BAB 9

Family Completed 2465

Nasrul menarik nafas dalam-dalam.

Skrip yang telah diolah di dalam kepalanya dari tadi cuba diingatinya kembali.

‘Begini, Encik Khalil.

Empat tahun saya belajar kejuruteraan dulu.

Selama itu, saya memang ingat saya dah ditakdirkan untuk jadi jurutera.

Handle machines, gali minyak.

Tapi, sejak lapan bulan saya di pelantar ni, saya dah sedar, kehidupan ni bukan untuk saya.

Saya bukan jenis orang yang terperangkap kat satu-satu tempat, hari-hari buat benda yang sama, jumpa orang yang sama.

I can do more than this,’ tenang saja Nasrul menerangkan rasa hatinya kepada Encik Khalil.

Encik Khalil tersenyum tawar.

‘You can do more..

like..

playing music?’ Encik Khalil cuba meneka hati Nasrul.

Nasrul mengeluh.

‘Itu memang passion saya dari universiti lagi…’ Nasrul menunduk, memandang sebatang pensel yang terbaring di atas meja di hadapannya.

‘Awak masih boleh main muzik sambil bekerja kan? Saya selalu dengar awak main gitar kat bilik rehat tu.

You’re good at it, macam how good you are at drilling jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience