BAB 1

Family Completed 2465

Hati Syazarina pedih.

Benarlah selama ini khabar angin yang didengarinya.

Berdiri di hadapan Zarul, suaminya selama tiga tahun, ringan saja tangannya mahu menampar wajah lelaki yang culas ini.

Namun Syazarina sedaya upaya menebalkan sabarnya.

Air matanya sudah mula bertakung, bila-bila sahaja akan mengalir.

‘Dah berapa lama?’ Syazarina memandang tepat ke wajah Zarul yang sedari tadi asyik tunduk membisu.

Zarul menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Jelas di wajahnya ekpresi yang seolah-olah mahu perbincangan mereka ini tidak diteruskan lagi.

‘Berapa lama???!!’ Jeritan Syazarina memecah keheningan yang sedari tadi membaluti seluruh isi rumah.

Zarul tersentak.

‘Enam bulan! Enam bulan semenjak you mula outstation ke JB!’ Zarul membalas jerkahan Syazarina.

Sabarnya juga sudah menipis.

Geram memikirkan siapa yang memecahkan tembelangnya, geram memikirkan yang dia perlu berhadapan dengan segala drama akibat keterlanjurannya sendiri.

Enam bulan? Perut Syazarina terasa kecut.

Dia berpeluk tubuh dan terus duduk di pinggir katil mereka yang terletak betul-betul di tengah kamar tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience