BAB 3

Romance Series 11241

TAMAN INDERA,

Akira pagi-pagi lagi sudah bersiap ingin keluar.Hari ini ada hal penting yang harus diselesaikan.Lisa yang sedang mengendong si kecil pelik.

"Kau nak pergi mana?"

"Keluar."

"Ye tahu.Kalau pakai cantik mesti nak keluar tak kan kutip sampah.Tapi ke mana?."

"Aku ada hal nak buat.Kau tolong jaga anak aku.Aku dah sediakan susu cuma panaskan je okey.Aku pergi dulu."malas di soal banyak oleh Lisa.Di cium pipi si anak lalu berlalu pergi.

Dalam perjalanan,Akira mendail nombor setiausahanya.

"Hello Anita."

"Siapa ye?."

'Haih nampak sangat budak ni tak save nombor aku'

"Aku malas nak cakap banyak. Sekarang kau datang office hari ni juga!."arah Akira.

"Bos? Puan Kira! Ya allah Puan tahu tak..."pantas Akira memotong.

"Aku tak nak dengar.Sekarang datang office."

"Saya memang dekat office sekarang ni.Bukan saya saje bos...semua ada."berkerut dahi Akira.

'Semua?hari ni cuti kut'

"What? kenapa semua dekat office.Aku suruh kau tengok kan saja.Bukan suruh kerja 24 jam."kira mula angin.

"Bos..panjang ceritanya.Bos datang dulu.Saya tunggu bos dekat bawah."talian dimatikan.

Akira malas memikirkan.Focusnya diberi kepada kereta yang di pandu,sehinggalah tiba ke destinasi.

**************************************************************

BIMA HOLDING,

Kira melangkah masuk dengan berkarisma.Akira sedar akan pendangan semua orang?.Banyak mulut berbunyi,yang paling jelas apabila ada yang berkata

'Amanlah hidup kita lepas ni'

Namun tidak dihiraukan.Terus ditekan butang lif menuju ke tingkat atas.Apa yang sebenarnya terjadi.

"Puan Kira."Johan menyapa.

"Siapa punya arahan suruh korang kerja ni?."Johan diam saja.

"Johan.Aku tanya ni."Johan masih tidak memberi reaksi.

"Orang lain mulut hilang juga ke?."
Semua menunduk takut.

"Memang semua orang suka buat aku marah ke apa ni!."meninggi suara Akira.Anita yang berada di dalam bilik keluar menarik bosnya.Johan terkulat-kulat saat itu.

"Bos jangan marah diorang.Kami semua ikut arahan saja."ujar Anita.

"Anita,arahan akan diberi oleh saya saja! Siapa yang pandai sangat bagi arahan ni? Huh! Saya tahu saya tak ada selama enam bulan.Saya tinggalkan kamu semua.Tapi tak bermakna saya kejam sampai macam ni.Anita! saya amanah kan awak tau."marah Akira.

Anita hanya menunduk bisu. Dia masih tidak berpuas hati.Dia cuba untuk tenangkan amarahnya.

"Okey sekarang bagi tahu siapa?."

Diam.
"Kamu semua masih nak diam.Okey fine saya akan buang korang semua termasuk kau Anita! Sekarang nak cari pekerja baru tak susah pun,senang je.Korang ni je nak cari kerja takut susah pulak."

"Reen bos.Reen!."kata salah seorang staf di situ,yang lain hanya angguk saja.

'Tahu takut..ingat nak kena buang'

Tidak sangka anak angkat arwah Pak Ngah yang buat.Memang tak kenang jasa budak tu.Dah bagi kerja buat taik pula.

"Mana dia? kenapa dia tak ada ni?."
Lagi sekali semua bagai hilang mulut.

'Haih sabar Kira..sabar'

Malas tambah sakit hati dengan stafnya terus dia menerjah ke bilik Reen.

"Eyy...pengotor gila.Apa benda bilik macam tempat sampah ni!"Akira keluar semula.

"Dia duduk dekat mana ni?."
Semua menunjuk ke biliknya.

'Oh no! Bilik aku,shit!'

Saat melangkah masuk dilihat wanita itu sedang berbual dengan seseorang dari dalam telefon.

"Reen Ariana!."

Terkejut Reen saat Akira di belakangnya.

"Kak Kira..."

Pang!

Terteleng wajah Reen ditampar oleh Akira.
"What are you doing here?!."

"Akak Reen cuma jaga bilik."

"Sudah! Ada ke akak suruh kamu? Eh,jaga apa kalau bersepah macam ni.Huh!."marah Akira.

Mana tidaknya berselerak buku seperti biliknya tadi agaknya kalau ada banyak bilik berpindah randah bila bilik dah kotor ni.

"Lagi satu kenapa pandai-pandai buat arahan suruh mereka kerja?."Reen tidah mengendahkan.Geram pulak hati ni.

"Eh,kau bangun! Kau tak layak duduk dekat situ.Kau tu,kuli je tau.Bukan BOSS."berbisa sungguh kata-kata yang dilempar.Reen tersenyum sinis.

"Kau ingat aku kesah ke? Pak Long percaya cakap aku lah Kira.Kau siapa nak halang?."

"This is my company! What is your problem? What else are you dissatisfied with me!."Reen hanya ketawa besar melihat Akira di dalam api kemarahan.

"Kalau aku tak mengenangkan yang kau ni anak Pak Ngah dah lama aku buang kau! sebab papa aku terima kau. Kalau tak jangan haraplah!."

"Shhh,diam,diam.Aku tak tanya."tiba-tiba dia ketawa sendiri.Pelik Akira.

"Balik kau..huru hara hidup aku.Bosanlah!."tempik Reen.

"Kau dah lenyap duit company pun kau bosan lagi!."

"Kau saja kan Kira nak bermain dengan aku."

Reen memegang sebilah pisau saat itu,pandangannya jeles tidak puas hati terhadap Akira.Akira tidak gentar walau sedikit.Dia sebenarnya tidak suka bermain ganas malas ingin mencederakan orang.Tapi si Reen seperti mencurah minyak saja.

"Reen jangan main pisau.Bahaya tau."

"Kenapa? kau takut?."hilaian ketawa di lepaskan.

"Aku tak takut.Aku cuma tak nak cederakan ka..."belum sempat Kira bersedia Reen terlebih dahulu menyerang.Pisau tersebut terkena pada bahu kirinya.

Sakit?mestilah.Tapi,tak diendahkan.Bermain dengan orang sakit jiwa harus berhati-hati.

"Sakit ke? Baru sikit Kira."

"Aku rasa kau gila lah."

"Memang.Aku gila sebab tak dapat apa yang aku nak! Aku dengki dengan kau! Kenapa kau ada semua benda! Aku benci! Kau patut mati,biar aku dapat semua ni!."kasihan melihat Reen sebegitu rupa.

Ya memang dia tidak berapa suka dengan Reen kerana sikapnya yang tamak.Tetapi selepas kematian Pak Ngah terus begini perangainya.

"Sudah lah Reen,kalau kau buat perangai elok,aku layan elok.Tapi kau dah melampau! Kau rosakkan nama company aku."darah semakin banyak mengalir namun Akira tetap bertahan.

"Susah kau nak mati kan.Tak pe aku cuba lagi."Akira sempat mengelak dipulas tangan Reen.

Oh shit! salah pulak.Pisau tersebut terbenam ke perutnya sendiri.

Redha,nasib ditahan agar tusukan tidak dalam.

'Help me.Tolong lah sesiapa datang masuk.Aku penat dah ni banyak luka'

Entah dari mana polis muncul pun aku tak tahu,yang aku tahu aku sakit sekarang.

"Angkat tangan!."arah salah seorang anggota polis.Akira yang terbaring hanya memandang saja.

"Kau jahat Kira! Kau kejam! Aku akan balas dendam dekat kau."

'Haih aku tak tahu apa masalah perempuan ni'

"Sudah Reen.Kau ikut diaorang saja.Banyak cakap pula."lemah Akira berkata.

"Akira! Ya allah teruk ni."

"Zack,aku nak rehat jap."lalu dipejam mata.

Zack tanpa berlengah mengendong Akira keluar.Dia hanya memberi arahan kepada anggota yang lain.Terkejut staf yang lain saat melihat tubuh Akira penuh dengar darah.

"Bos!."terketar-ketar bibir Anita.

"Saya bawa dia ke hospital dulu.Apa berita saya bagitau."kata Zack.

Zack memandang sayu wajah wanita itu.Ye dia risau akan wanita itu.Wanita yang pernah bertahkta di hatinya namun,jodoh mereka tiada.Zack tahu Akira isteri orang tapi tak kan ingin dibiarkan saja mati, dalam keadaan darurat begini terpaksa dia mengendong.Nasib ringan minah ni.
Akira sudah tidak sedarkan diri lagi.

**************************************************************

HOSPITAL KUALA LUMPUR,

Ramai jururawat yang datang menyambut tubuh Akira.Tubuh gadis itu di letak atas pengusung masuk ke dalam wad.

Zack mengeluh berat dia tak sempat menyelamat gadis itu daripada tercedera.Kalau dia datang lebih awal benda ni tak akan jadi.Zack hanya menunggu di ruang yang disediakan.

3 jam berlalu.Seorang doktor menghampiri Zack yang sedang tidur.

"Encik."tersentak Zack ketika itu.

"Ye macam mana keadaan dia?."risau betul Zack akan terjadi apa-apa.

"Alhamdulillah.Puan Akira tidak mengalami luka yang dalam.Nasib kamu sempat bawa dia ke hospital.Kerana terlampau banyak darah yang keluar dengan luka dalam di bahunya,tapi tidak memberi kesan ke anggota lain.Harap kamu selalu pantau keadaan dia.Kamu sebagai suami patut sentiasa ada disisi isteri jika tidak mahu perkara yang serius terjadi."tercengang Zack saat itu.

'Suami?'

Namun Zack hanya menyimpan senyum saja.Doktor tersebut berlalu pergi.Zack menolak daun pintu masuk.Akira tersenyum ke arahnya.

"Kau okey tak ni? aku risau gila.Haih, bahaya tau ambil risiko macam ni kalau dibuatnya mati? kau tak fikir perasaan orang tersayang ke? jangan korban diri kau Kira."marah Zack.

Tersentuh hatinya.

'Ya anak aku bagaimana kalau aku pergi.Family? Daniel? Huh! sepatutnya dia yang berada di sisi aku sekarang' keluh Akira.

Zack perasan air muka Akira berubah mendung.

"Kau okey tak? sakit mana-mama ke?."risau Zack dibuatnya.

'Ye lah budak tu baru sedar aku dah marah.Sorry Kira aku sayang kau gila.Walaupun kau bukan hak aku,sebagai kawan tak salah kan'

"Eh.Tak ada lah,yang kau emo sangat kenapa,okey sikit je ni."

"Banyak lah kau punya sikit.Nasib tak teruk tau."Akira hanya mengaru kepala yang tak gatal.

"Macam mana boleh jadi macam ni?."

"Reen tu ada masalah mental aku rasa lepas arwah Pak Ngah aku meninggal perangai dia terus macam ni.Tapi tak sangka dia buat onar dekat pejabat aku.Kau tahu aku macam mana kan."jelas Akira berkata.

Ye akira seorang yang baran tapi, mampu dikawal.Bukan dia tidak kenal gadis itu.

"Lepas tu yang kau cedera ni kenapa? bukan kau pandai taekwando."perli Zack.Akira menjeling.

"Aku salah gerak tadi.Aku terhala pisau arah aku patutnya aku kick tadi.Tapi,tu lah bende dah nk jadi."

"Amboi senang,banyak sangat amalan kau kalau mati?."

"Ishh,kau melebih.Anak aku macam mana.Jangan lah merepak."

"Haa tahu pun.Eh jap.Kau cakap anak? kau dah ada anak?."

Akira mengangguk.

"Allah,aku dah jadi uncle."gembira gila Zack saat itu.Akira hanya memandang pelik.

"Kau dah kenapa?."

"Happy."sepatah Zack menjawab.

Membuat Akira mengukir senyuman.
"Aku call suami kau eh.."pantas Akira melarang.

"Jangan! Jangan sesekali please jangan kalau kau nak lagi kawan aku baik jangan."Akira memberi arahan tegas.

Zack hanya menuruti saja.

'Apa pasal dia ni,ada suami tapi tak nak suami kat sisi.Tak faham aku'

"Hurm aku balik dulu lah.Nanti apa-apa info tentang sepupu kau tu aku bagi tahu semula."

Zack terus berlalu.Akira hanya menghantar dengan pandangan mata saja.Boleh tahan sakit juga kena tikam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience