BAB 7

Romance Completed 19807

“Ya la mcam tak biasa. Tapi ini lain sikit. Perempuan uh adik kawan dia dan adik dia tu dah ada pakwe. Kawan dia tu pulak jenis protect adik gila-gila. Dia hanya terima siapa saja yang akan jadi laki adik dia yang penting adik dia tu mesti setuju.” Terang Nardhiyah.

Dia mengetuk pencil di atas meja. Sambil memandang ke arah adiknya, Nashuha yang sedang tekun memandang kertas yang mengandungi maklumat bakal pesakitnya itu.

“So kita nak guna ‘ubat’ apa?” soal Nashuha . Matanya tepat memandang Nardhiyah. Mencari jawapan yang satu.

“Ikut yang mana sesuai. Cara Nas lain dari Nar” putus Nardhiyah. Nashuha mengangguk. Corak ‘rawatan’ sudah pun berada di dalam mindanya.

“Okey anggap je ni semua selesai.”

Botol air mineral di tangan Fathir dilempar kuat. Bunyi suara orang mengadu membuatkan Fathir gelabah.

Matanya terpaku pada raut wajah seseorang. Melihat gadis itu berjalan kearahnya membuatkan dia terhimpit rasa bersalah marahkan orang lain. Orang lain yang kena.

“Oit cik abang cantik tingkah laku, apa ingat kepala saya ni tong sampah ke?” marah gadis itu. Gadis la dengan darjah ketinggian dan lenggoknya membuktikan yang didepannya gadis.

Cuma satu jelah raut wajah itu ditutupi dengan topi. Sebaik sahaja gadis itu mendongak dan menampakkan raut wajahnya Fathir tersentak.

“Eh Nar..Maaf-maaf saya tak sengaja tadi... maaf sekali lagi” pohon Fathir selepas terdiam seketika. Nashuha mendengus.

“Apa Nar Nar. Kau ingat aku ni Narnia ke??” marah Nashuha. Silap orang la beb aku Nashuha bukan Nardhiyah. Amboi garangnya doktor sorang ni dah macam singa dekat Narnia...hoho.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience