Bab 9

Romance Series 3962

1 Bulan Kemudian,

Liyana hanya memakai dress putih yang simple but still elegant. Dia yang memilih dressnya sendiri.

Umi nak pilih yang ada manik-manik tapi dia tak nak sebab terlalu over. Hari ini dia akan bertunang dengan anak kawan umi, Zarfan. Nama tunang dia.

'Berdebarnya' bisik Liyana dalam hati.

"Hannah kau jangan letak banyak lipstick kat bibir aku . Letak sikit jerr,"suruh Liyana.

"Hmmm ya la,"balas Hannah malas.

"Aku nak tunang je bukan nak kahwin bagai. Simple-simple sudah la,"kata Liyana.

"Mummy!"jerit Rayyan. "Wow, you are so beautiful,"sambungnya lagi.

"Dah siap ke?"tanya Za'im, abang Liyana sambil menjenguk kepalanya ke dalam bilik adiknya.

"Dah,"jawab Hannah dan Liyana serentak.

"Jom keluar, bakal tunang Sya dah sampai,"kata Za'im.


• • •

"Wow, cantiknya tunang abang Zariel,"kata Zahira sambil melihat tunang abangnya.

"Biasa je,"jawab Zariel tanpa melihat tunangnya.

Mereka telah rasmi menjadi tunang dan 3 bulan lagi majlis perkahwinan mereka.

Terkejut Liyana apabila mengetahui yang Zariel ialah tunangnya.

Sama seperti Zariel, dia juga terkejut apabila melihat muka Liyana dan cepat-cepat dia cover muka.

'Patutlah umi panggil Zarfan. Nama penuh dia Zariel Zarfan, macam mana aku boleh lupa nama dia,'omel Liyana dalam hati.

"Liya jomlah makan,"ajak Puan Hasnah.

"Ehh, tak apa la. Aunty makan la dulu, Liya nak panggil Rayyan,"balas Liyana.

"Apa pulak aunty, panggil mama je,"kata Puan Hasnah.

"Ok mama,"jawab Liyana kekok. First time kot panggil kawan umi 'mama'.

"Kak Liya!"panggil Zahira.

"Ye,"balas Liyana.

"Saya adik abang Ril,"kata Zahira.

"Oh,"balas Liyana lagi. Liyana memang macam itu, dia akan jadi kekok dengan orang yang dia tak kenal.

"Kak Liya boleh panggil adik ataupun Ira tapi abang Ril panggil adik je,"terang Zahira.

"Kak Liya panggil adik la,"jawab Liyana.

"Kak Liya dah kahwin ke sebelum ini?"tanya Zahira terus terang.

"Tak pernah,"balas Liyana.

"Lepastu budak ini?"tanya Zahira pelik sambil menunjuk Rayyan yang berdiri di tepi Liya.

'Tak kahwin tapi dah ada anak tapi takkanlah anak haram. Astagfirullah, tak baik tuduh macam itu,'kata Zahira dalam hati.

"Anak angkat,"bisik Liyana kepada Zahira.

"Ooo,"Zahira hanya meng'o'kan bisikan Liya.

"Tak apa lah, nanti kak Liya cerita dekat adik,"kata Liyana.

"Ok,"tersenyum gembira Zahira sambil melihat abangnya.

'Kak Liya tak kahwin sebelum ini abang. Ray anak angkat dia je,'jerit Zahira dalam hati.


• • •

Di Syarikat Zariel,

Tok! Tok! Tok!

"Masuk,"suruh Zariel kepada orang yang mengetuk pintu bilik kerjanya.

"Wow, berseri muka kau eh lepas bertunang, belum kahwin lagi dah berseri. Nanti mesti muka kau lebih berseri lepas kahwin,"ketawa Hisyam seorang diri dengan loyar buruknya.

"Kau nak apa sebenarnya?"tanya Zariel. 'Dah la orang banyak kerja, dia datang menyibuk pula,'bisik Zariel dalam hati.

"Aku just nak tanya, siapa tunang kau?"tanya Hisyam.

"Adik Puan Balqis,"kata Zariel selamba.

"What! Aku baru nak tackle dia lepas ini. Kau dah ambil dia, aduihh. Melepasla aku,"kata Hisyam sedih.

Zariel rasa tiba-tiba hati dia panas mendengar kata Hisyam tentang tunangnya.

'Tapi kenapa eh?'tanya Zariel kepada diri sendiri.


• • •

"Ian, jangan buat macam itu,"kata Rayyan kepada kawannya, Syafiq Adrian, anak Hannah dengan Fariz.

Hannah dah berkahwin 2 tahun yang lalu dan Ian sekarang ini sudah berumur 2 tahun. Muda 1 tahun daripada Rayyan. Rayyan 3 tahun.

"Ala, Ian nak ain ugak,"("??????, ?????? ?????? ???????? ??????????,") balas Adrian.

"Mainlah,"kata Rayyan mengalah. Memang perangai Rayyan macam itu selalu mengalah dengan budak. Tapi dia pun budak jugak. Hahaha.

"Mika! Haris! Ian! Jom main bola,"ajak Zayne, anak sulung Za'im yang berumur 7 tahun.

"Jom!"jawab mereka serentak.

Habis bergema rumah Encik Zaquan dan Puan Raudah dengan suara mereka. Encik Zaquan dan Puan Raudah ada dua buah rumah satu di Kelantan dan satu di Kuala Lumpur.

Hana dan Zara pula sebaya jadi mereka hanya bermain anak patung. Biasalah budak perempuan, mana boleh berpisah dengan anak patung.

• • •

Di Syarikat Liyana,

"Cik Raisya, ada orang nak jumpa cik. Kata dia atas urusan kerja,"kata PA Liyana, Deeja.

Liyana yang suruh semua pekerjanya memanggilnya Cik Raisya.

"Suruh dia masuk,"arah Liyana.

"Baik cik,"jawab Deeja.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk,"suruh Liyana.

"Kak Raisya!"panggil orang yang masuk ke biliknya.

"Raykal,"panggil Liyana perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience