BAB 13

Family Completed 2465

Zarul tu henyak ko sekali je ko da penyek kot,’ kata-kata Edry menyebabkan semua yang ada di meja pecah perut termasuklah Syazarina yang sedang mengeringkan air matanya.

‘Dah sudah.

Duduk Nasrul.

Lapar dah semua menunggu kau lambat sangat sampai,’ Encik Mustafa yang dari tadi hanya memerhatikan anak-anaknya, mula bersuara.

Terdetik rasa lega kesemua anak-anaknya ada di rumah, bakal menikmati makan malam sama-sama.

Dah lama mereka tidak berkumpul sebegini.

‘Kakak ok je.

Don’t worry.

Kau macam mana?’ Syazarina memegang pipi Nasrul yang duduk di sebelahnya.

‘Nasrul ? Happy like I’ve never been so before! Dah tak ada dah paip, minyak, semua-semua tu..’ ‘Cakap je lah kau mabuk laut.

Nak main muzik konon,’ Celahan Edry mencuit lagi suasana ceria di antara mereka semua.

Nasrul bangun dari kerusi, berpura-pura mahu mendapatkan adik bongsunya itu sebelum lengannya dipaut oleh Puan Musliha yang menariknya duduk semula.

Edry sekadar menjelirkan lidahnya kepada Nasrul sebelum dia memerhatikan wajah ayah, ibu, kakak dan abangnya satu persatu.

Manusia tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

Besar atau kecil, pastinya kesilapan itu akan memberikan impak kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Akan ada yang terluka, akan ada yang berjauhan.

Namun, yang pasti, ada yang akan tetap berada di belakang kita, memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, tanpa meminta sebarang balasan.

Edry tahu, hanya ada satu tempat yang dia mahu berada di saat ini, buat sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience