BAB 8

Romance Series 11241

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Pintu bilik wad di buka.Akira melangkah masuk dengan sedaya mungkin untuk melihat Daniel.

'Ya allah kenapa dengan awak Daniel'

Akira menyentuh tangan Daniel.

"Assalamualaikum,awak."

Daniel baru saja ingin membuka mata tadi.Tapi bila nampak si isteri datang terus tak jadi.

'Hehe ingat tak datang,baru nak bangun.Sorry sayang abang terpaksa ikut rancangan abang kesayangan kamu ni'

Akira memandang sayu wajah yang sedang terbaring.

"Semalam awak lari dari hospital? Patutlah kepala berbalut je.Maafkan saya tak ada dengan awak.Sepatutnya saya jaga awak.Saya ada dekat dengan awak.Dah dua hari awak masuk hospital,hari ni baru saya tahu awak sakit.Hurm,saya memang isteri tak guna kan ? Sanggup abaikan tanggungjawab saya disebabkan ego.Kira minta maaf abang."kata Akira seorang diri lalu dikucup tangan Daniel.

Berbunga hati Daniel saat itu.

"Kira janji akan jaga anak kita baik-baik.Cepat sembuh ye.Kira rindu,Kira sayang abang."air matanya mula mengalir.

"Abang pun rindu,abang pun sayang sangat dekat sayang.Jangan tinggalkan abang lagi."lemah suara Daniel.

Terkejut Akira saat itu,lalu ia mengangkat wajah.Di lihat senyuman Daniel yang tak berdaya itu,semakin lebat air matanya.

'Hebat Daniel,pandai kau berlakon sebab nak perhatian.Ini kalau kantoi hilang perhatian lah kau,sayang please stop menangis.Abang tak sanggup nak tengok'

Menjerit jerit suara hati Daniel ketika itu,tapi tidak mampu.Pantas Akira menyapu air mata.

"Awak nak apa-apa ke ? Saya boleh beli kan."tanya Akira.

Tangan masih menyapu air mata.Daniel mengeleng.Matanya tidak lepas dari menatap wajah isteri.Akira mula tidak selesa.

"Awak kenapa pandang saya macam tu ?."

"Mana ada saya pandang awak.Tu cicak dekat dinding tu."kata Daniel selamba.

'Cett,suka kena kan orang!'

"Hurm...saya balik dulu lah."Akira bangun ingin beredar,namun tangannya disambar oleh Daniel.

Matanya jatuh ke arah tangan mereka lalu beralih ke wajah Daniel.Terjongket sikit kening Akira.Daniel menarik tangan itu mendekati bibirnya,lalu dihadiahi ciuman.

"Apa awak ni."laju tangannya ditarik.

Daniel lepas tawanya,jelas lesung pipit di pipi kiri.

'Hensem.Ish,jangan nak mengarut Akira'

"Dah lama tak tengok sayang marah."kata Daniel.

"Eleh,semalam ? Awak ni dah tahu sakit,lari dari hospital dengan kepala berbalut macam tu,kalau jadi apa-apa.Bukan itu saja,kalau saya tambah pukul dekat awak semalam macam mana? Siapa yang susah,saya juga kan."marah Akira.

Dari tadi Daniel tidak ada ruang ingin mencelah.

"Sayang risau ke ? Marah semacam dekat abang."

Akira diam,terus keluar dari bilik wad Daniel.Daniel melepaskan keluhan.

'Maafkan abang sayang'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Betul ke aku benci dia,tapi kenapa setiap kali aku ingin lupakan dia,saat itu juga cinta di hati semakin mekar.Ya allah,kalau betul dia dah berubah,lembutkan hati aku untuk menerimanya semula'

Akira termenung saja sambil menikmati air tea di cafe.Namun matanya tertancap pada tiga susuk tubuh yang amat dikenali,pantas Akira membayar minuman yang belum habis terus menuju ke arah tiga orang itu.

'Sah memang aku dah kena dengan diaorang'

Haikal,Hariz dan Daniel duduk di meja makan.

"Macam mana tadi?."tanya Haikal.

"Okey,tapi masih dingin lah along.Tak tahu aku nak buat apa dah."kata Daniel.

"Relax kami settle."kata Hariz pula.

Kedengaran tepukan kuat dari arah belakang,ternyata akira yang kini
menghampiri ke arah mereka bertiga.
Tersedak air Hariz saat melihat adiknya.

"Adik..."Haikal bersuara.

Daniel sudah menunduk.Akira hanya tersenyum saja.Tahu yang dia sedang marah.

"Duduk lah,nak join sekali ke ? Dari mana ni?."tanya Hariz.

"Hurm,tak payah.Terima kasih saja lah.Seronok kan korang,kalau boleh, Kira tak nak pun ikut korang bertiga ni.Tapi aku rasa macam orang bodoh pula membazir air mata,percaya bulat bulat kata-kata korang ni.Dah habis semua lakonan ? pandai kan.Bijak otak korang nak suruh melawat orang SAKIT!."sengaja Akira menekankan perkataan 'sakit'.

Lalu mata mengalih pandang ke arah Daniel.

"Eh,awak sakit tadi kan.Ya allah kenapa dekat sini ?."sengaja Akira ingin mencari pasal.

"Okey tak apa tak payah explain apa-apa.Isteri dah bodoh,di bodohkan lagi.Tunduk,tenung lantai sampai masuk kepala dalam tu."

"Adik,hormat sikit boleh tak.Dia tu suami tau."tegas Haikal.

"Along pun sama lah.Kenapa ? Tak puas lagi sakitkan hati Kira!."meninggi suara Akira.

Semua mata yang ada memandang ke arah mereka.Daniel bangun lalu menarik Akira keluar.

"Lepaslah!."Akira cuba untuk melepaskan diri dari pegangan Daniel namun gagal,kudrat lelaki lagi kuat dari perempuan.

"Daniel.Lepas,saya jerit!."

"Jerit lah ! Kalau diaorang datang pun,saya cakap awak isteri saya,hak saya,untuk buat apa pun.Awak malu kan nanti."kata Daniel sinis.

Renungan tajam Daniel tidak dihiraukan.

"Give me your car key !."

"No!."

Daniel merapatkan wajah bagai ingin mencium saja wajah itu.Pantas akira elak.

"Baik awak bagi sebelum saya cium awak dekat tempat awam ni."ugut Daniel.

Akira merengus kasar.Diberi kasar kunci itu pada Daniel.Mereka meloloskan diri dalam kereta.Pantas Daniel berlalu meninggalkan abang iparnya.

Haikal dan Hariz terpinga-pinga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daniel bagai orang kena rasuk pandu kereta dengan laju.Akira di tepi sudah ketakutan dengan kelajuan kereta yang di bawa oleh Daniel.

"Daniel,boleh tak bawa perlahan.Awak nak mati awal ke ?."marah Akira.

Daniel langsung tidak hiraukan kata-kata itu.Akira sudah takut saat itu,air mata masih di tahan.

'Calm down Kira'

Dia cuba untuk tenangkan dirinya.Daniel perasan tapi hanya buat bodoh.Dia kena ajar isterinya ini.

"Daniel,please...jangan bawa laju...saya takut.Please !."rayu Akira.Kedua kakinya diangkat naik lalu dipeluk.

Daniel masih buat bodoh.

'Sampai hati awak Daniel,awak dah tahu saya takut tapi masih tak dengar'

Terketar-ketar Akira ketika itu.

"A-wak cukup!."jerit Akira yang menangis teresak-esak.

Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk,entah bila kereta ini berhenti bergerak pun dia tidak perasan.Pelukan itu sudah hilang,akira langsung tidak mengangkat wajah,pintu sebelahnya dibuka.Badannya terus dicempung oleh Daniel,matanya masih terpejam.Entah dimana mereka sekarang pun dia tidak tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tubuhnya dicampak ke atas katil.Akira mula panik dengan Daniel yang mula menghampiri ke arahnya.

'Sah ni mesti hotel,dia gila ke dukung aku dari bawah sampai naik atas'

"Daniel,stop !."marah Akira.

Namun tidak langsung diendahkan.Daniel memegang tangan Akira dengan kejap sekali.Dia hanya merenung wajah itu tanpa berbuat apa pun.Dengan mengunci tangan itu kerana asyik memukul badannya saja.

"Daniel,please stop ! Awak nak buat apa ni ! Sakit lah !."jerit Akira.Daniel baru sedar yang dia sudah berkasar dengan wanita itu.

Lalu dilepaskan pegangan.Akira mula melihat pergelangan tangannya yang sudah kemerah-merahan.

Daniel meraup wajahnya beberapa kali.

Dia geram,marah semua ada.Kenapa terlalu susah isterinya ingin menerima dirinya.Wajah isterinya dipandang kembali.Dia cuba untuk meraih tangan itu namun pantas Akira mengelak.

"Awak nak apa lagi ! Nak sakit kan saya lagi.Tak puas ke selama ini,tak cukup ke ? Kenapa awak kejam Daniel,kenapa ! Saya penat Daniel tunggu perubahan awak,tapi awak tetap sama.Apa bukti yang Along,Angah,Mama,Pak Mat cakap kamu dah berubah ! Apa ?."tangisan Akira mula kedengaran.

"Sayang,abang tak ada niat nak buat macam ni dekat sayang.I'm sorry."kata Daniel dengan nada merayu.

"Sudah lah,tak payah nak tunjuk baik dan simpan saja maaf awak tu.Tak penat ke ? Benda yang sama awak cakap,tapi satu apa pun saya tak nampak !."kata Akira.Daniel diam.

"Saya nak balik."Akira cuba untuk berdiri dengan stabil tapi tidak berjaya dia terjelepok jatuh ke lantai.Matanya terpejam rapat.Daniel pantas menghampiri ke arah isterinya.

'Kenapa dia ni?'

"Sayang...,"panggil Daniel dengan wajah risau.

Akira diam saja hanya air mata kembali turun.

'Ya allah,tak kan aku akan jadi macam dulu semula'

"Saya nak balik.Please."lembut saja suara itu.

Daniel akur.Dia menghulur tangan ke arah Akira,namun tidak disambut.Daniel duduk melutut.

"Kenapa ? Jom lah,kita balik okey."

"Saya tak boleh jalan."kata Akira.

Daniel pelik.

"Why ? Sayang are you okey or not?."

"Saya dah cakap tak boleh jalan,nampak okey ke kalau macam tu !."mendatar suara Akira,ingin marah sudah tidak kuasa lagi.Biar lah dia nak buat apa.

"Okey,let's walk slowly."Daniel membangunkan tubuh isterinya.

Akira juga usaha tapi tidak mampu hanya kesakitan yang dirasai.

"Awak,tak boleh kaki saya sakit."adu Akira.

Daniel pelik.

'Dia ni kejang kaki ke? Tapi nampak pelik semacam ni'

"Okey,saya dukung awak.Tak kan nak biar awak macam ni.Saya dukung eh ?."Daniel minta kebenaran.

Akira memandang wajah Daniel lama.Mereka bertentangan mata buat seketika.

"Puas dah tengok muka abang ? Hurm.Sekarang abang nak angkat ni,boleh tak ?."kata Daniel.

Akira mengalih wajah.Lalu membenarkan saja Daniel mencempung tubuhnya.

*************************************************************

MAHLIGAI MURNI

Daniel meletakkan kereta dengan betul.Ia berpaling ke arah wanita yang berada disebelahnya sudah terlena.Lewat juga mereka sampai selepas isyak,nasib dah solat di masjid tadi.Si dia cuti sedap lah tidur.

Pantas Daniel keluar dari perut kereta menuju ke sebelah pemandu.Dicempung tubuh kecil itu,nasib ringan budak bertuah ni.

Sedang elok pintu rumah terbuka,terjengul wajah Haikal dengan seribu tanda tanya.Hanya tiga patah yang Daniel balas

'Nanti aku cerita'

Lalu terus membawa naik isterinya ke bilik.Diselimuti tubuh itu sempat juga bibirnya singgah ke dahi Akira.

"Good night sweetheart."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak cukup nafas Daniel saat dia turun semua sedang perhatikannya termasuk Aswan.

'Ada juga mamat ni'

"Kenapa semua pandang Dani macam tu ? Dani ada buat salah ke ?."tanya Daniel teragak-agak.

"Pertama kamu berdua pergi mana ?."tanya Datin Hasniza.

Daniel menghembuskan nafas supaya lebih tenang.

"Mula-mula Dani lepak dengan along,angah."kata Daniel.

Datin Hasniza berpaling ke arah anak lelakinya.Haikal dan Hariz tersenyum manis.

"Lepas tu ?."

"Kitaorang lepak,Akira datang.Dia dah tahu kitaorang tipu dia,dia dah tau Dani tipu dia juga."kata Daniel kesal.

"Along marah dia sebab tengking Dani dalam cafe,orang ramai kut.Lepas tu Dani bawak Kira keluar,entah apa yang diorang bincang along tak tahu."kata Haikal pula.

"Tapi nampak macam serius kan along."celah Hariz.Haikal angguk.

Datin Hasniza setia mendengar.Lalu beralih pandang ke arah wajah menantunya.

"Dani minta maaf balik lambat.Dani cuba untuk berbincang dengan Kira, tapi dia tetap sama lah.Dani dah tak tahu nak buat apa."lemah Daniel bersuara.

"Tak apa,cuba lagi."kata Datin Hasniza.

"Tapi ma,Dani nak tanya Kira ada trauma apa-apa ke ? atau dia ada sakit ? Sebab Dani hanya tau dia takut bila orang bawa kereta laju je."kata Daniel.Datin Hasniza mula menunjuk muka cemas.

"Kenapa Dani tanya ? Ada apa-apa yang jadi ke ?."

"Sebab tadi,dia nak berdiri pun tak boleh,terus jatuh.That's why Dani asked for fear that something Dani did not know?"

Datin Hasniza cuba untuk stabilkan nafas.

"Sebenarnya.."panjang cerita yang dicerita oleh Datin Hasniza.Haikal dan Hariz tidak berapa terkejut kerana dia sudah tahu akan hal ini sejak dulu lagi.

Daniel dan Aswan yang terkejut bukan main,tak sangka ada kisah yang menakutkan terjadi pada isterinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daniel termenung di luar balkoni biliknya,sambil menikmati udara malam.Sesekali cerita tadi masuk ke dalam kotak fikiran.

Flashback,

"Kira pernah kena culik,orang tu dah buat sampai nak hilang nyawa anak mama ni.Dia trauma sangat.Lepas kami jumpa dia sorang-sorang tepi jalan.Terus bawa ke hospital takut juga kalau orang yang culik Kira tu ada buat benda yang bukan-bukan."kata Datin Hasniza.

"Waktu dalam kereta sementara nak tunggu sampai hospital dia menjerit,menangis mama tak tahu kenapa.Mungkin effect trauma dengan apa dah jadi.Mama peluk dia nak redakan dia,tapi tak jadi apa pun.Semakin papa bawa kereta laju,semakin dia menangis kuat."

Daniel mula rasa takut ingin mendengar cerita selanjutnya.

"Selepas buat rawatan semua,doktor cakap Kira tak apa-apa.Tapi doktor pelik,kenapa dia tak boleh jalan.Kami ingat dia strok,tapi tak.Doktor kata bila dia masih dalam keadaan takut sangat,kaki dia akan kejang dengan sendiri."

Mungkin ada orang yang macam ni kan.Kita tak pernah tahu.Kejang ni boleh je datang dari segi yang berbeza.

"Dani minta maaf,Dani tak tahu.Mama tolong tengokkan Kira,Dani tak tahu nak buat apa."kata Daniel.

"Jangan risau sangat lah insyaallah tak ada apa-apa."

"Lama ke masa nak sembuh tu mama ?."

"Tak,kalau kamu orang yang dia kenal.Tapi dulu dalam 2 bulan,bila dia jalan jatuh,nak pergi sana sini sikit jatuh.Kaki dia tak stabil.Lama-lama sihat macam orang biasa.Mama bersyukur sangat.Lepas pada itu,terus dia buang perasaan takut,dia masuk teakwando katanya nak mempertahankan diri.Tapi kejang kaki dia tu memang tak boleh pisah bila dia takut dan trauma tiba-tiba muncul."kata Datin Hasniza.Daniel angguk faham.

"Tapi bila Dani cakap dia kejang itu yang mama risau sebab dah lama benda ni tak jadi dekat dia,dekat 4 tahun sebelum kamu kahwin dia tak pernah jadi macam ni."

"Tadi mama cakap..."

"Ye,dulu memang kerap kejang tak pisah dengan dia.Lepas dia masuk ahli teakwando.Tak pernah mama tengok dia kejang waktu takut ke apa.Mama syukur sangat.Ini jadi balik.Sebab itu mama pelik."kata Datin Hasniza.

End Flasback.

'Ya allah aku tak pernah tahu semua ni.Maafkan abang sayang'

Sungguh kesal Daniel dengan dirinya sendiri tak mampu jaga Akira,tak tahu latar cerita hidup isterinya.

"Dani...,"panggil Datin Hasniza.

Terkejut Daniel saat disapa ibu mertuanya.

"Pergi lah masuk tidur,mama dah urut kaki dia tadi,lena je tidur.Kamu tak payah fikir sangat ye,pergi tidur dah lewat sangat ni."kata Datin Hasniza berlalu pergi.Daniel hanya tersenyum.

Kaki mengorak langkah mendekati isteri tercinta.

"Maaf sayang,abang banyak sangat dosa,salah abang pada sayang.Jadi abang berharap sayang dapat kembali pada abang semula.Abang tak boleh hidup tanya sayang.Please lembutkan hati awak Akira Syazana."perlahan ayat itu menutur di bibir Daniel.

Akhirnya dia terlelap jua disisi Akira yang sudah lama tenggelam dalam dunia mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience