Bab 8

Romance Series 3962

Di rumah kakak Liyana,

"Assalamualaikum,"ujar Liyana.

"Assalaikum,"ujar Rayyan.

"Bukan assalaikum la. Assalamualaikum,"kata Liyana.

"Ooo, sama la tu, mummy ni,"kata Rayyan.

"Ehh Sya masuklah,"panggil kakak Liyana, Balqis.

Abang dan kakak Liyana je yang panggil 'Sya'. Abah dengan Umi panggil 'adik' or 'Liya'.

(Liya dan Sya ialah orang yang sama.)

"Jom masuk Ray,"kata Liyana.

"Hi aunty qis, aunty buat apa?"tanya Rayyan.

"Aunty kemas rumah tadi,"balas Balqis .


• • •

"Along tak balik ke?"tanya Balqis tentang abangnya, Za'im.

"Tak, along cakap dia nak balik bulan depan sebab itu lah bulan ini dia tak balik,"balas Liyana.

"Ooo ingatkan dia balik bulan ini,"kata Balqis.

"Kak ngah, mana Hana dengan Haris?"tanya Liyana pula sambil memerhati sekeliling rumah.

"Tak ada, diorang pergi beli barang dengan abang Dani,"jawab Balqis.

"Ooo, dah lama Sya tak jumpa diorang. Rindu la pulak,"ujar Liyana.

"Aik, Ray mana?"tanya Liyana perlahan.

"Ray ada dekat ruang tamu. Sibuk main dengan Melly itu, lain kali beli la kucing bagi dia main. Kesian kak ngah tengok,"kata Balqis.

"Emm nanti Sya beli la,"balas Liyana.

"Assalamualaikum,"ucap seseorang di muka pintu.

"Eh abang Dani dah balik. Hey, Hana! Haris!,"jerit Liyana teruja kerana dapat berjumpa dengan anak saudaranya.

"Aunty Sya!"jerit Hana dan Haris serentak lalu terus berlari memeluk Liya.

Tercebik mulut Rayyan melihat mummynya dipeluk oleh sepupunya lalu dia terus memeluk Liyana.

"Dah kenapa dengan Mika itu?"tanya Daniel, abang ipar Liyana.

"Cemburu,"kata Liyana perlahan.

"Ooo, hahahaha,"ketawa Daniel mendengar kata Liyana.

"Kenapa papa ketawa?"tanya Hana dan Haris serentak sambil melihat muka papanya yang ketawa.

Mereka ialah kembar dan sudah berumur 5 tahun. Muka mereka sangat sama, kembar seiras.

"Hah, tak ada apalah,"jawab Daniel apabila melihat semua mata tertumpu padanya.

"Okay harini kita makan dekat luar sebab mama nak jumpa client,"kata Balqis.


• • •

Di Restoran's Hotel Permata,

"Mana Puan Laila tu?"tanya Zariel.

"Tu,"jawab Hisyam sambil menunjuk ke arah Laila/Balqis yang sedang bercakap dengan suaminya.

"Ha jom,"ajak Zariel.

"Assalamualaikum, dah lama sampai,"tegur Hisyam.

"Eh, baru je sampai,"jawab Balqis.

"Waiter!"panggil Daniel.

"Korang orderlah dulu,"kata Balqis.

'??????, sportingnya Puan Laila ini,'bisik Hisyam dalam hati.

Selang beberapa meja, ada Liyana yang sedang menjaga anaknya dan anak buahnya.

'Aik tu bukan ke Zariel? Ooo, that means Zariel tu client kak ngah la'kata Liyana dalam hati.

Beberapa jam kemudian, Balqis memanggil adiknya, Liyana Raisya.

'Aduhh, kak ngah ni dah kenapa nak panggil aku. Dah la ada mamat tu kat situ, malulah pulak,'bisik Liyana dalam hati.

"Ye, kak ngah kenapa?"tanya Liyana berpura-pura selamba. Padahal dalam hati berdebar sakan.

'Aik Liya buat apa dekat sini. Takkanlah dia adik Puan Laila,'kata Zariel dalam hati. Terkejut bukan kepalang dia melihat Liyana di depan matanya.

"Ni kak ngah nak bagitahu, yang Encik Zariel dan Encik Hisyam akan jadi client Sya selepas ini,"kata Balqis tegas.

"Ha! Kenapa Sya pula?"tanya Liyana.

"Banyak betul nama panggilan dia ini. Liya lah, Sya lah macam-macam,"kata Zariel perlahan.

"Encik Zariel ada nak cakap apa-apa ke?"tanya Balqis apabila melihat Zariel seakan mahu berkata sesuatu.

"Ehh, tak ada apa pun,"terkejut Zariel apabila Puan Laila menegurnya.

"Okay, ada apa-apa lagi tak?"tanya Daniel yang sedari tadi berdiam diri.

"Jadi, Encik Zariel akan berurusan dengan adik saya selepas ini. Encik boleh pergi ke Syarikat LR dan PA( ???????????????? ??????????????????) Sya akan uruskan temu janji korang,"terang Balqis panjang lebar.


• • •

Tit! Tit! Tit!

Liyana terus mengangkat telefonnya.

'Ehh umi dah kenapa telefon ini'omel Liyana dalam hati.

"Assalamualaikum adik,"ujar umi.

"Waalaikumsalam umi, kenapa telefon,"tanya Liyana.

"Umi ingat nak pergi rumah adik minggu depan,"kata umi.

"Ooo nanti adik ambil umi tau,"balas Liyana.

"Ehh tak payah along dah book tiket flight,"terang umi.

"Ooo,"balas Liyana lagi.

"Okaylah itu je umi nak cakap. Assalamualaikum,"ujar umi.

"Okay, waalaikumsalam,"jawab Liyana.


• • •

"Wey, Zariel kau kenal ke adik Puan Laila itu,"tanya Hisyam.

"Kau ingat tak aku cerita dekat kau yang aku terjumpa seorang budak dengan seorang perempuan itu,"balas Zariel.

"Ingat, ingat,"jawab Hisyam.

"Ha yang perempuan itu lah adik Puan Laila dan yang budak itu pulak anak dia,"terang Zariel.

"Biar betul muda macam itu dah ada anak,"kata Hisyam tak percaya.

"Aku pun tak tahu,"ujar Zariel.

"Bila kita nak balik KL?"tanya Zariel.

"Lusa, sebab aku nak pergi beli souvenirs untuk keluarga aku. Lepastu aku nak pergi tempat-tempat yang famous dekat sini,"terang Hisyam kepada Zariel.

"Aku ikut kau je lah,"balas Zariel.


• • •

Seminggu berlalu,

"Umi dan abah ada apa-apa ke datang sini?"tanya Liyana.

"Abah dan umi ada benda nak bincang,"balas Encik Zaquan, abah kepada Liya.

"Nak bincang pasal apa?"tanya Liyana lagi.

"Umi nak adik tunang bulan depan,"balas umi.

"Hah tunang! Tunang dengan siapa?"jerit Liyana terkejut.

"Dengan anak kawan umi,"kata umi.

"Ooo kalau itu yang buat abah dan umi gembira adik ikut je,"balas Liyana dengan suara yang cuba dikawal.

"Betul ini, alhamdulillah,"kata Encik Zaquan.

"Betullah,"ujar Liyana.


• • •

"Kenapa mama suruh balik cepat ini? Tak sempat nak lawat Cameron,"kata Zariel.

Mana tak bengangnya, petang tadi mamanya suruh dia balik cepat katanya urgent. Kesian Zariel pada Hisyam terpaksa lawat seorang-seorang.

"Ni mama nak Zariel tunang bulan depan,"kata Puan Hasnah selamba.

"Hah!"jerit Zariel. Biar betul tunang bulan depan. Perempuan mana entah mama rembat jadi 'bakal tunangnya'.

"Ye bulan depan. Mama nak Zariel tunang dengan anak kawan mama,"kata mama lagi.

"Erm yelah, Ril ikut je plan mama dan papa,"balas Zariel.

"Ril setuju?"tanya Encik Azlan.

"Ye, Ril setuju,"balas Zariel lagi.

"Alhamdulillah, bulan depan ini jadi ya,"kata mama sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience