Ya Allah mana Ray ni. Ray pergi mana sayang? Kau lindungilah dia ya Allah' doa Liyana. Sudah beberapa jam dia mencari Ray tapi still tak jumpa.
"Akak, ada nampak tak budak kecil dalam umur 3 tahun, pakai baju warna grey,"tanya Liyana kepada seorang perempuan.
"Sorrylah dik, akak tak nampak,"jawab perempuan itu.
"It's okay akak, thanks ya,"balas Liyana lalu terus menuju ke kedai baju tadi.
• • •
"Yeay dapat ice cream. Thank you uncle!"kata Rayyan.
"Welcome,"balas lelaki itu. Macam mana dia boleh tahu nama Rayyan tu. Macam ni sebenarnya.
Flashback...
"Yes promise, jom uncle belanja ice cream,"balasnya lagi.
"Uncke nak belanja Ray ice cream, betulke?"tanya Rayyan.
"Ya, nak tak ice cream,"balas lelaki itu.
"Nak! Nak!"jerit Rayyan.
Sambil menunggu ice cream yang di'order',
"Nama adik apa?"tanya lelaki itu.
"Ray. Tapi..."
"Tapi apa?"tanya lelaki itu lagi.
"Tapi mummy tiba-tiba je hilang, tadi ada dengan Ray,"balas Rayyan.
"Ooo,"hanya itu sahaja yang dapat dijawabnya.
End flashback...
"Uncle, where is mummy?"tanya Rayyan.
"Tak tahu, lepasni kita cari mummy,"balas lelaki itu. 'Manalah aku tahu mummy dia kat mana'katanya di dalam hati.
"Sebelum jumpa uncle, Ray pergi mana?"tanya lelaki itu.
"Emmm, Ray pergi kedai baju dengan mummy. Lepas itu, mummy pun hilang,"jawab Rayyan.
"Ok jom pergi kedai baju,"ajaknya.
• • •
"MUMMY!"jerit Rayyan.
"RAY!"jerit Liyana kerana Ray memanggil namanya.
"Ray pergi mana sayang, penat mummy cari Ray tadi. Kesian kat mummy tau,"kata Liyana sedih. Sebenarnya, memang dia sedih sebab Ray hilang dan dia pun penat cari Ray kehulu-kehilir.
"Ray pergi beli ice cream ni,"balas Rayyan lalu menunjukkan ice cream di tangannya.
"Aik, Ray pergi beli dengan siapa?" tanya Liyana.
"Ehemm, ehemm,"berdehem lelaki itu kerana Liyana tidak perasan akan kewujudannya.
"Uncle ini yang belanja Ray. Uncle, ini mummy Ray,"kata Rayyan.
"Ooo terima kasih ya jaga anak saya,"balas Liyana kekok.
"Sama-sama, lain kali jaga anak tu elok-elok. Nasib baik terjumpa orang macam saya. Kalau jumpa dengan orang jahat macam mana,"ujar lelaki itu.
"Okay,"hanya itu saja yang mampu dibalasnya. 'Membebel mengalahkan perempuan' kutuk Liyana dalam hati.
"Btw nama encik apa ya?"tanya Liyana.
"Zariel Zarfan. Just call me Zariel,"balas Zariel.
"Oh, nama saya Liyana. Panggil Liya,"ujar Liyana.
"Tak tanya pun,"ujarnya perlahan tapi masih boleh didengari Liyana.
"Okaylah uncle balik dulu Ray. Bye, assalamualaikum,"ujarnya lagi.
"Okay, bye uncle,"balas Rayyan. Liya hanya menjawab salam Zariel di dalam hati 'Eeee berlagaknya mamat ni'kutuk Liyana.
"Liya!"jerit Hannah. Sejak dari tadi lagi dia memanggil nama Liyana tapi tiada balasan.
"Oi bisinglah, apani jerit-jerit,"marah Liyana. Dia berangan sebab tu lah dia tak dengar Hannah memanggilnya.
"Ehh dia marah kita pulak. Aku ni panggil kau banyak kali dah. Kau tu berangan apa sampai tak dengar aku panggil,"balas Hannah.
"Haah aku berangan, aku kahwin dengan seorang putera yang kacak lagi menawan. Hahaha,"ketawa Liyana melihat wajah masam sepupunya.
"Hek eleh dia itu single, ada hati nak kahwin bagai,"ujar Hannah.
"Kau dengki la itu aku berangan nak kahwin,"kata Liyana sambil menjelirkan lidahnya lalu melarikan diri sebelum ditangkap Hannah.
"Perangai macam budak, padahal dah ada anak,"gumamnya perlahan.
"Apa kau cakap Hannah?"tanya Liyana.
'Alamak dia dengar la pulak' katanya di dalam hati.
Share this novel