Gulp! Biar betul mamat ni? Kerja gila apa lagi kali ni dia nak buat.
“Kau ni dah isim ke? Biar betul? Kau sure kau nak buat?” Fathir memandang Nizam dengan riak kurang percaya.
“Betul la kau ingat aku main-main ke?” begang pun ada juga dengan soalan Fathir. Kad di tangan di pegang.
“Boleh percaya ke ni?” sekali lagi Fathir menyoal. Taufan tiada, tsunami tiada tup tup suruh hantar pergi hospital.
Yang menjadi kemusykilanya sihat sahaja Nizam berdiri dihadapanya. Fathir meletakkan belakang tangannya di dahi Nizam tapi di tepis laju oleh Nizam. Serius tak panas pun.
Elok je darjah kesihatan Nizam. Tak panas dan tak sejuk. Kalau sejuk nanti jadi lain pulak…huhuhu … Seram.
“Okey, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba cakap dengan aku” Fathir memegang erat bahu Nizam. Tidak percaya yang Nizam suruh hantar dia pergi hospital.
Okey ini memang tidak pelik, tapi pelik baginya kerana Nizam ini dalam seumur hidup dia sejak 25 tahun tak pernah pergi hospital.
Biasanya doctor yang akan datang kepadanya. Kad di tangan Nizam diambil. ‘Hospital Cinta’ tengok nama pun dah macam pelik.
“Ini hospital apa?” soal Fathir.
“Hanya ini la tempat yang aku boleh pergi sekarang. Kalau hospital lain mesti tak dapat nak sembuhkan penyakit aku ini” luah Nizam mendung. Susah betul la manusia didepannya ini. Suruh bawa pergi hospital pun soalan macam aku dekat mahkamah.
“Kau sakit apa ini Nizam. Kau jangan buat aku risau” muka Nizam ditilik. Pucat tak ada. Badan okey. Masih tegap aku tengok.
Share this novel