KINI sudah masuk dua minggu aku bekerja di sini. Pada minggu pertama, aku bebas daripada sebarang gangguan. Tetapi masuk saja minggu kedua, Hud sudah menunjukkan belangnya. Setiap hari dia akan kacau aku. Dan naik penat aku nak melayan kerenahnya.
Kerja yang aku buat salah dan minta aku betulkan di dalam biliknya. Terpaksalah aku angkut laptop ke dalam biliknya. Bantahan aku tidak dilayan malah dengan beraninya dia mengugut aku. Naik geram juga!
"Hani, ikut I pergi meeting sekarang." Arah Hud sambil berdiri di depan pintu bilik pejabat aku. Tanpa ketukan dan salam. Terkejut juga aku.
"Baik, Dato'." Mahu atau tidak, terpaksa aku setuju.
"I told you not call me Dato'. Just Hud." Pesanan Hud yang entah ke berapa kali dah. Aku pun dah lupa. Tetapi aku masih lagi degil memanggil dia Dato.
Dan aku diam tanpa ada niat untuk membalas kata-katanya.
Aku mengikut langkahnya menuju ke lift. Sengaja aku berjalan sedikit lambat. Tidak mahu berjalan seiring dengannya.
"Mana kak Dijah?" tanya aku sebaik saja tiba di lobi.
"Dia tak ikut." Jawapan dari Hud mengejutkan aku.
"Kenapa pula? Sepatutnya kak Dijah ikut sekali. I bukan PA you, Dato'." Aku membantah dengan berani. Jarang sekali kak Dijah tidak mengikutnya.
"Suka hati I lah. I bos." Jawapan Hud membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk membantah. Dan aku mengikut langkahnya sampai ke kereta miliknya. Kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni, ingin saja aku duduk di bahagian belakang. Tak ingin duduk di sebelahnya.
"Kita dah sampai ke?" aku bertanya Hud sebaik saja keretanya berhenti di sebuah bangunan yang tinggi iaitu Diamond Holding.
"Ya." Hud mengangguk kepalanya tanda menjawab pertanyaan aku. dan menarik hand brek tangan.
Aku mengikuti langkah Hud yang melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi itu. Hud hanya diam melangkah tanpa bicara. Selepas dia memberitahu penyambut tetamu di situ, kami dibawa menuju ke tingkat atas. Tinggi sangat bangunan ini. Semuanya ada 80 tingkat. Syarikat Hud tak adalah sampai tinggi macam ni. Naik loya juga aku untuk sampai ke tingkat 70 ni.
"Arah sini ya Dato."
Setibanya di tingkat tersebut, kami diperkenalkan dengan setiausaha di situ. Kami dibawa menuju ke sebuah bilik mesyuarat yang boleh tahan luas juga. Sangat cantik hiasan dalamannya. Lebih kurang pejabat Hud juga. Jenis yang memetingkan kecantikan dan kebersihan.
"Dato dan cik tunggu sekejap ya. Sekejap lagi Encik Aidan datang." Beritahu wanita yang membahasakan dirinya kak Bad.tidak terlalu tua. Mungkin berumur dalam awal 40-an. Sebaya dengan kak Dijah mungkin.
"Baik, kak Bad. Don't worry about us." Dan cara melihat Hud memanggil wanita itu, aku tahu bahawa ini bukan kali pertama Hud berurusan dengan Diamond Holding.
Aku berpaling saat pintu ditolak dari luar. Seorang lelaki bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Dia menghadiahkan senyuman saat matanya memandang aku dan aku membalas senyumannya. Kacak juga lelaki yang bernama Aidan ni.
"Sorry Hud. Lambat tiga minit. Anak aku tak nak duduk dengan kak Bad pula." Lelaki tadi bersalam dengan Hud. Bahasa yang biasa dan tidak formal. Teman rapat Hud mungkin.
"Tak mengapa. Aku faham. Tapi kenapa kau angkat Adib sekali ke sini? Dia tak sekolah ke? Wife kau mana?" terkejut aku mendengar kata-kata Hud. Bukan ke lelaki di sebelahnya ini pantang orang lewat. Lewat seminit pun dah kena marah inkan pula tiga minit.
"Dia demam ni. Cuti. Aku terpaksa angkut dia sekali. Kau tahulah, Aralyn tu tengah morning sickness sekarang ni. Nak buat kerja pun tak larat. Aku nak hantar rumah mami aku pun, mami aku busy."
"Ya. Aku faham." Hud menganggukkan kepalanya.
Dengar cerita lelaki yang bernama Aidan itu mengingatkan aku tentang kandungan aku yang lepas. Ya, aku juga mengalami morning sickness yang teruk tetapi tiada siapa yang mengambil berat tentang aku. Untung wife Aidan.
Aku perasan yang Hud memandang aku sekilas tetapi aku buat-buat tidak tahu.
"Ni siapa? Aku tak pernah nampak pun. Pekerja baru kau ke?"
Baru nak perasan ke aku wujud di sini?
"Oh! Lupa nak perkenalkan. Ni pekerja baru aku. Arkitek syarikat aku." Hud memperkenalkan aku kepada lelaki yang bernama Aidan. Tetapi kenapa aku rasa ingin marah apabila Hud memperkenalkan aku sebagai pekerjanya. Ah! Pedulikan semua itu Hani!
"Hanina, this is Aidan. CEO's Diamond Holding."
"Nice to meet you, Mr Aidan." Ucap aku dengan senyuman. Cuba menenangkan hati yang tiba-tiba rasa sakit.
"Nice to meet you too, Miss Hanina or should I call you Mrs Hanina?" Aidan membalas ucapanku dengan mengangguk kepalanya.
"Miss Hanina is the right one." Dan Hud di sebelah aku sudah menjeling semacam. Kenapa? Cemburu ke encik abang?
Selepas itu perbincangan dimulakan. Aku suka dengan gaya kerja Hud dan Aidan, walaupun mereka teman baik tetapi apabila masuk saja hal kerja, kedua-duanya sangat serius dan komited. Malah tiada gurauan yang terselit di dalam perbincangan itu. Aidan mempelawa aku dan Hud untuk minum di kafe di bawah. Ya, sewaktu aku melangkah masuk ke dalam bangunan ini tadi, aku perasan ada satu kafe di situ. Aku hanya mengikut langkah mereka dari belakang. Segan pula untuk berjalan bersama-sama.
"Americano and Latte. Red velvet cheese cake, carbonora spaghetti and aglio olio." Hud memesan makanan kepada pelayan di kafe itu selepas Aidan memesan. Aku berpaling ke arah Hud. Dia order untuk aku sekali ke? Tapi tidak tertanya pula.
Hud mendekati aku dan membisikkan sesuatu kepada aku.
"I masih ingat apa you suka, love. I never forget about it." Hanya aku dan dia saja yang dengar. Aku sudah mendapat jawapan sebelum aku lontarkan soalan kepadanya. Semudah itukah dia dapat mengetahui apa yang ada di dalam fikiranku?
"Oit! Aku masih kat depan lagi ni. Jangan nak buat aksi melampau. Naik ketumbit nanti mata anak aku ni." Suara Aidan yang mencelah membuatkan aku menolak tubuh Hud menjauh dari aku. Hampir saja aku cair dengan kata-katanya.
Ketawa Hud sedap di dengar tetapi menyakitkan hati aku. Sengaja betul mamat ni!
"Mengata aku. Kau pun sama juga. Ini belum ada Aralyn di sebelah. Kalau ada, terus kau lupa Adib ada sama."
Kata-kata Hud disambut dengan ketawa Aidan. Mengiakan apa yang temannya katakan. Malah tidak menafikan.
"I think you own an explanation with me, Hud!" aku lihat kali ini Aidan serius. Lain macam pula Hud pandang Aidan.
Aku pandang Hud di sebelah aku. Muka lelaki itu muka biasa. Tidak terkesan dengan kata-kata Aidan.
"Yalah. Lepas makan aku cerita." Putus Hud.
Dan selepas itu kami menjamu selera. Ternyata sedap juga makanan di kafe ini. Taraf lima bintang dan berpatutan dengan harga. Untung pekerja di sini. Tak perlu nak menapak keluar jauh-jauh jika hendak makan.
Aku ditinggalkan bersama Adib di lobi syarikat itu. Aku menunggu Hud di atas sofa di situ. Ke mana Hud dan Aidan meghilang, aku sendiri tidak tahu. Malas hendak mengambil tahu hal mereka, aku berbual dengan Adib. Sempatlah aku mengorek cerita dengan Adib tentang Aidan. Bukan berkenan tetapi lebih kepada perasaan ingin tahu. Lagipun, tak kuasa aku hendak merampas suami orang dan meruntuhkan rumah tangga orang. Aku pernah merasai perasaan itu. Tidak mungkin aku akan melakukannya.
Ketika aku sedang ralit melayan Adib, ada dua orang wanita datang menegur Adib. Ternyata itu ibu Adib dan ibu saudaranya. Dan wanita itu memperkenalkan diri sebagai Aralyn dan Aimi. Sempatlah bersoal jawab dengan wanita tersebut. Aku risau jika wanita yang bernama Aralyn itu salah faham.
Tidak lama kemudian, entah dari mana Hud dan Aidan muncul. Terkejut Aidan dengan kedatangan isterinya. Risau betul dia dengan keadaan isterinya.
"Eh! Abang Hud buat apa di sini?" wanita yang bernama Aimi bertanya kepada Hud yang bediri di sebelah aku.
"Tadi ada meeting dengan Aidan." Hud membalasnya dengan ringkas.
"Who is the beautiful lady?" soalan itu ditujukan untuk aku ke?
"My special one." Senyuman Hud buatkan aku hendak tarik jer pipi dia biar menjerit kat situ. Geram! Sesedap mee sedap jer dia mengaku aku ni special one dia. Huh!
"Wow! Tak sia-sia membujang lama-lama. Dapat yang cantik terus. Lemah-lembut pula tu."
"Errr... I sebenarnya..."
Tidak sempat untuk aku meneruskan kata-kata aku, Hud memotong dengan kata-katanya.
"Mestilah. Yang penting I love her so much. Kan, love?" Boleh tak aku nak angkat kaki dari sini. Hud ni sudah melampau. Dah la di depan Aidan dan isterinya.
"Oh, so sweet!" Aimi memandang aku dan Hud.
"Look, your love is blushing." Komen Aimi membuatkan aku ingin menyorok muka di dalam baju.
Hud tunduk memandang aku dan dia senyum. Senyuman yang sangat memukau mata dan hati aku. Ya Allah, Hani! Apa dah jadi dengan kau ni!
"Aimi, dahlah tu. Mengusik orang saja dia tahu." Suara seorang wanita yang sejak tadi diam, mula menyampuk bersama gelengan kepala. Sudah masak dengan perangai adiknya barangkali.
"Oh! Forget to introduce to you. Meet my beloved wife, Aralyn." Aidan memperkenalkan aku dengan wanita itu. Tadi, wanita itu sudah memperkenalkan dirinya dan automatik aku dapat tahu bahawa itu ialah isteri Aidan.
"Hanina Anastasyia." Aku memperkenalkan diri aku kepada Aralyn.
"Aralyn Naqiba." Kami bersalaman sambil berbalas senyuman.
"Kami minta diri dululah. Dah petang ni. Nanti lambat pula sampai di pejabat." Hud mencelah. Meminta diri untuk pulang. Aku ingatkan sudah tidak ingat jalan untuk pulang ke pejabat sendiri.
"Ya. Aku faham. Apa-apa nanti, kita berurusan melalui telefon."
Hud dan Aidan berjabat tangan. Aku pun turut bersalam dengan Aralyn dan Aimi. Aku memeluk Adib. Jika anak aku masih hidup, alangkah indahnya. Tetapi itu semua hanya angan-angan yang takkan pernah wujud.
Share this novel