Bab 12

Romance Series 3962

Ting!

Nama Zariel tertera di screen telefon Liyana. Liyana segera mengambil telefonnya lalu membuka aplikasi whatsapp.

'Kenapa pula dia whatsapp aku ini?'desis hatinya.

Zariel??
Assalamualaikum.

Waalaikumsalam, kenapa?

Kenapa apa?

Kenapa whatsapp saya?

Saja. Nak tanya ini, bila kita nak fitting baju.

Entahlah, kalau ikutkan petang ini saya free je.

Emmm, kalau macam itu petang ini saya datang ambil awak dekat rumah. Boleh tak?

Boleh.

Okaylah kalau macam itu, bye sayang assalamualaikum??????.

Bye, waalaikumsalam??.

"Ya Allah Zariel ini dah kenapa? Demam ke dia ini,"kata Liyana perlahan takut didengari Rayyan.

'Hek eleh kau suka juga kan dia panggil kau sayang. Hish, macam mana ini kalau dia panggil aku sayang depan Rayyan. Kena buat reaction macam mana eh?'monolog Liyana.

"Ray!"panggil Liyana. "Petang ini kita keluar dengan daddy. Nak tak?"sambungnya lagi.

"Nak! Nak!"jerit Rayyan.

Rayyan memang pantang kalau Zariel ajak keluar, terus dia setuju. Ya lah, sebelum ini pernah rasa kasih sayang mummy je, kasih sayang daddy tak pernah lagi. Lagipun Zariel suka budak-budak macam Rayyan, So, sebab itulah Rayyan manja dengan Zariel, Zariel pula layankan je perangai Si Rayyan ini.

"Okaylah, mummy nak iron baju kejap,"kata Liyana.

Rayyan pun membuat isyarat 'ok' lalu sambung bermain permainannya yang tergendala tadi.


• • •

Tersenyum Zariel dengan katanya sebentar tadi. SAYANG. Seumur hidup dia tak pernah panggil perempuan sayang kecuali Liyana. Sebab apa dia panggil macam itu, dia pun tak tahu.

Liyana ini memang ada satu kuasa yang dapat membuatkan seorang manusia bernama 'Zariel Zarfan' tersenyum.

"Kau ini dah gila lah Zariel,"gumamnya perlahan. "Macam mana kalau aku panggil dia sayang depan Ray, confirm dia blushing,"suka dia melihat wajah Liyana merah. COMEL perkataan pertama yang akan disebutnya jika wajah Liyana berubah warna.


• • •

"Daddy, mummy, Ray lapar lah,"rungut Rayyan.

"Kita makan dekat situ lah,"balas Zariel sambil menunjukkan kedai makan yang terletak tidak jauh dari mereka.

"Jom!"ajak Liyana. Dia pun lapar sebenarnya. Hehehe.

"Eh Liya!"panggil seseorang. "You buat apa dekat sini?"tanyanya lagi.

"Irham! I nak pergi fitting baju ini,"balas Liyana.

"Aik?"terangkat kening Irham mendengar kata Liyana.

"Ouh, I tak ingat nak bagitahu you yang I nak kahwin bulan depan,"lupa dia nak bagitahu Irham tentang majlis perkahwinannya.

"You nak kahwin, betulke?"tanya Irham.

Zariel di sebelah Liyana tak payah cakaplah, muka dah macam limau purut.

"Haah betullah, ini kad kahwin I. Btw, this is my fiance, Zariel Zarfan,"kata Liyana sambil menghulurkan kad kahwinnya. Nasib baik ada dalam beg.

"Zariel,"ujar Zariel sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Irham,"balasnya acuh tak acuh sambil menghulurkan tangannya. Dia berasa tidak senang hati melihat mereka berdua.

"Okaylah, I have to go. Bye Liya, Ray,"kata Irham lalu terus pergi meninggalkan mereka dengan hati yang remuk.

"Kenapa dengan dia itu?"tanya Zariel tak puas hati. 'Cakap dengan aku nak tak nak je dia ini, "desis hati Zariel.

"Dia memang macam itu, kalau dengan orang tak kenal je dia macam sombong sikit,"balas Liyana tak nak menimbulkan pergaduhan antara mereka. Dah la baru kenal, takkan nak gaduh dah.

"Jom lah,"ajak Liyana ke butiknya.

Oh ya btw, dia yang reka sendiri baju pengantinnya dan baju Zariel. Kahwin kan sekali seumur hidup. Of course la dia mahukan yang terbaik semasa majlis perkahwinannya.


• • •

"ARGH! TAK GUNA PUNYA LELAKI! KAU RAMPAS DIA DARI AKU! KAU TAHU TAK DAH LAMA AKU SUKAKAN DIA! KAU SESENANG HATI JE RAMPAS DIA DARI AKU. AKU AKAN PASTIKAN HIDUP KAU TAK TENANG SELEPAS INI! DIA TAK AKAN JADI MILIK KAU! NEVER, ZARIEL ZARFAN!"jerit seseorang dengan kuat sekali di dalam sebuah rumah yang usang.

"Kau tahu tak Liya aku dah lama sukakan kau. Takkan itu pun kau tak tahu. Sampai hati kau tak tunggu aku,"mendayu suaranya kerana orang tersayang akan berkahwin tak lama lagi.

"AKU INGATKAN KAU SETIA, RUPANYA TAK!"jeritnya lagi seperti orang gila atau lebih dikenali sebagai psycho.

"KAU ORANG TAK AKAN HIDUP BAHAGIA. ITU JANJI AKU!"sambungnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience