Kring! Kring! Kring!
Jam berbunyi menandakan waktu tidur sudah tamat. Kemudian, seorang wanita bangun dan terus berlalu ke bilik air. Dia memakai baju blouse yang berwarna putih dan shawl berwarna putih. Warna yang sangat menenangkan jiwa wanita itu.
Hari yang sungguh dinantikan oleh seorang wanita yang bernama LIYANA RAISYA. Harini dia akan merasmikan butiknya yang dinamakan BUTIK LH sempena namanya.Dia bergegas ke dapur untuk breakfast bersama keluarganya.
"Umi, masak apa tu?"tegur Liyana.
"Eh adik dah bangun, ni umi buat sandwich jer, nak pergi kerja dah ke," kata umi.
"Ooo, sandwich. Adik nak pergi dah. Harini adik nak rasmi butik. Nanti umi dengan abah pergi tau dalam pukul 10.00,"kata Liyana.
"Hmmm ya la nanti umi dan abah datang,"kata umi.
"Okaylah, adik nak pergi kerja dah ni. Nak tengok persiapan dia orang macam mana,"kata Liyana lalu menyalam tangan dan mencium pipi ibunya.
Puan Raudah bersyukur kerana mempunyai anak seperti Liyana Raisya. Dia mempunya tiga orang anak, yang pertama lelaki, Luqman Za'im yang sekarang menetap di Perancis kerana syarikatnya dibuka di sana. Za'im sudah berkahwin dengan menantunya, Aisyah Amalin. Aisyah hanya menjadi suri rumah. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Zayne dan Zara.
Yang kedua perempuan, Laila Balqis yang tinggal di Cameron Highlands kerana syarikatnya dibukan disana. Dia sudah berkahwin dengan Syahrin Daniel yang bekerja sebagai pilot. Mereka mempunyai dua orang kembar iaitu Hana dan Haris
Dan yang ketiga ialah Liyana Raisya yang sekarang ini tinggal di Kuala Lumpur bersamanya kerana butik Liyana baru di buka. Dan Liyana belum berkahwin. Puan Raudah risau akan Liyana yang selalu keluar rumah seorang diri.
• • •
Liyana masuk ke dalam kereta mercedes kesayangannya yang berwarna merah. Dia terus membawa keretanya ke damansara untuk pergi ke butiknya.
Setelah sampai di butiknya, dia terus melihat segala persiapan pekerja-pekerjanya.
"Wow, memang tip top", ucapnya perlahan.
"Wey, Liya!" tegur seseorang.
"Eeee, kau ni Hannah dah kenapa tegur aku macam tu. Nasib baik aku tak kena heart attack tadi," kata Liyana.
"Hehehe saja je gurau. Emmm aku nak tanya macam mana persiapan ni ok ke tak. Tetapi bagi aku memang cantik lah persiapan diorang," kata Hannah.
Sebenarnya Hannah Adriana ialah kawan baik merangkap sepupu Liyana. Mereka sangat rapat. Mereka berkongsi duit untuk membina butik ini.
Setiap mereka ada sebuah syarikat, contohnya Hannah mempunyai syarikat perhotelan dan Liyana mempunyai syarikat arkitek.
• • •
Tok! Tok! Tok!
"Umi!"panggil Liyana.
"Ni umi dekat belakang rumah ni!"jerit umi.
"Umi, abah pergi mana, tak nampak pun kereta dia kat luar?"tanya Liyana.
"Abah pergi beli barang dapur,"kata umi.
"Ooo, kenapa umi tak suruh adik je. Emmm umi dengan abah kenapa balik awal tadi?"tanya Liyana.
"Tu lah abah ada hal tadi, terpaksalah balik awak. Umi dah suruh Hannah cakap dekat Liya," kata umi.
"Ye ke. Hannah tak cakap pun," kata Liyana.
"Dia tak ingat la tu nak cakap. Penat sangat kot," kata umi.
"Tak apa lah umi. Nak pergi mandi dulu.Bye,"ujar Liyana.
• • •
3 bulan kemudian,
Bagaimana cara untuk bertemu dengan dirimu,
Ku ingin bertanya masih ada lagi ruang tuk diriku,
Hati ini bergelora meronta-ronta,
Di manakah dirimu wahai pria.
Liyana terus mengangkat telefonnya. "Unknown number. Siapa ni tengah malam telefon orang,"ujar Liyana di dalam hati.
Umi dengan abah dah balik Kelantan jadi tinggallah dia seorang di rumahnya sendiri.
"Hello, assalamualaikum ni Puan Liyana Raisya ke"ujar seseorang.
"Waalaikumsalam, ya saya. Ni siapa ehh?"tanya Liyana. 'Suara lembut, perempuan ke,' kata suara hati Liyana.
"Saya dari Hospital Kuala Lumpur. Boleh puan datang ke sini sekarang? Kawan puan sekarang ini sangat kritikal. Jadi saya minta puan dapat datang ke sini kalau boleh."
"Apa nama kawan saya tu?"tanya Liyana.
"Puan Afia."
"Apa, Afia! Baik saya pergi sekarang,"kata Liyana.
To be continued...
Share this novel