BAB 13

Romance Completed 19807

“Sekarang dah tahukan. Nas memang garang kadang-kadang. Tapi hati dia baik”

“Yap memang betul pun”

Botol-botol ubat disusun ke dalam almari yang disedikan. Kadang-kadang tu dia akan turun padang untuk memeriksa dan menyimpan stok ubat-ubatan yang berada dihospital cinta. Tangannya berhenti apabila terpegang sebotol ubat yang berwarna merah. ‘Ubat cinta Nur Nashuha’ tertera tulisan itu dilabel ubat tersebut.

“Aik bila masa pulak aku ada masalah cinta ni?” botol ubat itu dipegang. Siti perlu dicari kerana dia yang menerima stok ubat pada hari ini.

“Siti ni ubat apa? Kenapa ada nama saya?” soal Nashuha sebaik sahaja mendapatkan Siti dikaunter.

“Ubat? Nama? Entah la Siti tak tahu pun Siti tak sempat nak belek stok yang sampai.” Bekerut kening siti.

“Kalau macam tu tak apa lah” botol ubat dibuka jelas terbau haruman strawberry menusuk hidung.

“Strawberry? Apa pelik ubat ni?” balang kaca yang berisi ikan emas dipandang. Perlahan-lahan dia menghampiri balang tersebut sebelum menuang sedikit ubat kedalamanya.

20 saat…10 saat….5 saat…..4 saat…3 saat….2 saat….1 saat… Jam ditangan dilihat. Okey done tak ada racun! Botol tersebut hampir dibibir. Yum..Yum..Yum…strawberry jus.

Ini apa kes jus strawberry ada dalam botol ubat ni. Dalam beberapa saat sahaja botol itu sudah kosong. Lupa pulak Nashuha ni gila strawberry. Semua yang berunsur strawberry akan menjadi kegilaannya.

Strawberry cake diatas meja dibelek. Apa pulak ni. Birthday aku lambat lagi la. Rungut Nashuha. Masuk ni dah banyak kali dia terima something yang berunsur strawberry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience