BAB 5

Family Completed 2465

Lupa dia mahu berpesan kepada ahli keluarganya supaya tidak bertanyakan soalan-soalan sebegitu.

‘Ermm..

sangkut projek tahun akhir-lah makcik.

InsyaAllah tahun depanlah masa saya pula.

Kalau Norman tak datang konvo saya tahun depan, memang saya cari dia sampai lubang cacing,’ Gurau Edry menutup malunya sambil disambut hilai tawa Norman dan keluarganya.

Selepas bersalam-salaman dengan keluarganya yang sudah mahu berangkat pulang ke Johor, Norman dan Edry memilih sebuah gerai berhampiran Dewan Utama untuk duduk dan bertukar-tukar cerita selepas empat bulan tidak bertemu.

‘Macam mana kerja? Dengar cerita gaji besar? Bila nak belanja aku makan ni?’ Edry menyedut air teh ais limau di hadapannya.

Bahang panas tengah hari benar-benar mengeringkan tekaknya.

‘Aduh, rileks-lah, bro.

Aku baru kerja dua bulan kot.

In training lagi.

Kereta pun tak beli lagi! Nanti aku dah stabil, ko mintak apa pun, aku no problem!’ Norman menepuk-nepuk bahu Edry.

Sudah lima tahun mereka berkawan baik.

Semenjak tahun asas lagi.

Edry -lah yang banyak membantunya memandangkan Norman datang dari keluarga yang susah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience