BAB 2

Romance Completed 19807

“Laa... aku dah cakap dengan kau dah, doctor ni tak boleh rawat aku la” marah Nizam. Sebaik sahaja keluar dari klinik tadi tak habis-habis membebel itu ini. At least, permintaan sahabatnya itu ditunaikan walaupun ada sedikiti pertukaran tempat rawatan.

“Doctor tu cakap apa tadi?” soal Fathir prihatin.

“Dia cakap aku perlukan banyak rehat, lepas tu pastikan tidur mengikut piawaian yang ditetapkan” omel Nizam tak puas hati.

“Alhamdulilah. Sihat pun kau, ni tak dari tadi tak habis-habis cakap kau sakit kenapa? Nanti ALLAH SWT bagi betul-betul baru kau tahu” marah Fathir. Kereta Honda City itu dihidupkan sebelum meluncur laju meninggalkan Klinik Azhar tersebut.

“Dah memang betul aku sakit. Doctor tu je yang tak tahu. Entah kelulusan apa tah yang dia ada. Entah-entah sijil beli” Fathir mengeleng kepala dengan perangai temannya itu. Ada je yang tak kena. Bila sihat nak sakit. Nanti diberi betul-betul penyakit tu tak ke haru nanti.

Fathir membelok keretanya memasuki satu halaman yang luas. Ditengahnya kelihatan satu bangunan yang mempunyai 2 tingkat. Sekali tengok dah macam rumah agam. Nizam di sebelah dilihat.

Hampeh punya kawan. Dua hari mogok dengan aku suruh hantar pergi hospital ni. Sekali dia boleh buat tahi mata. Bukan nak tolong aku cari pun, sudah la kedudukan hospital ini agak tercorok sikit dari bandar.

Kad ditangan dilihat. Peta dekat belakang kad yang menjadi pandu arahnya untuk menuju ke sini.

“Kalau ikut peta ni, tak salah lagi ini la tempatnya.” Yakin Fathir. Dia keluar dari kereta. Badan diregangkan.

“Udara yang sedar” ucapnya.

“Oit bangun la.” kejut Fathir. Melihat tiada tanda dari Nizam. Dia membuka pintu kereta. Bukk!! Nizam jatuh tergolek ditanah. Badannya yang elok landing peluk pintu kereta tadi sudah cantik peluk tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience