Bab 13

Romance Series 3962

"Abang, sayang pergi dulu,"kata seorang wanita yang sedang memegang tangan seorang budak lelaki yang sangat comel.

"Sayang nak pergi mana?"tanya seorang lelaki pelik.

"Sayang nak pergi jauh dari sini. Abang jaga Ray baik-baik ya, take care,"kata wanita itu lagi.

"Sayang cakap apa ini?"berkerut dahinya mendengar bicara isterinya.

"Maafkan salah silap sayang sepanjang sayang jadi isteri abang, assalamualaikum,"terkaku Zariel mendengar kata-kata isterinya. Dia tak faham langsung tentang apa yang dikata oleh isterinya.

"Sayang pergi dulu,"ujar wanita itu lalu menyalam tangan suaminya dan mencium pipi anaknya.

Budak lelaki itu sudah menangis teresak-esak melihat mummynya yang berjalan ke sebuah laluan yang sangat gelap dan sunyi. Zariel tidak boleh berbuat apa-apa. Dia bagaikan batang kayu yang tidak boleh bergerak dan keras seperti digam. Dia tidak boleh menghalang isterinya untuk pergi ke laluan itu. Tiba-tiba ada satu benda yang sangat besar muncul dan terus mengejar mereka berdua. Dia terus mendukung budak lelaki itu lalu terus berlari dengan sekuat hatinya. Dan...


• • •

"Astargfirullahalazim,"zikir Zariel yang tiba-tiba bangun dari tidurnya dengan wajah yang berpeluh-peluh.

Mimpi buruk lagi. Sama seperti 3 tahun yang lalu. Mengenangkan mimpi itu terus dia bangun dari tidurnya untuk melihat jam.

'Baru pukul 3.30 pagi. Solat tahajud lah dulu,'itulah Zariel Zarfan. Kalau dia tersedar dari tidurnya, dia akan terus pergi solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain. Dia tak akan membazirkan masa yang tuhan beri kepadanya.

Selepas siap solat tahajud dan seangkatan dengannya. Dia pergi ke balkoni biliknya dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Kenapa aku mimpi pasal itu lagi. Dah lama kot aku tak mimpi macam itu. Janganlah benda buruk berlaku lepas ini. Ke mimpi itu bermaksud yang...,"Zariel berhenti katanya di situ.

Dia tidak mahu memikir tentang itu lagi. Dia sudah serik memikirkan perkara yang tidak pasti. Masalahnya, perkara yang tidak pasti itulah yang akan terjadi.


• • •

"Mummy nak kahwin dengan daddy ke?"tanya Rayyan.

"Ya, kenapa? Ray tak suka ke mummy kahwin dengan daddy,"terangkat kening Liyana dengan pertanyaan anaknya.

"Ray suka sebab daddy selalu belanja Ray ice cream,"balas Rayyan dengan lancar sekali.

"Tapi...,"tiba-tiba Rayyan berhenti bercakap.

"Tapi apa?"soal Liyana ingin tahu.

"Tapi kenapa dekat mall hari itu uncle Am pandang daddy macam ini,"sambung Rayyan lalu membuat muka tak puas hati. Comel wey muka Rayyan walaupun buat muka macam itu.

Tapi memang betul pun Irham pandang muka Zariel macam ini??.

"Hahaha, comel betullah anak mummy ini,"tergelak Liyana melihat muka Rayyan.

"Ala betullah apa yang Ray cakap,"ujar Rayyan.

"Okay okay, maybe sebab uncle Am tak kenal daddy lagi. So, sebab itulah dia pandang macam itu,"terang Liyana tidak ingin Rayyan salah faham. Rayyan ini lain dari yang lain. Walaupun dia baru berumur 3 tahun, pandai dia itu lain macam sikit. Bukan macam budak 3 tahun.

"Ouh, sebab itulah uncle Am pandang muka daddy macam itu,"fikir Rayyan.


• • •

"Aku nak kau cari maklumat lelaki ini. Faham?"soal Irham.

"Faham,"jawab lelaki yang berdiri di hadapan Irham atau lebih dikenali sebagai John.

"Aku nak benda ini siap secepat yang mungkin. Kalau tak kau tahulah benda apa yang aku akan buat dekat kau,"ugut Irham sambil matanya merenung tajam gambar seseorang yang ditampalnya di dinding.

"Keluar,"arahnya. John pun terus keluar sebaik mendengar arahan dari bossnya.

"Aku akan pastikan kau mati, perampas. Kau itu tak layak untuk dia. Aku yang sebenarnya layak . Lebih layak daripada kau,"

" Liyana Raisya. Takkan you tak perasan yang I cintakan you, sayang. I tak boleh hidup tanpa you. I akan pastikan you jadi milik I, dear. I know you will happy if you marry me, sayang. Lelaki tak guna itu pula akan mati tak lama lagi. And I promise yang dia akan meraung macam orang gila sebab you tinggalkan dia,"kata Irham sambil mengusap gambar wanita kesayangannya.

Dia sudah memikirkan cara untuk 'membunuh' Zariel. Dia sanggup buat apa sahaja supaya Liyana menjadi miliknya.

'Just wait and see,'desis hatinya.


• • •

"Manalah abang Ril ini. Pagi tadi janji nak ambil awal. Ini dah lewat sangat ini,"omel Zahira perlahan sambil berjalan ke sana ke sini. Lebih sejam dia tunggu Zariel di universitinya. Tapi tetap tak datang.

"Cik!"panggil seseorang di belakang Zahira.

"Nak apa!"jerkah Zahira sambil memusingkan tubuhnya ke belakang. Dah lah dia tengah panas hati ini. Lepas itu ada orang kacau pula. Lagi bertambahlah panasnya, tunggu masa nak meletup je.

'Wow, garangnya minah ini, aku nak bagi purse dia je. Yang nak jerkah aku ini dah kenapa,'fikir Raykal.

"Cik, ini purse cik kan. Kalau tak nak tak apa saya boleh tolong buangkan,"kata Raykal.

Zahira memerhatikan purse yang dikatakan Raykal.

'Wey betullah. Purse aku itu. Ala malulah nak ambil, dah lah aku marah dia tadi,'monolog hati Zahira.

"Ha ah purse saya itu. Thanks ya and I'm so sorry sebab marah awak tadi,"dengan suara serak Zahira mengambil pursenya. Rasa nak menangis pun ada sebab malu sangat.

'Tolong aku ya-Allah,'desis hatinya. Takut kena marah dengan Raykal.

"It's okay. Hmmm btw, nama saya Raykal,"Raykal memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Zahira,"balas Zahira.

Pip! Pip! Pip! ( Bunyi hon kereta )

"Emmm okaylah saya balik dulu. My brother dah sampai. Assalamualaikum and bye,"ujar Zahira lalu terus berlari ke arah kereta Zariel.

"Okay. Waalaikumsalam and bye, crush,"balas Raykal tapi tidak didengari Zahira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience