras sangat hati kau ? Cuba lembut sikit hati tu,itu hak kau.Daniel sayang kau Kira."

"Eh cukup lah ! Aku dh muak nak dengar nama dia."meninggi suara Akira.Lisa diam.

"Biar lah...aku dah malas nak fikir benda ni."kata Akira.

"Sorry beb."

"Hurm.Hari ini aku nak balik rumah orang tua aku.Dah 3 hari aku dekat rumah kau."

"Petang ni?."

"Yup."sepatah saja yang di balas.
Mereka diam saja setelah habis topik bualan sambil menghayati lagu di corong radio sehingga tiba di rumah.

**************************************************************

MAHLIGAI MURNI,

Datin Hasniza khusyuk menilik pokok bunga orked kesayangannya.Dicabut daun yang layu,rumput halus yang mengelilingi batang pokok,sedang asyik mengurus bunga itu telefon berdering.Tentera nama anak sulungnya.

"Assalamualaikum mama."ceria suara di dalam corong telefon itu.

"Waalaikumusalam."

"Sihat ma?."

"Alhamdulillah sihat sangat.Kamu tu jangan tak balik pula hari ni.Mama nak buat makan sikit."kata Datin Hasniza.

"Ramai ke?."

"Apa yang ramainya.Kita sekeluarga je,Daniel,tapi kalau ada anak perempuan mama lagi seronok."sayu suara tua itu.

"Mama...jangan macam ni.Kal,angah,papa,menantu-menantu yang lain kan ada."Haikal turut sedih jika ibunya kata begitu.

Mana tidaknya Akira Syazana satu-satunya anak perempuan yang dia ada.Sejak Akira hilang dari pandangan asyik termenung saja.Ini pun baru saja keluar hospital tapi sibuk nak buat makan.Orang tua memang macam ni kan.Kata-kata anak tak nak dengar.Suruh rehat tetap degil.

"Okey lah ma.Along ada kerja sikit.Mungkin sampai petang.Tapi mama jangan risau kami balik.Assalamualiakum."

"Waalaikumusalam."talian terus diamatikan

**************************************************************

TAMAN INDERA,

"Drive elok-elok.Aku harap kau happy semula lepas ni.Aku nak Akira yang dulu."kata Lisa.Akira tersenyum hambar.

"Insyaallah.Kau jaga diri tau."pesan Akira.

"Nanti kalau ada masa...jom naik nak tak?."

"Hahaha.Boleh,aku gerak dulu.Kau tengok lah dulu budak-budak ni,ada masa aku bagi tahu kalau nak naik."

Lisa mengangguk laju.

Akira guru taekwando yang ditakuti pelajar-pelajarnya.Seorang yang tegas.Lama juga dia tidak masuk gelanggang selama dia di luar nagara.Hanya Lisa saja yang mengajar mereka.

"Bye.Take care."

Honda City milik Akira meluncur pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience