BAB 8

Romance Completed 19807

“Maaf la Nar, saya betul-betul tak sengaja.” Mohon Fathir, nak buat macam mana memang sahih dia yang bersalah. Kalau nak larikan bukti pun memang dah tak boleh dah. Bukti dah ada depan mata.

“Susah aku nak maafkan kau ni. Zakat kepala aku ni mahal. Kau dah menyebabkan duit zakat aku kurang ni” Nashuha berkira-kira. Dia cukup pantang orang main kepalanya.

“Nur!!!!!” bunyi jeritan satu suara membuatkan Nashuha terus berpaling. Rasa marahnya tadi bertukar meluat bila melihat orang yang memanggil namanya tadi.

“Hah kau nak apa dah tak puas makan penampar dari aku” ujar Nashuha garang. Kecik besar je lelaki didepannya itu. Fathir yang melihat sedikit terkejut. Amboi perempuan ni bukan main garang lagi.

“Nur jangan la macam ni. Niat saya ikhlas ni” alamak pasangan kekasih bergaduh la. Fathir melangkah perlahan meniggalkan merpati yang tak sejoli tu.

“Hah nak pergi mana tu” langkah Fathir terhenti bila mendengar singa Narnia ni mengaup.

“Saya tak nak gangu pasangan kekasih berdating” selamba Fathir. Nanti tak pasal hati yang sakit bertambah sakit pulak tengok pasangan bercinta ni.

“Mari sini” Nashuha menarik tangan lelaki didepannya. Fathir terkejut. Pantas tangan gadis itu ditepis lembut. Tak manis kalau orang tengok. Nashuha mengangkat tangan tanda bersalah.

Nak lari dari masalah punya pasal sampai lupa batas. Dia tak boleh lepaskan lelaki didepannya itu kerana hanya dia la mampu selamatkan dirinya.

“Kau duduk sini diam-diam selagi aku tak suruh kau blah jangan nak blah paham” terkedu Fathir. Ini arahan ke apa ni. Serius perempuan ni singa Narnia. Perlahan-lahan Fathir menganguk. Malas nak dengan singa ni mengaum. Nashuha menarik nafas sebelum lepas. Perlahan-lahan dia mengubah riak mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience