Bab 2

Romance Series 3962

Sampai di hospital, Liyana terus masuk ke dalam bilik doktor yang ditugaskan untuk membedah Afia.

"Doktor,"panggil Liyana.

"Puan Liyana Raisya, kami tak dapat selamatkan pesakit kerana pesakit banyak kehilangan darah dan..."

"Dan apa doktor?"tanya Liyana.

"Dan kami hanya dapat selamatkan baby sahaja,"kata doktor.

"Innalillah. Doktor uruskan pengebumian arwah ya. Saya akan tanggung semuanya,"kata Liyana.

"Baiklah kalau itu yang puan nak tetapi kita perlu maklumkan pada keluarga arwah,"ujar doktor itu serius.

"Arwah anak yatim piatu doktor. Dia tiada keluarga, saya sahaja yang dia ada da... dan suami dia dah meninggal dunia 6 bulan yang lepas,"terang Liyana kepada doktor itu.

"Saya minta maaf puan saya tak sangka nasib arwah macam itu,"ujar doktor dalam nada sayu.

"It's okay, saya pun macam tak percaya. Boleh tak saya nak tengok arwah buat kali terakhir"ujar Liyana dengan suara yang serak kerana sedih kawannya sudah tiada.

Afia Nadra, sahabat Liyana sejak tingkatan 1 sehingga ke universiti.
Dia, Afia dan Irfan sangat rapat. Dia tak sangka nasib Afia sehingga begini. Afia dan Irfan sudah berkahwin setahun yang lepas. 4 bulan selepas itu Irfan accident dan Afia mengandung selama 2 minggu. Dia yang menanggung segala keperluan Afia semenjak Irfan pergi sehingga sekarang.

Afia sebenarnya tidak boleh mengandung kerana rahimnya tidak kuat. Dia sudah maklum akan hal itu. Irfan dan Afia anak yatim piatu, mereka dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di Kuala Lumpur. Mereka sebatang kara, tiada keluarga kecuali Liya.

"Puan... Puan,"panggil doktor.

"Ha! Ya, saya,"jawab Liyana. Tadi dia mengelamun dia tidak perasan bahawa doktor sudah ada di muka pintu.

"Marilah saya bawa puan pergi ke bilik arwah,"kata doktor itu.

"Okay,"ujar Liyana.

                               • • •

Krekkk!

Doktor membuka pintu bilik yang ditempatkan arwah Afia.

"Afia,"panggil Liyana perlahan. Dia sudah mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sedih yang sahabatnya seorang lagi sudah pergi menghadap-Nya.

'Bahagialah kau dan Irfan di syurga, Afia,'doa Liyana dalam hati.

Doktor itu membuka kain yang menutupi muka Afia. Liyana terus mencium dahi Afia sambil air mata tak henti-henti mengalir dan semakin lama semakin lebat.

                               • • •

Merah habis muka Liyana kerana menangis. Selepas itu, doktor membawa Liyana ke tempat bayi Afia.

Jururawat di situ mengendong bayi yang masih merah lalu diberikan kepada Liyana. Liyana terasa kasih sayangnya terus jatuh pada bayi ini apabila melihatnya.

Tanpa disedari, air matanya jatuh sekali lagi apabila melihat bayi yang masih nyenyak tidur di dalam kendongannya. Dia kesian melihat bayi itu kerana dalam sekelip mata sudah menjadi yatim piatu seperti Irfan dan Afia. Dia berjanji yang dia akan mengambil bayi ini sebagai anak angkatnya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

                               • • •

Tok! tok! tok!

Liyana mengetuk pintu rumah Hannah. Dengan perlahan dia mengetuk supaya si kecil di dalam kendongannya tidak terjaga.

"Liya kau buat apa kat sini? Kan aku dah kata nak ambil kunci esok?"ujar Hannah. Seketika, matanya tertancap pada bayi yang nyenyak tidur di dalam kendongan Liyana.

"Eh, anak siapa kau ambil ni?"jerit
Hannah.

"Shhhh, senyap boleh tak. Kau tak nampak ke baby ni tengah tidur," marah Liyana.

"Hehehe, sorry jom lah masuk dulu,"kata Hannah.

                                 • • •

Keesokan hari......

"Cukup ke tak barang baby ini?"tanya Hannah.

"Aku rasa dah cukup kot sebab semuanya aku dah beli,"ujar Liyana.

"Kau tak nak beli ke babyseat ini. Baik kau beli sebab nanti senang kalau kau nak drive pergi mana-mana,"ujar Hannah.

"Hmmm, beli je lah,"kata Liyana.

"Eh, kau kan banyak duit,"usik
Hannah.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience