BAB 2

Family Completed 2465

Air mata sudah melunturkan solekan di wajahnya.

Esak tangisnya mengundang rasa bersalah di hati Zarul yang masih lagi berdiri bagai batu di kedudukannya.

Syazarina termenung seketika.

Perjalanan perkahwinannya terasa cliché.

Tak sangka dia berkahwin dengan lelaki tipikal seperti Zarul.

Isteri jauh, gersang, curang.

Jijik seketika Syazarina mengenangkan setiap perhubungan intim antara dia dan Zarul selama enam bulan yang lepas.

Syazarina cuba mengumpulkan inteleknya.

Dia tak mahu terlalu menurut hati.

Heart creates too much compassion and desperation.

Syazarina mahu mengikut akalnya.

Kalau selama ini dialah yang lebih banyak menyumbang kepada kemaslahatan ekonomi perhubungan ini, biarlah dia yang kelihatan lebih bijak.

Let her show him who wears the pants.

‘Siapa yang bagitahu you?’ Seolah-olah mengetahui siapa dalang yang meretakkan rumah tangganya lebih penting, Syazarina tersenyum sinis seketika mendengar soalan Zarul itu.

‘How does that be much more important than your stupidity?’ Membulat mata Zarul mendengar respon dari Syazarina.

‘So, what now?’ Syazarina sudah malas mahu berlengah lagi.

‘Let’s cut the chase and come to a conclusion.’ ‘Semudah ini saja?’ Zarul terkejut mendengar kata-kata Syazarina seolah-olah isterinya itu langsung tidak kesah akan perkahwinan mereka yang telah dibina atas dasar suka sama suka semenjak mereka berkenalan di sebuah seminar keusahawanan empat tahun yang lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience