Seronok betul jadi doctor nak nak bila dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun ajal maut ditangan tuhan tapi kita sebagai doctor sebagai perantara. Kita wajib berusaha.
Beg tangan dicapai. Dia perlu menguruskan sesuatu. Langkah yang diiringi dengan senyuan kegembiraan. Dari jauh langkahnya diintai seseorang dengan degupan jantung yang kencang melihat diri itu.
“Masuk ni kali kedua kau datang sini dengan kecederaan yang sama. Kau ni tak reti jaga diri ke?” bebel Nashuha sambil tekun membalut tangan pesakitnya itu. Fathir hanya mendengar setiap bebelan Nashuha dengan senyuman. Setiap kata-kata Nashuha dirasakan seperti alunan music yang mengasyikkan. Kau dah angau Fathir!
“Nar saya tak pandai jaga diri. Awak nak jagakan tak?” balas Fathir. Lain yang ditanya lain yang dijawap.
“Aku bukan Nar la” marah Nashuha. Tak habis-habis dengan Nar dia. Tapi salah dia jugak kerana tak bagi tahu hal sebenar. Lagi pun tak penting pun.
“Doctor mana boleh layan pesakit garang-garang. Nanti pesakit lari” lembut Fathir bersuara. Cuba memancing gadis didepannya itu berlembut dengannya. Kali terakhir gadis itu berlembut dengannya adalah tika pertama kali jumpa sewaktu teman Nizam ke sini.
“Well, kalau pesakit yang tak reti menghargai diri sendiri tak dialu-alukan kot” sinisnya. Balutan itu dikemaskan sebelum tersandar lemah dikerusi miliknya.
“Mencederakan diri tanpa sebab umpama membunuh diri dan hokum membunuh diri adalah haram” sedikit tegas suara Nashuha.
“Saya tak mintak diri saya untuk cedera berulang kali. Mungkin sudah jodoh kita untuk berjumpa berkali-kali”
“Jodoh?” soal Nashuha pelik. Aik kenapa pulak main jodoh-jodoh ni? Hairan-hairan.
“Kenapa tak percaya ke?”
Share this novel