“Nur saya betul-betul mintak maaf saya tahu saya salah sebab buat awak macam ni” pohon lelaki itu. Fathir yang berada ditengah meraka hanya berdiri tegak. Nak nyanyi lagu negaraku la. Kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati.
“Oit kau Mail jangan nak kacau aku lagi. Kalau aku jumpa kau lepas ni siap kau. Ni kau nampak lelaki depan aku ni. Dia ni bakal laki aku.” Nashuha menunding jari kearah Fathir. Fathir yang masih kaku nyanyi lagu negaraku tersentak. Apa ke benda yang berlaku ini. Fathir melihat wajah sungul lelaki di depanya itu. Serius dia pun tak tahu nak cakap apa. Nak nafikan sebe-salah tak nafikan lagi la sebe-salah. Last-last dia buat tak tahu. Nanti tak pasal pulak singa ni mengamuk dengan aku-aku dia ngap.
“Tahniah bro. Aku harap kau dapat jaga Nur dengan baik. Nampaknya aku terpaksa mengundur diri..” sayu je suara lelaki yang dikenali Mail itu. Itu pun sebab tadi dia dengar singa ni panggil Mail.
“Eh nanti dulu saya rasa ada salah faham ni..”
“Dah tak payah kau nak menyibuk” tegas suara singa Narnia ni. Adeh kenapa la aku terperangkap dalam situasi ni! Jerit hati Fathir.
Nizam tercenggang. Tak sampai 5 minit nasi dalam pinggang Fathir sudah pun licin. Nizam menahan tangan Fathir dari menambah lauk asam pedas yang dia masak.
“Weh asal ni?” marah Fathir. Orang nak makan dia pergi halang-halang ni kenapa.
“Kau tak kesian ke dekat aku ni Fathir. Aku balik keje terus masak lepas tu bila aku nak makan tak sempat, kau dah habiskan. Ni tinggal seketul je asam pari ni. Kau tak nak bagi aku ke. Air liur aku ni dah meleleh ni. Penat-penat aku masak kau tibai semua. Sedih aku” kelam je wajah Nizam.
Sedih kot. Dari semalam teringin nak makan, ingat bila dah masak boleh makan puas-puas tapi hampa jugak. Dia sebaik sahaja selesai mandi dia turun untuk makan.
Makanan sudah dihidangkan siap-siap. Bila turun ye tengok si Fathir tengah melahap semua. Habis licin nasi dan masak lemak cili padi ayam. Dia yang tengok bergegas turun untuk selamatkan seketul lauk yang tinggal. Apa la nasib aku ni.
Share this novel