BAB 6

Family Completed 2465

Mereka dah macam adik-beradik.

‘Berapa lama kau tunggu aku kat luar dewan tadi?’ Norman mengubah topik perbualan mereka.

Ada perkara yang lebih penting mahu dibincangkan dengan Edry selain pekerjaannya.

Tentang hati dan perasaan.

‘Sekejap je.

Aku datang betul-betul waktu korang dah nak habis.

Tapi kau pun keluar lambat sangat dari dewan!’ Edry menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan seksanya menanti Edry di luar dewan tadi.

‘Seksa’ bertemu rakan-rakan satu batch mereka yang lain.

‘Nanti masa kau akan datang jugak.

Tak payahlah kau nak kisah apa orang cakap, apa orang fikir,’ Bagai memahami perasaan Edry, Norman cuba memujuk sahabatnya itu.

Edry hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata Norman.

Sewaktu menunggu Norman, Edry dapat rasakan jiwanya berat setiap kali dipandang oleh kawan-kawan mereka yang lain.

Manakan tidaknya, kisah dia gagal projek tahun akhirnya hanya diketahui oleh Norman.

Melihatkan dia berada di luar dewan, dan bukan di dalam, pastilah mengundang tanda tanya kepada orang lain.

Itu belum lagi dikira mereka-mereka yang jelas sahaja berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya.

Yang lebih ‘sopan’, terus saja datang dan bertanya khabar dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience