BAB 4

Family Completed 2466

Bunga-bunga segar, belon-belon bertatahkan tulisan ‘Tahniah’ dan macam-macam lagi hadiah untuk satu hari yang bersejarah itu bertukar-tukar tangan.

Berdiri di satu sudut yang agak terlindung, Edry pun turut memegang sejambang bunga.

Tapi bukan bunga segar - bunga lili plastik.

Edry mahu hadiahnya kekal lama, bukan untuk sehari dua.

Edry memanjangkan lehernya mencari-cari seseorang.

‘Hoi!’ Satu tepukan di bahu dari belakang memeranjatkan Edry.

Edry berpaling, tersenyum lebar dan memeluk sahabat baiknya, Norman.

‘Tahniah.

Ini untuk kau,’ Edry menyerahkan jambangan bunga di tangannya kepada Norman ‘Bunga? Biar benar?’ Norman ketawa sambil menerima jambangan bunga itu.

‘Come on-lah.

Gay is like the theme of convocation kot.

Kau tengoklah how gay is everyone here!’ Norman ketawa besar mendengar kata-kata Edry.

Selepas mengucapkan terima kasih, mereka mengambil gambar berdua dengan DSLR baru Norman yang dihadiahi ayahnya sempena graduasi ini sebelum Norman membawa Edry bertemu ahli keluarganya.

‘Kamu tak konvo lagi?’ wajah ibu Norman ikhlas dengan kejutan saat melihat Edry yang tidak berjubah konvo.

Edry menggaru-garukan kepalanya sambil tersenyum malu memandang Norman.

Norman tumpang segan mendengar soalan dari ibunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience