BAB 4

Romance Completed 19807

“Tapi sebelum tu saya nak kenalkan Doc, dengan kawan saya. Yang saya ceritakan tadi tu” Nizam tersenyum.

“Panggil Nar, saya lebih selesa dari Encik Nizam panggil saya Doc”

“Kalau macam tu Doc, pun kena panggil saya Nizam. Okey”

“Okey” Nardhiyah mengangguk.

Fathir hanya memandang sepi ruang legar bangunan yang digelar hospital.

“Yeahhhhhh”. Bunyi suara orang menjerit membuatkan dia tersentak. Pandangannya jatuh ke arah kaunter pendaftaran. Kelihatan ada seorang perempuan yang sedang melemparkan cebisan kertas warna warni ke udara. Diikuti dengan gelak tawa sekumpulan kanak-kanak. Gelagat mereka seperti bermain salji di luar Negara.

“Amacam rasa salji tak?” ucap perempuan itu sambil mengusap kepala salah seorang kanak-kanak lelaki itu.

“Rasa rasa, rasa macam dekat Australia.” Ujar budak lelaki itu. Matanya jelas memaparkan riak kegembiraan.

“Kan kan kan. Akak dah cakap dah. Jom kita main lagi.” Jerit perempuan itu sambil mengangkat tangan keudara.

“Jom!!” jerit kanak-kanak yang berada disitu. Ini pusat asuhan ke? Detik Fathir.

Bunyi pintu di kuak dari dalam membuatkan Fathir menoleh. Dia bangkit dari duduk.

“So Nar, inilah kawan saya” terpancul wajah Nizam sebaik sahaja kelaur dari bilik tersebut. Fathir mengangguk sebelum tersenyum.

“Fathir” ucapnya. Wajar doctor yang merawat Nizam dipandang. Erk!

“Doctor???” Fathir pelik.

“Ya saya” Nardhiyah memandang lelaki disebelahnya yang di kenali sebagai Fathir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience