BAB 12

Family Completed 2465

Chopper yang bakal membawanya ke Labuan akan tiba sebentar saja lagi.

Nasrul menanti resah di hadapan rumah.

Kepenatan sudah mula mengigit sendi-sendinya.

Pintu kayu yang tersergam indah dihadapannya terbuka perlahan.

Muncul seorang wanita separuh abad di sebalik pintu.

Segera Nasrul melangkah masuk ke dalam, bersalam dan mencium tangan ibunya, Puan Musliha.

Puan Musliha kemudian memeluk erat anak keduanya itu yang sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah.

‘Kakak mana, ibu?’ Tegang wajah Nasrul tatkala bertanyakan perihal kakaknya kepada Puan Musliha.

‘Ada kat meja makan tu.

Adik kau pun ada.

Kitorang tunggu kau sampailah ni.

Nak dinner sama-sama,’ Nasrul tinggalkan beg galasnya di ruang tamu dan terus menuju ke ruang makan diikuti Puan Musliha.

Setibanya di meja makan, pantas Nasrul memeluk Syazarina dari belakang.

Syazarina yang terkejut dengan pelukan Nasrul itu, terus sahaja berderai air matanya semula.

‘I’m sorry I wasn’t here this morning.

Kalau Nasrul tahu, memang dah kena cepuk dah si Zarul tu!’ Serius sahaja Nasrul mengungkapkan rasa tidak puas hati tentang abang iparnya itu.

‘Adoi, badan ko kurus kering camtu nak cepuk orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience