BAB 4

Romance Series 11241

TAMAN INDERA,

Hari sudah larut malam namun kelibat Akira masih belum muncul.

"Mana Kira ni,tak kan lari lagi kut.Agak-agaklah tinggal anak."

Nasib lah si kecil tidak banyak meragam.Jam sudah menunjuk pukul 12.00 malam.Si kecil sudah pun tidur dalam dakapannya.Dibaringkan tubuh si kecil Lisa turut merebahkan badan.Mengantuk matanya menunggu Akira.Matanya perlahan-lahan ingin tertutup namun terganggu saat telefon berdering.

"Hello siapa ni?."

'Kesian kau Lisa terpaksa jaga anak aku.Mesti tengah tidur aku kacau pulak'

"Hey! siapa ni kalau nak telefon orang diam baik tak payah."marah Lisa masih tidak lihat siapa gerangan yang di sana.

"Hahaha.Babe ni aku lah.Sampai hati tengking aku.Tak tengok nama ke?."ujar Akira dengan nada yang lemah.

Bukan kerana terasa dengan sahabatnya namun badannya masih tidak sihat.

"Babe sorry.Ya allah.Ni kenapa tak balik lagi? dah lewat malam ni."

"Aku ada kerja kena buat.Esok maybe aku balik.Jangan risaukan aku okey. Anak aku macam mana? Nakal tak?."rindu ingin menatap wajah si anak.Walaupun baru sehari tidak bersua muka.

"Lama dah budak ni lena."Akira tersenyum disebalik talian.

"Kira..."

"Eh,aku letak dulu.Kau jaga anak aku kalau aku tak balik lagi.Ni last aku berbual dengan kau.Bye assalamualaikum."belum sempat Lisa membuka mulut Akira sudah memutuskan talian.Lisa pelik.

'Keluar pagi-pagi malam ni tak balik? haih apa jadi sebenarnya ni'

**************************************************************

HOSPITAL KUALA LUMPUR,

"Morning Kira.."sapa Zack.Akira hanya tersenyum.

"Kau tak kerja?."

"Kerja lah .Ini pun mintak keluar sekejap nak teman kau."

"Ala tak payah lah habiskan masa nk teman aku.Eh aku nak balik dah jap lagi."

"Ewah,ewah.kau tak sihat lagi mana boleh.Doktor tak bagi lagi kau keluar."kata Zack.

"Ala,aku dah okey.Luka ni pun sikit je."

"Tak ada,tak ada! Kau duduk sini satu malam lagi.Doktor cakap yang sikit tu boleh bawak serius tahu.Nasib tepi perut,kalau tengah perut? naya kau mati je."tegas Zack.

Akira sudah buat muka.Zack mengerling.

"Buat lah muka tu.Aku lempang kang."

"Yelah,aku duduk sini.Tapi! tapi pastikan esok aku dah keluar."Akira meletakkan syarat.

"Iye.Pernah ke tengok aku tipu kau."

"Pernah."kata Akira.Geram Zack melihat perangai Akira ni.

"Aku nak makan lah."

"Ni haa aku dah bekalkan.Makan lah."

"kau?."

"aku dah makan dulu tadi."

Akira membuka bekas plastik itu.Berselera pula bila tengok nasi ayam ni,lalu ia menjamu selera.

"Kira aku nak tanya sikit."

"Apa?."

"Kau ada problem ke dengan family or your husband.Tak aku bukan nak masuk campur just tanya.Sebab aku pelik lah kau hampir kena bunuh,tapi kau tak nak suami kau datang."ujar Zack.

Terhenti suapan Akira.

"Sorry lah kalau soalan aku ni mengundang amarah kau."risau juga Zack dengan perubahan wajah Akira.

"Eh tak lah. Aku tak marah pun.Tapi, aku tak nak cakap pasal benda ni. Boleh?."

Zack mengangguk faham.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi-pagi lagi Akira sudah discharge kerana sudah tidak tahan duduk di hospital.Zack tidak tahu akan kepulangannya.

'Biar lah nanti kalau dia ada time aku keluar lagi naya.Mamat tu dah lah tak bagi aku keluar lagi'

Akira mengorak langkah membuka pintu.Terasa lenguh badan.Baru pukul 6.30 memang si Lisa tak bangun lagi lah.Malas ingin menganggu terus direbahkan badan atas sofa.Akhirnya terlelap jua.

Lisa terjaga dari tidur kerana si kecil meronta-ronta,awal betul si kecil ni bangun.

"Bila Kira nak balik? 2 hari dah minah ni tak balik."rungut Lisa menuruni anak tangga mata tertancap pada susuk tubuh di atas sofa.

"Ya allah Kira.Kau bila balik.."perlahan Lisa menghampiri.

Saat tangan menyentuh kulit tangan Akira terasa panas.

"Eh! kau demam ke."pantas Lisa berlalu.Saat kembali Lisa membawa selimut tebal dan semangkuk air yang direndam tuala.

Akira mula sedar saat terasa mukanya disentuh.Perlahan mata terbuka jelas wajah Lisa.

"Hurm,kau rupanya aku ingatkan siapa lah tadi."lalu ditarik selimut menutupi wajah.

"Aku lah tak kan suami kau pula."Akira hanya membisu.

"Kau asal demam ni?."

"Dah nak demam."

"Ehh,dia ni."rungut Lisa.

"Nanti kebah lah tu.Aku demam sekejap je."kata Akira.

"Banyak lah kau punya sekejap.Patutlah anak kau pun aku tengok macam tak sihat."kata Lisa.

"Anak aku tak sihat? Dah,ketepi,aku nak bawa dia pergi hospital."pantas Akira bangun.

"Tak payah.Kau rehat.Biar aku je pergi."kata Lisa.

Akira menganggguk saja.

'Bagus juga lah..aku pun tak larat nak bawak kereta ni thanks lah Lisa selalu tolong aku'

Dia hanya menghantar pandangan sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Where is this patient?"

"Ouh Puan Akira ke? dia dah discharge pagi tadi."kata nurse itu.

"What!."

"Iye.Pukul 6.30 pagi tadi.Kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri dulu."
Zack hanya diam.

"Minah ni memang degil lah.Tak pernah berubah.Kalau tak degil bukan kau lah namanya Kira."omel Zack.

Lalu mengambil keputusan terus pulang ke balai.Baru ingin menghubungi Akira mesej masuk.

[Sorry aku balik dulu.Hehe.Jangan marah.Aku dah bosan kau tahu tak.So aku keluar awal sebab tak nak kau datang.Nanti kau halang aku ^_^.]-Akira

[Yelah.Tapi at least kau mesej aku,ni tak aku sampai kau hilang.]-Zack

[Sorry lah.Aku tak sengaja.Sorry sangat.]-Akira

Tergelak kecil Zack.

[It's okey.Dah rehat cukup.Ingat doktor cakap jangan buat benda yang guna banyak tenaga.]-Zack

[Okey boss ^3^.]-Akira

Tak hilang senyuman dibibir Zack pada saat itu.Tanpa sedar Eddy,Zul dan Riz berada di dapan pintunya.

"Siapa yang buat kawan aku ni senyum sorang-sorang,macam tertarik pulak nak tahu."kata Eddy.

Terkejut Zack.

'Adoi kantoi,mati lah aku'

"Kan,tak lama lagi nasi minyak lah ni."usik Zul pula.

"Banyak lah korang punya nasi minyak.Aku chat kawan aku je...senyum pun salah ke?"kata Zack.

"Kawan ke awek ni."

Mereka ketawa bersama.

"Kawan lah.Dia dah kahwin pun."

"Amboi hang tak mudah bini orang hang boleh naa."

"Aku cakap dah kawan kan gila."

"Siapa?."

"Akira."

Diam semua di situ.Bukan mereka tidak kenal wanita itu.Benar apa yang dikatakan oleh Zack kawan.Memang hanya kawan kerana gadis itu sudah berumah tangga.

Walaupun kami tahu yang Zack pernah menyimpan perasaan,tapi bukan lagi sekarang.

Gadis yang suka akan lasak,yang tidak mudah panik apabila dalam situasi yang bahaya.

"Ouh..."serentak tiga orang sahabatnya itu bersuara.

"Tahu diam.Kalau tak,nak kenakan aku je."kata Zack.

"Kau jumpa Kira dekat mana?."

"Kes company Bayu Holding tu.Dia lah yang cedera."terkejut yang lain.

"Bukan dia.."belum sempat Riz habiskan percakapan pantas Zack memotong.

"Dia salah gerak katanya.Waktu dia kena serang dia tak bersedia lagi.Dia ambil mudah sangat dengan benda macam ni,tak fikir risiko lansung."kata Zack tegas.

"Relax lah,yang kau nak emo sangat kenapa?."kata Riz.

"Bukan apa aku risau je."kata Zack.

Sudah lama duduk dalam aircond,lalu beransur keluar untuk makan.Sembang dalam office bukan boleh buat mulut mengunyah, perut pun dah lapar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nasib si kecil tidak apa-apa.Lisa terus menidurkan dia di atas.

"Dah tidur?."

"Ermm..."

Mata masing-masing tertancap ke arah kaca tv.

"Aku rasa nak pergi rumah Daniel."pantas Lisa menoleh inginkan kepastian yang dia tak salah dengar.

"Buat apa?."

"Saja."

Pelik Lisa.

"Kau okey tak?."

"Okey lah."

"Kau demam kan tak payah lah.Esok boleh."kata Lisa.

"Tak nak.Aku nak hari ini juga."bantah Akira.

"Asal erk? kau nak buat apa?."tanya Lisa lagi.

"Dah malas aku cakap dengan kau.Aku nak rehat sekejap.Pukul 4 aku nak gerak itu pun kalau kau nak bawak lah,kalau tak,aku naik teksi je. Dah sana nak tidur."kata Akira.

Ditolak Lisa sampai jatuh terduduk di atas lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience