BAB 10

Family Completed 2465

Saya tak nampak apa yang menyebabkan awak kena pilih salah satu,’ Encik Khalil masih mahu memujuk Nasrul.

Nasrul kelihatan semakin resah.

Dalam kepalanya sudah terpahat keputusan yang sudah difikirkan berminggu-minggu lamanya.

Walaupun dia mengerti akan niat baik Encik Khalil yang mahu membantunya membuat keputusan yang bijak, namun Nasrul sudah lepas fasa berfikir.

Sekarang fasa bertindak.

Encik Khalil seolah-oleh mengerti melihat tiada respons dari Nasrul.

Diambilnya kertas dari mesin cetak di sebelah komputer mejanya lantas diserahkan kepada Nasrul.

‘Ini laporan dari saya.

Jangan risau, semua baik-baik belaka.

Sampaikan salam saya kepada Encik Mustafa di HR.

All the best Nasrul in whatever you’ll be doing after this, ok?’ Encik Khalil menghulurkan tangannya mahu bersalam.

Nasrul tersenyum lebar.

Dalam kepalanya sudah terbayang gabungan semula dirinya dan rakan-rakan kumpulan muzik semenjak universiti-nya.

Nasrul teringat kembali panggilan yang diterimanya sebulan yang lepas daripada Zamani, pemain keyboard kumpulan mereka, tentang bagaimana demo mereka telah diterima oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

Mereka telah dijemput untuk sesi temuduga dan ujibakat semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience