Fathir menyandar dikerusi kesian pulak tengok rupa Nizam yang macam orang mengidam tu. Serius dia tak sedar waktu tu. Balik je rumah dia terasa haus akibat dari kegeraman.
Bila bukak tudung saji pantas ternampak wajah singa Narnia tu. Dek kerana geram habis dia makan semua makan yang ada atas meja makan. Hati dia panas je bila teringatkan singa tu.
“Sorry aku tak sedar. Aku tengah tension gila ni” luah Fathir.
Heimlich maneuver. Jeritan hatinya sebaik sahaja. Wanita itu terkulai layu. Keadan yang kelam-kabut itu menyukarkan Nashuha.
“Sila beri saya ruang” tegas Nashuha. Tubuh wanita asing itu dipeluk arah belakang. Bahagian pinggang dipeluk kemas.
Sebelah tangan lagi digengam dan menekan bahagian ibu jari ke perut mangsa antara pusat dan rangka dada. Sebelah tangan lagi memegang tangan yang digengam. Tangan di tarik ke atas dengan cepat.
Melihat wanita itu terkulai layu membuatkan Nashuha menarik nafas sekali lagi. Parah! Sapu tangan di tekap perlahan pada leher wanita tersebut. Sebaik sahaja dia menyerahan wanita itu kepada pihak ambulans dia tersenyum puas.
Heimlich maneuver adalah prosedur kecemasan untuk mengeluarkan objek asing yang dikemukakan dalam saluran udara yang menghalang orang daripada bernafas.
Hanya dengan melakukan tekanan pada bahagian belakang. Namun keadan tadi sedikit teruk apabila mangsa tadi pengsan sebelum sempat benda asing yang terdapat disaluran nafas itu keluar.
Satu lubang kecil perlu dibuat dibahagian leher bagi memberi bantuan penafasan. Sebaik sahaja wanita itu bernafas perkara yang sama diluangi iaitu memberi tekanan pada bahagian belakang. Sehingga benda asing itu terkeluar. Alhamdulilah terasa gembira bila dapat menyelamatkan nyawa seorang. Hah!
Share this novel