BAB 11

Family Completed 2465

Nasrul sudah tak mahu menghampakan rakan-rakannya yang telah sepenuh hati mengekalkan kumpulan mereka daripada berpecah dan mengambil hala tuju masing-masing akibat ketiadaan Nasrul di ibu kota.

Dulu sewaktu dua bulan pertama Nasrul di atas pelantar di persisiran pantai Labuan ini, pernah juga mereka medapat tawaran yang sama namun terpaksa ditolak mentah-mentah oleh Nasrul dan akur keputusan itu diterima oleh yang lain-lain.

Selepas lapan bulan di sini, dan sekian lama merasakan yang jiwanya bukan di sini, Nasrul terpaksa mengalah kepada minatnya yang mendalam kepada muzik, Memang benar dia masih boleh memetik gitar di sini, dalam bilik rehat bersama beberapa rakan sejawat lain yang boleh bermain alat muzik, namun rasanya tidak sama bila bersama-sama Zamani, Zarul dan Mok.

Lain.

‘Awak ok tak, Nasrul ?’ Pertanyaan semula dari Encik Khalil mengejutkan Nasrul dari angannya.

‘Eh, saya ok saja! Terima kasih banyak-banyak, Encik Khalil,’ Nasrul berdiri dan bersalaman kembali dengan pengurusnya selama lapan bulan itu.

‘’Sama-sama.

Just keep in touch.

Mana tahu, tergerak hati awak nak balik ke sini semula.’ Kata-kata terakhir Encik Khalil mencuit hati Nasrul.

Nasrul keluar dari bilik Encik Khalil dan melemparkan pandangannya ke laut biru yang luas terbentang di hadapan matanya.

Seluas dan sedalam laut terbentang, namun mamun masih tak dapat mengisi hati aku untuk kekal di sini.

Nasrul bergegas kembali ke bunker-nya.

Pakaiannya belum dikemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience