"Hello, siapa ini?'tanya Liyana. 'Dah lah nombor ini aku tak kenal. Tak save pula itu,'omel Liyana dalam hati.
"Hello, assalamualaikum,"ujar seseorang.
"Waalaikumsalam, ni siapa ya?"tanya Liyana lagi.
"Zariel,"jawab Zariel.
"Jap, nak ingat. Zariel yang dekat mall itu ke,"balas Liyana.
"Tak la yang dekat rumah itu,"ejek Zariel.'Dekat mall la takkan dekat rumah'kata Zariel dalam hati.
"Macam mana awak dapat nombor saya?"tanya Liyana.
"Tak ingat ke yang awak bagi nombor phone awak dekat saya,"balas Zariel.
"Jap jap nak ingat,"kata Liyana.
Flashback...
"Okeylah, uncle balik dulu Ray. Bye, assalamualaikum,"kata Zariel.
"Okey, bye uncle,"jawab Rayyan. Liyana hanya menjawab dalam hati 'Eee berlagaknya mamat ini' kata Liyana sebelum dia teringat sesuatiu.
"Eh awak!"panggil Liyana.
Zariel pun berhenti lalu berpaling ke belakang. "Kenapa?"tanya Zariel.
"Ini kad saya,"kata Liyana lalu memberi kadnya kepada Zariel.
Zariel teragak-agak untuk mengambil.
"For what?"tanya Zariel keliru.
"Kalau awak free, saya nak belanja makan sebab awak jaga Rayyan walaupun sekejap,"ujar Liyana.
"Ooo okey, nanti saya call,"balas Zariel.
End flashback...
"Dah ingat ke?"tanya Zariel.
"Dah,"jawab Liyana.
"Esok saya free pukul 2.00. Kita lunch dekat area damansara, jangan lupa bawa Ray sekali"kata Zariel.
"Okey"balas Liyana kekok sedikit dengan Zariel.
"Emm, Ray buat apa tu?"tanya Zariel. 'Rindulah pulak dekat Ray'kata Zariel dalam hati.
"Dia tidur,"jawab Liyana.
"Oh, okay. Bye assalamualaikum,"ujar Zariel.
"Bye waalaikumsalam,"balas Liyana.
• • •
Keesokannya,
"Dah lama sampai?"tanya Liyana.
"Baru je,"jawab Zariel.
"Ray salam uncle Zariel,"suruh Liyana.
"Ok, mummy,"balas Rayyan lalu menyalami Zariel. Rayyan pun duduk di tepi Zariel.
"Ray duduk kat sinilah,"kata Liyana sambil menunjukkan kerusi di tepinya.
"Ray nak duduk tepi, daddy,"balas Rayyan sambil memuncungkan bibirnya. Tergamam Liyana apabila Rayyan memanggil Zariel 'daddy' dan begitu juga dengan Zariel. Tergamam, tersentak, terkejut dan seangkatan dengannya.
"Boleh tak, mummy?"tanya Rayyan.
"Ha, boleh-boleh,"balas Liyana.
Selepas itu mereka pun mengambil order...
• • •
"Abang pergi mana tadi?"tanya Zahira pelik kerana abangnya keluar semasa cuti hujung minggu. Selalunya cuti-cuti ini abangnya duduk dekat rumah jerr.
"Abang pergi lunch dengan Ray,"kata Zariel selamba.
"Ha! Dengan Ray, dia pergi dengan siapa?"tanya Zahira.
"Pergi dengan mummy dia la,"balas Zariel malas.
"Mummy Ray kerja apa abang?"tanya Zahira lagi.
"Tengok dekat sini,"ujar Zariel lalu menunjukkan kad Liya kepada adiknya.
"What! Butik yang famous tu. Mummy Ray owner butik tu ke. OMG. Wait!Syarikat LR ni syarikat dia jugak ke. Wow, mesti dia kaya kan. Dia tinggal kat mana abang?"tanya Zahira lagi, lagi dan lagi.
"Well, mestilah dia kaya kan sebab ada butik satu dan ada syarikat satu. Kalah abang dengan kak Liya tu. Hahahaha,"ketawa Zahira apabila melihat wajah abangnya yang masam mencuka.
"Ye la dia la yang kaya, abang ni miskin. Lain kali kalau nak apa-apa minta je dengan dia tak payah minta dengan abang,"kecil hati dia adiknya cakap macam itu.
"Alalala, abang adik merajuklah. Ye la nanti adik minta apa jerr dengan dia sebab adik ada nombor dia. Yeay!"kata Zahira lalu berlari menuju ke biliknya.
"Ingatkan nak pujuk, rupanya sakitkan hati aku lagi adalah,"gumam Zariel perlahan.
"Ril cakap dengan sapa tu?"tanya Puan Hasnah apabila melihat Zariel seperti mengomel sesuatu.
"Ehh tak ada apa la ma. Tak cakap apa pun. Ril naik dulu tau,"balas Zariel terkejut apabila mamanya menegurnya.
"Aduuh macam mana mama boleh perasan,"omelnya perlahan seperti berbisik.
• • •
Di rumah Liyana,
"Mummy, jom pergi Cameron Highlands. Jomlah mummy pergi sana,"pujuk Rayyan.
"Cameron Highlands, hmm, kita pergi next week boleh sebab mummy busy minggu ni,"balas Liyana.
"Emm, okaylah,"kata Rayyan.
"Jom dinner, mummy ada masak spagetti untuk Ray,"ajak Liyana.
"Yeay, spagetti. Yummy!"jerit Rayyan
Share this novel