“Okey la Siti, Nar nak pi cari Nas sat. Ada benda Nar perlukan dari dia” Nardhiyah tersenyum.
“Ops sebelum lupa pesakit dekat wad Rindu bila boleh pulang?” soal Nardhiyah
“Oh si Murni tu ke? Kalau tak silap Siti, nanti petang dia akan discharge. Tapi sebelum tu dia nak jumpa dengan Nar dulu” pesan Siti. Gadis di depan dipandang. Selesa berkerja dibawah bumbung dengan pemilik hospital cinta ini.
Nardhiyah dan Nashuha dua kembar seiras. Pemilik hospital cinta yang mengendalikan soal cinta manusia. Memiliki dua ruang untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak. Siapa cakap kanak-kanak tak ada masalah cinta. Adalah. Cuma dari bentuk yang berbeza.
Nardhiyah mempunyai perwatakan yang agak matang dan mampu mengendali masalah cinta. Cenderung ke arah sifat kewanitaan dan agak lemah lembut. Kalau masuk rancangan gadis melayu confirm menang tanpa bertanding. Nashuha adik kepada Nardhiyah.
Lewat 2 minit dari Nardhiyah cenderung merawat pesakit yang sudah pun mempunyai tahap cinta yang mana pada peringkat negative. Mempunyai perwatakan happy-go-lucky. Mempunyai tahap keceriaan mencecah 360 darjah.
Kalau masuk rancangan super spontan boleh jadi pemenang tanpa perlu mendaftar. Dia jugak seorang yang ganas diluar. Hehehe Sebanyak 99% kes sudah pun berjaya diselesaikan.
1% hilang sebab pesakit telah dimasukkan dihospital jiwa kerana tidak boleh menerima cinta yang tak kesampaian. Doctor cinta gelaran untuk Nashuha dan Nardhiyah. Bukan sekadar doctor biasa .
Mempunyai sijil dalam bidang kedoktoran. Bukan sijil beli bukan sijil kopi and pasta. Ala copy paste la. Tapi sijil yang mendapat pengiktirafan dunia. Sijil dari Harvard University, Cambridge, Massachusetts, Amerika.
“Nar kau pasti ke tentang ni?” Nashuha membelek kertas yang berada dihadapannya.
Share this novel