Lupa nak bagitahu yang Liyana ini ada adik angkat iaitu Raykal Danish. Raykal berumur 20 tahun dan dia masih belajar di Universiti Sains Malaysia. Dia juga merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Hashim dan Puan Sri Zalikha. Dia sangat rapat dengan Liya.
• • •
"Kenapa datang sini? Akak dah janji nak ambil Kal kan,"kata Liyana.
"Saja, Kal rindu akak. Dah la Kal banyak assignment, tak sempat nak jumpa akak. Kal minta maaf ya kak"rengek Raykal manja.
Biasalah anak tunggal. Tak ada adik beradik dan dia hanya ada Liyana sahaja untuk bermanja. Ayah dan ibu sangat busy sampaikan tiada masa untuk luangkan masa bersama dia.
"Ya lah, kali ini akak maafkan. Kalau Kal buat lagi macam ini, akak tak nak maafkan Kal,"balas Liyana tegas.
"Okay, Kal tak buat dah macam ini. I'm promise,"kata Raykal sambil mengangkat tangannya tanda berjanji.
"Okay,"balas Liyana.
Mereka pun meng'order' makanan di Coffe Cafe di Kuala Lumpur itu dan mereka sambung bercerita hal masing-masing.
• • •
Di rumah Liyana,
"Abang Kal!"panggil Rayyan teruja kerana dapat berjumpa dengan Raykal.
"Rayyan!"sahut Raykal.
"Kenapa abang tak datang sini? Ray selalu tunggu abang datang, tapi tak datang jugak,"soal Rayyan sedih.
"Ala abang lately ini busy la. Kesian dekat abang tau,"balas Raykal.
"So, sebab abang tak datang sini. Abang kena... ,"kata Rayyan sambil tangan diletakkan di dagunya tanda dia sedang memikirkan sesuatu.
"Abang kena apa?"soal Raykal.
Nama mereka pun nak dekat sama 'Raykal' dan 'Rayyan'. Dua-dua ada 'Ray' di depan nama masing-masing.
"Abang kena belanja Ray ice cream chocolate,"sambung Rayyan dengan gembiranya.
"Okay, abang belanja Ray ice cream chocolate,"balas Raykal.
"Jom,"ajak Rayyan.
"Aik nak pergi mana?"tanya Raykal.
"Tadi abang kata nak belanja ice cream. Jom la kita pergi beli,"terang Rayyan.
"Abang tak ingat. Hehehe,"balas Raykal.
"Abang ini tua sangat la,"kata Rayyan dengan selambanya.
"Ada ke dia kata aku tua. Aku ini handsome, muda pula itu. Umur pun baru 20 tahun. Tua apa bendanya,"omel Raykal perlahan.
"Abang Kal cepatlah,"panggil Rayyan.
"Ya,"balas Raykal.
• • •
"Mummy pergi kerja dulu ya sayang,"kata Liyana selepas menghantar Rayyan di sebuah rumah.
Di situ, budak yang berumur 3 tahun seperti Rayyan akan belajar. Budak pun belajar tau, jangan ingat tak belajar!
Selepas habis kerja, baru Liyana datang ke situ semula untuk mengambil Rayyan pulang.
"Bye, mummy,"balas Rayyan sambil menyalam tangan mummynya.
Excited betul dia nak jumpa kawan-kawan. Rindu!
• • •
Tit! Tit! Tit!
Liyana terus mengangkat telefonnya.
"Hello, siapa ini?"tanya Liyana.
"Waalaikumsalam,"perli Zariel.
Liyana terus melihat pemanggil di sebelah sana. Nama Zariel tertera di dalam telefonnya.
'Patutlah pelik semacam. Rupanya mamat ini call aku,'gumam Liyana dalam hati.
"Assalamualaikum,"ujar Liyana kerana tidak memberi salam tadi. Biasala orang melayu kan!
"Waalaikumsalam. Lain kali bagi la salam dulu ini tak 'hello' la 'hai'la macam-macam,"Zariel menggelengkan kepalanya dengan perangai Liyana.
"Ya la,"balas Liyana.
''Dah la kuat membebel. Aku yang ada anak ini pun tak macam itu,''gumam Liyana perlahan.
"Awak cakap apa itu?"tanya Zariel.
"Tak ada apa la,"jawab Liyana.
'Kau ingat aku tak dengar kau kata aku kuat membebel. Tunggu kau, aku balas dendam nanti,'omel Zariel dalam hati.
"Ada apa awak call saya?"tanya Liyana apabila Zariel tidak membalas kata-katanya.
"Saya nak jumpa awak esok,"balas Zariel. Ye la esokkan cuti hujung minggu. Jadi, boleh la dia orang berjumpa.
"Dekat mana?"tanya Liyana lagi.
"Nanti saya send location," jawab Zariel.
"Okay," jawab Liyana pelik.
''Tiba-tiba je ajak aku jumpa. Ada apa-apa ke ini'' tanya Liyana kepada diri sendiri.
• • •
Keesokan harinya,
"Ada apa awak nak jumpa saya?"soal Liyana sambil menarik kerusi untuk duduk. Dah la ambil tempat terlindung pula itu.
"Saja,"balas Zariel selamba.
"Jangan main-main boleh tak,"kata Liyana tegas kepada 'bakal suaminya'.
Tiba-tiba Zariel mendekatkan mukanya dengan muka Liyana. Tak dekat sangat ya!
"Aw... awak nak bu... buat a... apa ini?"tanya Liyana gagap.
Zariel mendekatkan tangannya di kepala Liyana dan...
Share this novel