Di Cameron Highlands,
"Mummy, cantiknya bunga ni,"kata Rayyan.
Sekarang ini mereka berada di Cameron Lavender Garden. Banyak sangat bunga dekat sini, dah nama pun Lavender mestilah ada bunga. Hahaha.
"Emmm, cantikkan macam muka mummy,"balas Liyana.
"Macam muka Ray la,"kata Rayyan.
"Excuse me, ini Liyana Raisya kan,"ujar seseorang.
"Ye saya, ini siapa?"tanya Liyana sambil berpaling menghadap orang itu.
"Ya Allah, Irham. Lama tak jumpa you,"kata Liyana lagi.
"Eh you ingat lagi muka I rupanya. Ingatkan tak ingat dah,"balas Irham sambil membuat muka teruja kerana Liyana mengingatinya.
"Bila you balik Malaysia? Tak cakap pun nak balik,"tanya Liyana sedih.
"I baru je balik. Macam mana nak cakap kalau nombor you pun I tak ada,"balas Irham.
"Ouh ye ke, tak ingat,"ujar Liyana sambil menayangkan sebaris giginya yang putih.
"Btw, ini siapa?"tanya Irham lalu menunjukkan jarinya kepada Rayyan.
"Ni anak I,"jawab Liyana.
"You dah kahwin ke?"tanya Irham lagi.
"Nanti I cerita dekat you,"balas Liyana.
"Mummy, ini siapa?"tanya Rayyan.
"Ni kawan mummy, salam uncle itu,"balas Liyana lalu menyuruh Rayyan menyalami Irham.
Irham kawan Liyana sejak di universiti tapi Irham rapat dengan dia je. Irham tak rapat dengan arwah Irfan dan Afia. Tak tahulah kenapa, Irham ni memilih sikit. Kalau dia selesa dengan orang tu dia akan kawan tapi dia seorang yang peramah.
"Rayyan jom uncle belanja ice cream strawbery,"kata Irham.
"Yeay, uncle nak ice cream. Thank you uncle, love you,"balas Rayyan. Rayyan dengan ice cream memang tak dapat dipisahkan.
Liyana hanya menggelengkan kepala melihat keletah Rayyan.
'Eyy anak aku ni selalu makan ice cream,"omel Liyana dalam hati.
• • •
Di Cafe Honey,
"Macam mana jadi ke nak satukan anak kita?"tanya Puan Hasnah.
"Kalau aku ikut je, tapi kena tanya Liya dululah,"balas Puan Raudah.
"Anak aku cakap dia pernah jumpa anak kau. Tak silap aku masa Rayyan hilang kot,"kata Puan Hasnah.
Puan Raudah dan Puan Hasnah ialah kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka nak satukan anak mereka kerana itu janji mereka sesama sendiri.
"Betullah itu. Liya ada pernah bagitahu aku yang dia jumpa Zariel masa Mika hilang,"balas Puan Raudah.
Rayyan dan Mika adalah orang yang sama.
"Nanti aku bagitahu Liya pasal ini. Mesti dia ikut je cakap aku,"kata Puan Raudah lagi.
"Anak kau tak apa dengar cakap. Anak aku ini susah nak pujuk suruh kahwin, keras kepala. Ego pulak, aduih pening kepala,"balas Puan Hasnah sambil menghirup air nescafe yang di'order'nya.
"Kau cakaplah baik-baik, confirm dia dengar nanti,"ujar Puan Raudah.
• • •
"Jom la gerak, Syam. Nanti lewat pulak sampai,"kata Zariel kepada kawannya Syam atau nama sebenarnya Hisyam.
"Jom lah,"balas Hisyam kepada kawan baiknya yang dianggap seperti adik beradiknya.
Selepas beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di Cameron Highlands atas urusan kerja.
Mereka perlu berjumpa clientnya di Syarikat Permata's Holding. Syarikat yang tersohor di Malaysia seperti Syarikat LR dan lain-lain lagi.
"Mana hotel yang kau tempah itu?"tanya Zariel kepada Hisyam kerana Hisyam yang handle semuanya sebelum mereka bertolak ke sini.
"Ha itu dia,"jawab Hisyam sambil menunjuk ke arah hotel yang ditempahnya.
"Jom check in, aku nak tidur,"kata Hisyam lagi.
"Kau tunggu dekat lobi la,"ujar Zariel.
"Hmm ye la,"balas Hisyam.
Semasa bercakap dengan pekerja di situ, Zariel ternampak seorang perempuan yang memimpin tangan seorang budak lelaki.
'Macam kenal je, siapa eh? Nanti aku siasat la'tanya Zariel dalam hati.
"Woi, dah siap ke?"tanya Hisyam.
"Dah, jomlah masuk bilik,"balas Zariel.
• • •
"Let's go, mummy,"kata Rayyan kepada mummynya.
Selepas makan dengan Irham, mereka terus pergi ke hotel.
"Jom,"kata Liyana.
Sebenarnya boleh je dia tumpang di rumah kakaknya tapi dia nak duduk di Hotel Hannah yang di'booking'nya.
Mungkin esok baru dia tumpang, dia tak nak la duduk lama-lama sebab abang iparnya ada dirumah. Baru balik dari airport.
Tiba-tiba, dia ternampak susuk tubuh seseorang yang membelakanginya.
'Macam kenal je? Tapi takkanlah Za... Zariel. OMG dia buat apa dekat sini,'kata Liyana dalam hati.
Share this novel