“Mmmm….yap memang kami di hospital cinta ini ada menguruskan pasal hati dan perasaan.” Nasuha bermain dengan pen ditangan. Dia suka bahagian ini. Jodoh, cinta dan perasaan.
“Kebetulan pulak saya pun ada masalah pasal hati dan perasaan ni” Fathir sedikit teruja. Berharap apa yang dirancang berjalan lancar.
Kring! Kring! Bunyi telefon mematikan niat Nashuha. Berkerut keningnya mendengar berita yang disampaikan.
“Saya ada hal emengency. Nanti akan ada doctor yang intake kes awak ni” sebaik sahaja habis berkata-kata dia keluar dari bilik. Ada hal mustahak yang perlu diuruskan. Bayang Nashuha hilang di sebalik pintu bilik tersebut. Satu keluhan dilepaskan. Hampa!
“Assalamuaikum Fathir” sapa satu suara dia yang sedang menunduk mendongak sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil namanya. Kelihatan seorang gadis yang kelihatan ayu memakai baju kurang. Berkerut kening Fathir. Nar! Dia pergi tukar baju ke apa? Tadi pakai baju t-shirt lengan panjang dan jean sekarang pakai baju kurung pulak. Takkan la hal penting tadi adalah tukar baju. Tapi tak apa. Nar lebih kelihatan ayu dengan persalinan yang sopan itu.
“Bukan tadi awak ada kes emergency ke?” soal Fathir.
“Macam mana tangan dah okey belum? Jauh betul Fathir mendapatkan rawatan” dia tersenyum. Tangan Fathir dibelek sebelum menulis sesuatu.
“Kes tadi tu Nas take. Ni Nar datang gantikan dia. Dia cakap ada pesakit mental” terang Nardhiyah.
Dari jauh kelihatan Nashuha sedang leka memujuk seorang kanak-kanak yang sedang mengamuk.
“Tu Nashuha bukan Nardhiyah” Fathir hanya memandang kaku ke arah Nashuha.
“Kami kembar. Kembar seiras”
“Patut la dia marah bila panggil dia Nar” Fathir mengeluh.
Share this novel