“Nas! Nas!” terjerit-jerit Fathir memanggil gadis itu. Lucu melihat wajah itu bengang. Comel sangat. Tapi apa yang dikatakan semuanya benar. Bukan satu lakonan.
Kot putih di campak kasar di atas meja. Apa yang lelaki ni buat dekat sini. Menganggu je. Terkejut Nashuha melihat Fathir dihospital cinta. Perkara yang paling dia terkejut adalah apabila sesedap rasa ayam KFC dia cakap aku ni tunang dia. Tak pasal heboh satu hospital.
“Siapa Fathir dalam hidup aku?” jerit Nashuha geram.
“Bakal suami dan bapa untuk anak-anak kita” sampuk satu suara.
“Kau?” tercengang dia apabila melihat Fathir muncul disebalik pintunya.
“Apa kau buat dekat sini?” berangnya masih ada lagi.
“Nak jumpa dengan bakal isteri la” dengan riak tak bersalah Fathir bersuara.
“Siapa bakal isteri kau hah?” nampaknya aura singa Narnia Nashuha dah keluar. Habis la kau Fathir. Muhahahaah.
“Shyyy..Jangan marah-marah sayang nanti seri pengantin lari” sakat Fathir.
“Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak kira aku heret kau keluar.
Nahuha sudah pun berdiri depan pintu. Mata mereka bertentang. Antara kasih dan amarah. Perlahan-lahan Fathir bergerak menghampiri Nashuha dengan senyuman. Nashuha ke belakang. Senyuman Fathir membuatkan dia seram. Klak! Tombol pintu terkunci. Terkejut Nashuha apabila Fathir sudah berada didepannya. Hanya beberapa inci sahaja jarak muka mereka. Pintu yang terkunci membuatkan Nashuha gelabah.
“Ni apa hal plak ni?”
“Nak Nas” bisik Fathir tepat ditelinga Nashuha. Berdegup jantung Nashuha. Sebelum menolak keras tubuh Fathir. Pintu bilik direntap sebelum menolak keras tubuh Fathir keluar dari bilik tersebut. Terduduk dia disebalik pintu itu sebaik mengunci tombol. Fathir terdorong ke hadapan. Sebelum mengeleng.
Share this novel