3 Tahun kemudian,
"Mummy!"panggil seorang budak kepada mummy nya.
"Ya, Ray,"balas Liyana.
RAYYAN MIKAEL nama yang diberi oleh Liyana Raisya kerana Afia pernah mencadangkan nama untuk anaknya.
• • •
Flashback...
"Afia nantikan kau nak letak nama baby kau apa?"soal Liyana.
"Aku cadang nak letak nama Rayyan Mikael sebab arwah Irfan pernah suggest dekat aku yang dia nak letak nama Rayyan and aku nak letak nama Mikael. So, nama baby ini ialah Rayyan Mikael Bin Irfan Zikri,"
jawab Afia.
"Ouh ya ke, sedap jugak eh nama anak buah aku macam nama aku,"balas Liyana.
"Hek eleh perasan. Liya aku nak minta something dengan kau boleh tak?"soal Afia.
"Kau nak minta apa? Kalau pasal kau dengan baby Ray semua boleh,"jawab Liyana.
"Aku nak kau jaga anak aku if one day aku dah meninggal. Tapi kalau kau tak nak jaga pun tak apa, kau bagi je baby ini dekat orang yang kau percaya. Aku hanya ada kau seorang je dekat dalam dunia ini. Nanti kalau kau jaga dia kau jaga dengan penuh kasih sayang eh,"kata Afia.
"Apa kau merepek ini, Irfan dah tinggalkan aku takkan kau nak tinggalkan aku juga. Sampai hati kau buat aku macam ini,"balas Liyana.
End flashback...
"Mummy, I want the ice cream. Please," rengek Rayyan sambil mengelipkan matanya yang berwarna grey.
Ha cuba teka macam mana Rayyan boleh cakap dalam bahasa inggeris. Of course la dia yang ajar. Sejar dari Rayyan kecil lagi dia sudah mengajar Rayyan bercakap dalam bahasa inggeris.
Hanya dia seorang sahaja yang memanggil Rayyan 'Ray' kerana dia suka memanggil panggilan itu dan dia jugalah menyuruh Ray memanggilnya 'Mummy'.
Semua ahli keluarganya memanggil Rayyan 'Mikael'. Tak tahulah kenapa orang suka panggil Rayyan 'Mikael'.
Setiap kali dia membawa Rayyan keluar mesti ada sahaja yang memuji Rayyan 'comellah', 'eey geramnya aku tengok budak tu cute sangat' dan macam-macamlah. Dan salah satu sebabnya kerana mata Rayyan berwarna grey, muka Rayyan cute dan sangat putih. Putih tu tak lah putih pucat. Kulit Rayyan macam warna susu gitu.
"Ok, let's buy it,"jawab Liyana.
"Yeay!"jerit Rayyan kerana mummynya mahu membeli ice cream untuknya.
• • •
Liyana membuka pinta kereta disebelah penumpang untuk memberi Rayyan turun.
"Ray pergi mandi dulu ya, dah comot anak mummy ini,"suruh Liyana.
"Okay mummy,"balas Rayyan.
Walaupun umur Rayyan baru menginjak ke 3 tahun, cara dia bercakap sudah tidak pelat kerana mummy selalu mengajar dia cara bercakap.
• • •
"Mummy let's go,"ajak Rayyan.
"Ye, jom,"balas Liyana.
Hari ini mereka akan pergi ke Sunway Piramid untuk ber'shopping'.
"Mummy, cantiknya baju ni. Beli untuk Ray, please. Please mummy,"pujuk Rayyan.
"Okay, jom pergi tengok,"balas Liyana.
Liya berjalan ke arah baju yang ditunjuk Rayyan.
"Ray. Nah cuba try,"arah Liyana lalu berpusing kebelakang. Kosong. Ray tiada di belakangnya.
'Oh my god Ray hilang' fikir Liyana lalu mencari Ray di dalam kedai pakaian itu.
"Wow, ice cream,"kata Rayyan perlahan. Selepas itu, dia menuju ke arah kedai ice cream. Dia berjalan-jalan tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki dewasa. Rayyan terus menangis apabila melihat wajah itu.
Lelaki itu terus serba salah apabila Rayyan menangis selepas melihat wajahnya.
'Kenapa budak ni menangis tengok muka aku. Aku tak ada buat apa-apa pun' fikir lelaki itu.
"Kenapa adik nangis,"tanya lelaki tersebut.
"Ray takut uncle angry Ray,"balas Rayyan teresak-esak.
"Dah stop menangis, uncle tak angry pun,"katanya.
"Promise?"tanya Rayyan sambil menunjuk jari kelingkingnya yang kecil.
"Yes, promise. Jom uncle belanja ice cream,"balasnya lagi lalu membalas jari budak itu.
To be continued...
Share this novel