PADA hari itu, aku dan Hud diraikan dengan penuh gilang-gemilang. Majlis yang sangat besar dan menelan perbelanjaan melebihi 10 ribu ringgit. Tercengang aku mendengarnya. Bagi aku membazir tetapi kata mummy dan Hud, hanya sekali seumur hidup. Masuk saja ke dalam dewan, terpegun aku dengan hiasan dan pelamin yang tersegam indah di hadapan.
Mummy dan Hud tidak bagi aku melihat pelamin tersebut sebelum ini kerana kata mereka kejutan. Ya! Memang aku terkejut kerana pelamin tersebut merupakan pelamin idaman aku. Ternyata Hud masih ingat akan impian aku yang satu itu.
Aku berpaling ke arah Hud yang berdiri di sisi aku. Aku mengemaskan pegangan di lengannya. Terasa gementar kerana ramai tetamu yang hadir. Bukan tetamu-tetamu yang biasa tetapi vvip. Malah pihak media juga turut berada di situ. Aku risau sekiranya aku tersilap langkah. Tak pasal-pasal dapat malu.
"Rileks, love. And smile, okay." Pesan Hud. Dia mengukir senyuman manisnya buat aku.
Aku menarik nafas dan menghembuskan perlahan sebelum membalas senyumannya. Aku perlu yakin untuk berjalan bersama dengan Hud.
"Mengumumkan ketibaan pasangan pengantin, Dato' Hud Mukhriz Tan Sri Hassan dan pasangannya, Datin Hanina Anastasyia Azam."
Kedengaran suara pengacara majlis mengumumkan nama aku dan Hud sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam dewan tersebut.
Selesai acara menepung tawar, aku dan Hud makan beradab. Dan selepas itu, acara memotong kek sebelum disudahi dengan sesi bergambar. Acara yang wajib. Rasa macam artis popular pula pada hari tersebut kerana ramai yang hendak bergambar. Walaupun letih, aku dan Hud melayan saja. Tidak mahu menghampakan para tetamu. Sekali seumur hidup.
"Are you tired, love?" Hud memandang aku yang melepaskan lelah di kerusi. Selesai saja sesi bergambar, aku mencari air. Dahaga.
"Yes but I'm happy." Aku menganggukkan kepala sebagai menjawab pertanyaan Hud.
"Sabar ya. Sekejap lagi kita naik berehat." Risau betul Hud.
"Bie jangan risaulah. Hani okay. Lagipun Hani kena biasakan diri juga. Mana tahu akan datang, ada event besar yang perlu Hani ikut bie." Ujar aku. Tidak mahu Hud terlalu risau. Biasalah letih bila ada majlis.
"Of course, baby. I will bring you along in all function or event I attend."
Tersenyum aku mendengar kata-kata Hud itu. Kata-katanya itu menunjukkan betapa pentingnya aku di sisinya. Semakin aku jatuh cinta pada dia!
"Jomlah kita ke sana, mummy dah panggil tu."
Hud mengajak aku setelah mummy memanggil kami untuk ke tempat dia berada. Mungkin ingin perkenalkan aku dengan rakan-rakannya.
Setelah saja tamat majlis, aku meminta diri untuk naik ke bilik hotel terlebih dahulu kerana badan terasa letih dan juga berpeluh. Walaupun berada dalam aircond tetap berpeluh kerana melayan para tetamu ke hulu hilir tanpa henti.
Veil, tudung bawal ditanggalkan. Aku merebahkan badan di atas katil bersama dengan baju pengantin yang masih lagi tersarung di badan. Ingin melepaskan lelah buat seketika. Penat rupanya jadi raja sehari ni.
Hampir saja mata terlelap, kedengaran pintu bilik hotel dibuka. Dan aku membiarkan saja kerana aku tahu itu Hud.
"Kenapa belum mandi lagi ni? Tunggu bie ke?" soal Hud nakal. Dia duduk di sisi aku yang masih memenjamkan mata. Tahu pula dia yang aku tidak tidur.
"Pergilah mandi. Tadi kata nak mandikan." Suruh Hud apabila melihat aku tiada tanda-tanda hendak bergerak dari situ.
"Letih."
Adu aku sepatah.
"You pergi mandi dulu love. Lepas tu hilanglah letih tu." Pujuk Hud.
"Hmmm..."
"Ke love nak bie mandikan?" soalan Hud membuatkan aku mencelik mata. Aku memandangnya. Dan aku tersenyum nakal ke arahnya.
"Boleh juga. Tak larat ni nak bangun." Sengaja aku merengek sambil menggoda dia. Ingin melihat sejauh mana Hud mampu bertahan dengan godaan aku.
"Love, you jangan nak goda bie. Dah lama tak dapat ni, penangan dia lain macam. Bie tak nak kacau love sekarang. I know you are tired, sayang."
Hud cuba menepis godaan aku. Tetapi aku semakin galak menggoda dia. Suka melihat wajahnya yang malu-malu apabila aku menggodanya. Biasanya, aku yang malu jika dia menggoda aku.
"I already warning you love but didn't listen it. So, don't complain if you can't walk tomorrow."
Aku cuba untuk bangun dan melarikan diri tetapi tidak berjaya apabila Hud menindih tubuh aku.
"Too late, love. I already turn on, love."
Bisikkan Hud membuatkan aku berasa ingin menyorokkan wajah dari situ. Malu! Bukan itu saja, terasa gementar kerana sudah lama tidak seintim itu dengan Hud. Cari pasal betul kau ni, Hani!
Belaian Hud dan bisikan cinta Hud membuatkan aku cair dan akhirnya tewas dengan godaan Hud. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke akhirnya dan kami sentiasa teguh dalam mengharungi ujian yang mendatang.
*****
PAGI itu aku bangun dalam dakapan Hud. Terasa tenang dan selamat apabila berada dalam pelukannya. Sudah lama aku tidak merasa bahagia sebegini. Aku memandang wajah Hud yang masih lagi lena. Hembusan nafas Hud menyapa muka aku. Jarak kami terlalu dekat. Aku tersenyum melihat Hud.
Terima kasih Ya Allah untuk bahagia ini.
"Good morning bie."
Aku mencium pipi Hud sebaik saja dia mencelikkan matanya. Rutin yang sering kali aku lakukan sewaktu kami bergelar suami isteri lima tahun yang lalu.
"Morning, love." Hud mencium bibir aku sekilas. Dan aku hanya tersenyum kerana itulah yang sering kali Hud lakukan dulu.
"Jom bangun, mandi dan solat subuh. Lagi lima minit nak masuk waktu." Aku cuba untuk bangun dari baringan tetapi Hud mengetatkan pelukannya di pinggangku.
"Sekejaplah. Tak puas lagi ni." Rengek Hud. Manja. Masih lagi tidak berubah perangai Hud yang satu ini.
Selesai saja menunaikan solat subuh berjemaah, aku mengemas baju sementara menunggu Hud yang sedang menyelesaikan kerjanya di sofa. Walaupun bercuti, Hud masih lagi sibuk dengan kerjanya. Dan aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja kerana aku tahu Hud sejenis yang gila kerja. Sepanjang aku bekerja dengannya, Hud jenis memetingkan kerja berbanding perkara lain dan sentiasa serius jika melibatkan hal syarikat.
"Love nak breakfast di mana? Di bawah or dalam bilik ni?" aku berpaling ke arah Hud sebaik saja dia mengutarakan soalan tersebut.
"Hani tak kisah. Mana-mana pun boleh. Bie lapar ke?" balas aku. Aku meletakkan luggage kami di tepi almari dan melangkah ke arah Hud yang masih lagi berada di atas sofa.
"Kalau macam tu love pergi bersiap ya. Kejap lagi kita turun makan. Perut bie dah berbunyi ni." Suruh Hud sambil menggosok perutnya.
Aku ketawa melihat telatahnya itu. Macam budak kecil saja. Comel!
"Baiklah. Hani pergi bersiap sekarang." Aku bangun meninggalkan Hud di situ. Hud tahu aku jenis yang lama bersiap. Sebab itulah dia minta aku awal-awal.
Selepas bersarapan pagi, aku dan Hud bertolak ke rumah mummy kerana tadi mummy telefon kepada Hud meminta kami pulang ke rumahnya. Sanak-saudara Hud masih lagi berada di sana. Jadi, mummy ingin kenalkan aku dengan saudara-mara sebelahnya dan juga arwah daddy Hud dengan lebih dekat. Semalam tidak sempat hendak berbual lama.
"Dah sampai pun." Mummy menyambut kami di pintu. Aku tunduk mencium tangan mummy lalu memeluknya.
"Maaf mummy. Lambat. Jalan sesak tadi." Beritahu Hud kepada mummy.
"Tak mengapa. Mummy faham. Dah, jom masuk. Ramai yang tunggu nak jumpa Hani." Tiba-tiba rasa berdebar pula selepas mendengar kata-kata mummy itu. Aku tahu, keluarga Hud besar. Sepupu-sepapatnya juga ramai.
Kami membuntui langkah mummy menuju ke dalam rumah. Ruang tamu yang besar itu dipenuhi dengan keluarga besar Hud.
"Macam inilah Hani bila semuanya berkumpul. Biasanya, rumah inilah yang menjadi tumpuan untuk berkumpul ramai-ramai. Jika tidak, rumah mak long. Ataupun pak andak, adik arwah daddy." Beritahu mummy kepada aku. Mungkin perasan akan wajah aku yang sedikit terkejut.
Dan sekarang aku fahamlah kenapa rumah mummy ni besar.
"Duduk Hani. Mak long nak berkenalan dengan Hani ni. Semalam tak sempat nak berbual panjang."
Terus mak long menarik tangan aku agar duduk di sebelahnya. Dan aku hanya menuruti. Aku pandang Hud sekilas. Jelas terpancar wajahnya yang sedikit tidak puas hati. Tidak puas hati kerana tidak dapat berkepit dengan akulah tu. Awal-awal lagi mak long dah culik aku.
Hud turut melabuhkan duduknya tidak jauh dari situ. Berbual dengan bapa-bapa saudaranya dan juga sepupu-sepupu lelakinya. Dan aku akhirnya tenggelam dalam perbualan mak long dan juga yang lain. Aku rasa seperti pesalah pula apabila disoal siasat.
Malam itu kami bermalam di rumah mummy. Hud ada memberitahu mummy untuk membawa aku pulang ke kondonya tetapi mummy menegah. Katanya tidak puas lagi berbual dengan aku. Aku hanya menurut saja. Selepas makan malam, aku bersantai di balkoni bilik Hud yang mengadap jalan raya. Sangat cantik pemandangan malam.
"Love, buat apa di sini?" Hud merangkul pinggang aku dari belakang. Hud mencium bahu aku sekilas sebelum melabuhkan dagunya di atas bahu aku.
"Tengok pemandangan malam yang cantik sambil ambil angin. Rasa tenang saja."
Aku mengusap lengan Hud yang melingkari pinggang aku.
"Tapi Hanina Anastasyia bie lagi cantik. Sentiasa cantik luar dan dalam."
Ah! Kata-kata pujian Hud sentiasa buat aku cair dan cair. Terlalu manis.
"Sweet talker as always." Komen aku. Dan Hud ketawa. Mengakui apa yang aku katakan barangkali.
"Thank you sayang."
"For what?"
Aku berpaling ke belakang untuk melihat Hud.
"For accept me as your husband again. I'm feel so grateful. I love you, love."
"And thank you too because still loving me."
Aku membalas kata-kata Hud. Dan terus aku memeluknya erat. Bibir Hud menyapa ubun-ubunku. Tempat kegemaran bibir Hud berlabuh.
"Bie..." panggil aku sambil mendongak memandangnya. Tinggi aku hanya separas bahu Hud.
"Ya, love." Hud memandang aku.
"Boleh Hani tanya satu soalan?" sebenarnya aku tidak mahu mengungkit kisah yang lepas. Lagipun lima tahun sudah berlalu. Tetapi kerana perasaan ingin tahu lebih kuat, maka aku beranikan diri.
"Anything love. Tanyalah nak tanya apa-apa pun. Insya-Allah, bie jawab."
Kata-kata Hud seakan tahu apa yang bakal aku tanyakan.
"Kenapa bie hina Hani dulu? Tinggalkan Hani sendirian dan pulang ke Malaysia?"
Hud hanya mempamirkan wajah biasa. Tidak terkejut akan soalan aku itu. Hud sudah dapat mengagak yang aku akan tanyakan perkara itu, mungkin.
"Love nak tahu sekarang ke?"
"Sekaranglah bie. Hani masih tak mengantuk lagi ni." Balas aku. Perasaan ingin tahu membuak-buak.
"Bie ingatkan esok ke sebab bie ingat nak ajak love bersenam atas katil since love kata tak mengantuk lagi." Bisikan nakal Hud di tepi telinga aku membuatkan aku mencubitnya di perut. Perangai gatalnya sudah kembali.
"Eee...bie! Ke situ pula dia."
Hud ketawa bebas. Sukalah tu dapat kenakan aku dan melihat wajah aku yang bertukar rona kerana malu.
"Baiklah. Bie cerita. Harap Hani tak mengantuklah."
Hud mengalah.
"Ceritanya macam ni..."
Dan aku mula menadah telinga mendengar cerita Hud.
Love,
Hezyrose.
Share this novel