BAB 7

Family Completed 2465

Berbasa basi membuka topik picisan yang Edry tahu bukanlah tujuan utama punca mereka mahu bertegur sapa.

Saat itu, perasaan Edry bercampur gaul.

Malu, geram, rendah diri.

Namun digagahkan jua dia untuk berada di situ, demi Norman.

‘Jadi tak teman aku untuk sesi petang ni? Kieyra habis konvo dalam pukul lima macam tu-lah,’ pertanyaan dari Norman mengejutkan Edry dari angannya.

Kieyra, kekasih Norman dari jurusan berbeza.

‘Oh, aku tak pasti lagi,’ Edry cuba menyembunyikan rasa tidak senangnya.

Cukup-cukuplah berjumpa dengan separuh batch-nya pagi tadi.

Ini nak bertemu dengan separuh lagi petang nanti.

‘Aiseh, janganlah macam tu.

Aku kan ada dengan kau petang nanti.

Ok? Set?’ Norman mengenyitkan matanya kepada Edry tanda memeterai janji.

Edry hanya tersenyum.

Dia kembali menyedut minumannya.

Tekaknya terasa semakin kering.

Tepat pukul lima, Norman sudah berada di hadapan Dewan Utama.

Sebentar lagi, majlis konvo sesi petang bakal berakhir.

Di tangan Norman tersemat jambangan bunga ros sedozen yang bakal diserahkan kepada kekasih hatinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience