BAB 8

Family Completed 2465

Norman memanjangkan lehernya, mencari-cari kelibat Edry sebelum terasa getaran telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

Ada pesanan ringkas dari Edry.

‘Sorry aku tak dpt stay.

Kirim slm pd Kieyra.

Again, congrats from all my heart.

C u, ok!’ Norman tersenyum kelat.

Hatinya digigit rasa bersalah kerana terlalu memaksa Edry tengah hari tadi.

Hati Nasrul menyampah.

Duduk di hadapan pengurusnya, sambil menanti orang tua itu menaip tanpa sekalipun menoleh kepadanya, Nasrul bagaikan mahu saja melakonkan aksi-aksi tipikal dalam drama swasta seperti menghentakkan meja ataupun memaki hamun.

Namun dia tahu dia bukanlah sebodoh itu.

Orang tua ini tengah siapkan laporan prestasi aku kot, bisik hati kecilnya.

Nasrul sudah mencuba dari segala-galanya – berdehem, batuk kecil, mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja – namun pengurusnya itu seakan-akan masih tak faham betapa pada saat ini, Nasrul sudah tak sabar mahu berangkat pergi.

Nasrul mengeluh sendiri.

Sejauh mana lagi dia perlu terseksa di sini.

‘Kenapa awak terus kepada HR, ya? Tak berbincang dengan saya dulu? Selama awak di sini, saya ingat awak tak ada apa-apa masalah?’ Encik Khalil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jelas terukir riak kecewa di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience