Zariel mendekatkan tangannya di kepala Liyana dan dia ingin mengambil sesuatu.
Liyana sudah berasa cuak. Takut diapa-apakan oleh Zariel.
"Awak ini dah kenapa?"tanya Liyana cuak.
"Saya... ,"kata Zariel.
"Saya apa?"tanya Liyana geram.
"Saya nak ambil ini,"sambung Zariel sambil menunjukkan seekor lipas kepada Liyana.
"LIPAS!" jerit Liyana. "Eeyy awak buang la benda itu,"rengek Liyana geli dengan benda yang dipegang oleh Zariel.
Dia memang takut dengan lipas. Kalau diikutkan dia takut dengan semua serangga. Tak kira la belalang ke, lipan ke atau lain-lain lagi. Semua dia takut, walaupun haiwan itu tak gigit manusia. Itulah perangai Liyana.
Zariel menahan ketawa apabila melihat muka Liyana yang comel.
'Eh jap, aku kata dia comel. Mengarut la kau ni Zariel,'marah Zariel kepada diri sendiri.
"Buat apa nak buang. Lipas ini comel apa,"balas Zariel. Sengaja nak mengusik Liyana yang takutkan lipas ini.
"Nak balik la kalau awak tak buang benda itu,"marah Liyana. Geram dengan perangai Zariel yang degil.
"Benda itu? Benda apa?"tanya Zariel pura-pura tak faham. Baru dia tahu yang Liyana ini takut dengan lipas.
"Ala benda yang awak pegang itu,"jawab Liyana sambil menunjukkan lipas yang dipegang oleh Zariel.
"Buanglah,"suruhnya lagi.
"Kenapa nak buang?"tanya Zariel lagi.
"Eh banyak tanya pulak dia ini. Saya benci la benda itu,"jawab Liyana.
"Buanglah, please Zariel,"rengek Liyana sambil memuncungkan mulutnya. Sebiji macam Rayyan merajuk.
"Boleh tak jangan buat muka macam itu. Comel sangat,"kata Zariel. Tak tahan dia tengok muka Liyana.
"Awak cakap saya comel?"tanya Liyana inginkan kepastian.
'OMG, kau cakap apa Zariel. Malunya aku,'omel Zariel dalam hati.
Membahang muka Zariel menahan malu.
"Hahaha!"ketawa Liyana melihat muka Zariel yang merah.
Zariel hanya diam lalu bangun meninggalkan Liyana yang sedang ketawa.
"Eh awak nak pergi mana itu?"tanya Liyana confused.
"Tadi awak suruh saya buang lipas ini. Ke awak nak,"kata Zariel.
"Tak nak, tak nak,"jawab Liyana sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Selepas membuang lipas itu, Zariel pun kembali ke tempat duduknya.
"Awak ambil dekat mana lipas itu?"tanya Zariel.
"Entah, saya pun tak tahu,"balas Liyana sambil mengangkat bahunya.
"Kenapa awak setuju nak tunang dengan saya?"tanya Zariel.
"Sebab saya nak happykan parents saya. Tapi orang itu mestilah sayangkan anak saya. Awak pulak kenapa setuju?"tanya Liyana pula.
"Saya pun nak happykan parents saya,"jawab Zariel.
"Awak dah kahwin ke sebelum ini?"tanya Zariel lagi.
"Belum lagi. Sebenarnya Rayyan itu anak angkat saya, parents dia kawan baik saya sebab itulah saya jaga dia. Dia amanah saya. Saya kesian tengok dia sekelip mata jadi anak yatim piatu. Rayyan pun baik and dengar kata saya. Apa yang saya suruh semua dia ikut,"terang Liyana panjang lebar.
"Oh ya ke, saya ingatkan awak dah kahwin and Rayyan itu anak kandung awak. Rupanya saya silap,"balas Zariel.
"It's okay, saya pun tak sangka benda ini akan terjadi. Saya dapat Rayyan, lepas itu jadi tunang awak,"kata Liyana.
"Boleh kita tukar panggilan kita?"tanya Zariel.
"Boleh,"jawab Liyana.
"Awak panggil saya Ril and saya akan panggil awak Sya,"balas Zariel.
"Kenapa awak nak panggil saya Sya?"soal Liyana pelik.
"Sebab ramai sangat panggil awak Liya. Saya tak nak sama dengan orang lain, boleh kan,"kata Zariel.
"Yes, you can,"jawab Liyana.
"So, awak sudi jadi isteri saya?"tanya Zariel inginkan kepastian. Sebenarnya dia sedang berusaha untuk mempercayai tunangnya itu. Dia tak nak perkara yang sama berulang.
"Yes, saya sudi jadi isteri awak,"balas Liyana sambil tersenyum.
Zariel pun membalas senyuman Liyana. First time, dia senyum dekat Liyana. Sebelum ini tak pernah pun.
"Kalau boleh, saya nak awak cerita semua tentang awak dekat saya boleh?"tanya Zariel.
"Boleh,"jawab Liyana.
Kemudian, Liyana pun menceritakan segalanya tentang dia dan begitu juga dengan Zariel.
• • •
Liyana tersenyum mengenangkan Zariel yang sangat baik. Rupanya Zariel ini baik je. Sentiasa tersenyum kalau dengan orang yang dia selesa ataupun rapat.
"Mummy, kenapa mummy senyum sorang-sorang?"tanya Rayyan pelik melihat mummynya tersenyum-senyum.
"Eh Ray, mana ada. Mummy tak senyum pun,"jawab Liyana.
"Ye ke, Ray salah tengok kot,"kata Rayyan.
"Mummy, Ray lapar la,"kata Rayyan sambil mengelip-ngelipkan matanya. Buat muka comel untuk memujuk mummynya masak.
"Ya la. Ray nak makan apa?"tanya Liyana. Tahu sangat kalau anaknya kelipkan mata. Itu tandanya nak pujuk dia.
"Ray nak chicken chop,"balas Rayyan.
"Okay, mummy nak masak kejap,"kata Liyana.
"Ray nak tolong mummy, boleh?"tanya Rayyan.
"Boleh,"balas Liyana.
"Yeay!"jerit Rayyan.
• • •
"Ril pergi mana tadi?"tanya Zarief, abang Zariel.
Zarief Zafrin anak sulung. Dia jarang ada di rumah kerana selalu pergi oustation dan dia juga perlu uruskan syarikat papanya di luar negara.
Zariel Zarfan anak kedua. Dia hanya menguruskan syarikat papanya di Malaysia dan dia hanya pergi oustation di dalam negara sahaja. Kalau ada oustation di luar negara dia akan berikan tugasannya kepada Hisyam, kawan baiknya.
Zahira anak bongsu dalam keluarga Zariel. Zahira masih belajar di universiti dan tidak bekerja lagi.
"Ril pergi lunch dengan my fiance tadi,"jawab Zariel.
"Ooo, along ingatkan pergi mana,"kata Zarief.
"Bila along sampai?"tanya Zariel. Ya la abangnya yang seorang ini selalu pergi oustation.
"Pukul 2:00 macam itu,"balas Zarief.
"Ooo,"hanya itu yang dijawab Zariel.
Share this novel