ps: tinggal beberapa bab saja lagi sebelum tamat.
happy reading ??
******
SELEPAS pulang dari mengerjakan umrah dan juga berbulan madu di Itali, aku dan Hud mula bekerja kembali. Sebulan kami bercuti. Yalah, dua minggu untuk umrah dan dua minggu lagi, berbulan madu. Rasa puas kerana dapat menjelajah bumi Itali walaupun bukan semua. Yang paling aku suka ialah Venice. Tempatnya sangat menarik pada pandangan aku.
"Morning, love."
Ucapan yang sentiasa menyapa telinga aku setiap pagi berserta dengan pelukan di pinggang dan ciuman di pipi. Itulah rutin Hud setiap pagi.
"Morning, bie." Aku tersenyum memandang Hud dan berpaling ke arahnya lalu menghadiahkan ciuman sekilas di bibirnya.
"What do you have today?" Hud sudah duduk di atas kerusi.
"Pancakes with maple syrup." Aku duduk di samping Hud sebelum menuangkan nescafe ke dalam cawan dan menghulurkan kepadanya.
Hud mula menjamu selera. Hud jarang makan berat pada waktu pagi. Katanya hendak mengelak daripada mengantuk.
"Gonna miss you, love."
Tersenyum aku mendengar kata-kata Hud. Rindu la sangat. Macamlah tempat kerja aku dengan dia jauh. Padahal di aras yang sama dan beberapa langkah saja dari pejabatnya itu. Aduhai, Hud! Makin lama, makin mengada.
"Kak Dijah, Hud ada?"
Aku duduk di depan kak Dijah. Sudah lama tidak berbual dengannya.
"Dato' baru saja keluar. Ada apa yang kak Dijah boleh tolong?"
Ke mana Hud pergi? Setahu aku dia tak ada mesyuarat di luar hari ini.
"Tak mengapalah. Nanti bagi fail ni pada Hud." Pesan aku pada kak Dijah sebelum kembali ke bilik aku.
Hari ini aku keluar makan dengan kak Dijah. Hud membenarkan aku untuk keluar dengan kak Dijah. Biasanya aku akan makan tengah hari bersama Hud kecuali jika dia ada mesyuarat di luar atau lunch meeting dengan client.
"Rasa macam dah lama tak keluar dengan kak Dijah." Sengaja aku memilih tempat makan tengah hari jauh dari syarikat Hud. Dah alang-alang dia benarkan aku untuk keluar ni, apa salahnya aku keluar jauh.
"Tu lah. Orang ada hubby kan, mestilah nak berkepit dengan hubby 24 jam." Tersenyum aku mendengar kata-kata kak Dijah.
"Takkanlah kak Dijah cemburu. Kak Dijah pun selalu jugakan makan tengah hari dengan hubby kak Dijah tu."
Ketawa kak Dijah dengan usikan aku.
"Mestilah. Kak Dijah mana boleh kalah dengan Hud dan Hani."
Tersenyum aku dengan kata-kata kak Dijah.
"So, how's your honeymoon? Seronok?"
"Mestilah seronok. Dapat juga kenal Itali. Sebelum ni hanya kenal Australia saja." Balas aku. Mula bercerita kepada kak Dijah tempat-tempat yang aku lawati sewaktu berada di Itali. Sambil makan, sambil bercerita.
"Gembira kak Dijah dengar Hani bercerita. So, dah ada isi ke belum?"
Tersenyum aku mendengar kata-kata kak Dijah. Tak tahulah, patut ke tidak aku ceritakan pada kak Dijah tetapi dia lebih berpengalaman.
"Tak pastilah, akak. Sebenarnya dah lama Hani tak period. Sebelum Hani mengerjakan umrah lagi."
"Hani tak try buat test UPT?" soalan kak Dijah, aku balas dengan gelengan. Tak terfikir pula.
"Nanti balik kerjalah Hani minta Hud singgah di mana-mana farmasi."
Selepas makan kami kembali ke tempat kerja. Baru saja aku hendak melangkah ke dalam lobi syarikat milik Hud, mata aku menangkap susuk tubuh Hud dan seorang wanita yang sedang berbual mesra di depan lift. Sedang menunggu lift.
"Kenapa Hani?" kak Dijah turut berhenti apabila melihat aku berhenti terpacak di depan pintu masuk itu. Dan mata kak Dijah turut menghala ke arah yang sama aku lihat sekarang ini.
"Hani cemburu ya?" soalan dari kak Dijah membuat darah menyerbu ke muka aku. Malu apabila tertangkap dengan kak Dijah.
"Errr..." aku tidak tahu hendak menjawab apa.
"Itu Liyyan. Hani kenalkan siapa Liyyan tu?"
Sebaris nama yang disebut oleh kak Dijah membuat hati aku sakit. Entah mengapa rasa sakit itu datang kembali sedangkan aku sudah lupakan semua itu. Adakah wanita itu kembali untuk merampas Hud daripada aku?
Sebaik saja tiba di ruang bilik aku, aku menyandarkan badan di kerusi. Tiba-tiba kepala aku terasa pening. Dipicit beberapa kali kepala aku sebelum aku membuat keputusan untuk mengambil cuti. Aku sendiri tidak pasti, hati atau kepala aku sedang sakit. Atau mungkin kedua-duanya.
Ketika aku berjalan melintasi meja kak Dijah, wanita itu tiada di situ. Terus terbantut niat hendak meninggalkan pesanan kepada kak Dijah untuk memberitahu Hud. Aku berlalu dari situ dan menuju ke lift.
Keluar saja dari bangunan itu, aku terus menaiki grab yang sedang menanti di luar pagar tersebut. Grab tidak dibenarkan masuk ke dalam.
Pulang saja ke rumah, terus aku membuat test UPT. Tidak bertangguh lagi. Cadangan kak Dijah terngiang-ngiang di telinga aku. Dan tidak salah rasanya aku mengikuti cadangan itu walaupun ketika ini dada aku berdebar menanti keputusannya.
'Double line, please...' bisik hati kecilku. Aku sangat berharap yang aku mengandung.
Lihat saja double line, aku mengukir senyuman gembira.
Ya Allah, terima kasih dengan rezeki yang Engkau berikan.
Rasa sakit tadi, digantikan dengan rasa bahagia.
"Hani!" itu suara Hud. Awal dia balik hari ini.
Suara Hud bersama dengan ketukan di pintu membuat aku cepat-cepat menyorokkan benda tersebut. Aku belum bersedia hendak memberitahu Hud. Biarlah dulu. Lagipun kehadiran Liyyan di syarikat Hud tadi membuat hati aku berbelah-bahagi hendak memberitahu berita gembira itu.
Gembirakah Hud jika dia tahu aku mengandung?
"Hani! Love!"
Aku menarik nafas terlebih dahulu sebelum membuka pintu bilik air. Tidak mahu Hud mencurigai sesuatu.
"Eh! Awal bie balik. Tak sihat ke?" Aku cuba berlagak seperti biasa.
"Sepatutnya bie tanya love. Kenapa love balik awal? Risau bie tahu tak bila tengok love tak ada dalam ofis. Nasib orang HR bagitahu bie yang love ambil half day. Love tak sihat ke?"
Aku nampak wajah risau Hud tetapi entah kenapa aku rasa seperti lakonan saja. Aku menepis tangan Hud yang naik menempel di dahiku.
"Rasa tak sedap badan sikit." Badan direbahkan di atas katil.
"Kenapa tak cakap kat bie? Jomlah kita ke klinik atau hospital."
"Tak mengapalah, Hani dah rasa okay sikit. Hani nak rehat."
Aku cuba pejamkan mata. Malas hendak melihat wajah Hud ketika ini walaupun aku tahu yang mata Hud tajam memandang tingkah-laku aku dan juga muka aku ketika ini. Ah! Biarlah. Tak salah rasanya kalau rasa cemburu menyapa di hati.
Selepas itu aku terus terlena tanpa memikirkan masalah itu lagi. Tidur dapat melupakan cemburu yang membelenggu dalam hati.
******
AKU terasa usapan lembut di pipi. Terasa seakan mimpi tetapi apabila merasakan ada hembusan nafas yang menampar pipi aku kali ini, aku membuka mata. Wajah Hud yang sedang ralit menatap wajah aku menyapa pandangan mataku.
"Maaf buat love terbangun."
Aku hanya diam tanpa membalas bicaranya. Dan hanya senyuman hambar yang aku ukir buatnya.
"Hani nak ke tandas."
Saja aku memberitahunya kerana ingin dia melepaskan aku dari pelukannya. Entah kenapa, melihat wajah Hud ketika ini, terbayang senyuman manis Hud untuk Liyyan tengah hari tadi.
Awak tak bahagia ke dengan saya, Hud?
Dan hati aku sakit apabila memikirkan akan hal tersebut.
"Okey."
Sepatah Hud membalas sebelum melepaskan pelukannya dan cepat-cepat aku melangkah ke bilik air. Air matanya yang aku tahan sejak tengah hari tadi, akhirnya terhambur keluar jua. Tiba-tiba aku terasa diriku cengeng. Sedangkan peristiwa lima tahun yang lepas, mengajar aku untuk menjadi Hanina Anastasyia yang kuat dan tabah.
"Love, buat apa kat dalam lama-lama tu." Hud memanggil aku bersama dengan ketukan bertalu-talu tetapi tidak terlalu kasar.
"Love, jangan buat bie risau."
Aku tidak mengendahkan panggilan Hud itu. Hati aku sakit dan kecewa saat ini. Aku tahu, tidak elok aku membuat Hud sebegitu tetapi hati aku yang sakit ketika ini, hanya aku yang rasa.
Selesai membersihkan diri, aku keluar bersama dengan bathrobe yang menutupi tubuhku. Pandangan Hud yang tajam itu, aku endahkan. Terasa tiada mood hendak berbicara.
"Love, are you avoiding me?" soalan Hud bagaikan angin yang lalu. Aku masih diam.
Hud mendengus sedikit kasar. Aku tahu, Hud sedang menahan sabar dan amarahnya.
"What's wrong with you, Hanina Anastasyia?" aku tahu, bila Hud sudah menyebut nama penuh aku, tahap kesabarannya semakin menipis.
"Nothing." Balas aku acuh tak acuh.
"Hanina Anastaysia Azam! Don't you dare to step out from this bedroom." Amaran keras Hud membuat langkah aku berhenti di hadapan pintu. Tangan yang baru saja hendak memulas tombol pintu, terjatuh ke bawah. Aku berpusing ke belakang. Memandang Hud yang sedang menahan amarahnya.
Entah kenapa, rasa pening datang menyapa lagi dan pandangan aku seakan berbalam-balam. Aku cuba mengedipkan mata beberapa kali tetapi masih lagi sama. Saat aku melihat Hud mendekati aku, aku rasa tubuh aku longlai tetapi tidak sempat menyembah lantai. Yang aku dengar nama aku dipanggil sebelum mata aku tertutup rapat.
*******
BAUAN ubat menusuk hidung aku. Silauan dari cahaya lampu menyukarkan aku untuk membuka mata tetapi aku cuba untuk mencelikkan mataku. Aku memandang sekeliling, serba putih. Lama aku cuba mencerna sebelum perkataan hospital muncul dalam benak fikiran aku.
Tetapi macam mana aku boleh berada di sini?
"Ya Allah, love. Love dah sedar." Aku dengar suara Hud mengucap syukur selepas melihat aku membuka mata.
"Kenapa Hani ada di sini?" aku menyoal Hud. Meminta penjelasan dari dia.
"Love pengsan tadi. Hampir melayang nyawa bie tengok love jatuh tadi. Nasib baik bie sempat sambut."
Cerita Hud mengingatkan aku bahawa Hud dan aku hampir bergaduh tadi.
"Guess what, love?" tiba-tiba Hud tersenyum gembira memandang aku.
Berkerut dahi aku dengan soalannya itu? Gembirakah dia melihat aku terlantar di hospital? Ya Allah, Hani! Apa yang aku fikir ni!
"You're pregnant, love. We're pregnant. Two weeks." Dengan teruja Hud memberitahu aku.
Aku tidak terkejut dengan berita yang disampaikan Hud kerana aku tahu itu. Melihat wajah Hud yang ceria dan tersangat gembira itu, perasaan bersalah mula hadir di dalam hati. Ternyata aku salah sangka. Hud mahukan anak ini.
"Kenapa ni, love? Love tak suka ke yang love mengandung?"
Soalan Hud menyentak aku dari terus melamun.
"Suka." Sepatah aku menjawab. Cuba mengukir senyuman manis tetapi jelas sekali hambar.
"Kenapa ni love? Cuba cakap dengan bie, apa masalah love yang sebenarnya?" ternyata Hud masih tidak berpuas hati sekali tidak dapat merungkai jawapan mengapa aku dingin dengan dia.
"You nak kembali pada Liyyan?" soal aku setelah lama berdiam diri. Sebenarnya aku cuba mengumpul kekuatan. Manalah tahu, Hud ceraikan aku sekali lagi kerana wanita itu. Jauh betul aku fikir.
"What?" terpinga-pinga Hud dengan soalan yang ditujukan oleh aku.
"Siapa cakap semua ni, love? Mana ada bie nak kembali pada Liyyan. Bie ada love saja." Penjelasan Hud buat aku menarik nafas lega. Aku terlalu cemburukah sehingga menuduh sebegitu?
"Ini mesti love tengok bie dengan Liyyan di pejabat tengah hari tadikan?" soalan Hud tepat mengena batang hidungku. Macam mana Hud boleh tahu ni? Adakah kak Dijah sebagai informer?
"Betulkan." Bukan soalan tetapi kenyataan dari Hud membuat aku ingin menyorok muka di bawah bantal. Apatah lagi melihat senyuman mengusik Hud itu.
"Tadi tu, Liyyan jumpa bie bertanyakan pasal syarikat. Suami dia pun ada juga. Syarikat bie dengan syarikat suaminya ada kerjasama untuk projek terbaru."
Penjelasan buat aku malu sendiri. Kenapalah jauh sangat aku berfikir. Sedangkan Hud berurusan dengan Liyyan atas urusan kerja. Melampau sangatkah cemburu aku?
"Hani minta maaf." Aku rasa bersalah kerana menuduh Hud bukan-bukan.
"Hani tak salah. Bie yang silap sebab tak beritahu Hani awal-awal."
Hud tidak marahkan aku. Aku rasa ingin menangis.
Tak! Bukan ingin menangis tetapi sudah menangis pun.
"Ya Allah, love. Kenapa menangis pula ni?" Hud memeluk aku sambil menyeka air mataku dari terus keluar. Terasa ciuman di kepalaku.
"Hani minta maaf sebab salah sangka dengan bie. Hani cemburu tengok bie berbual dengan Liyyan." Aku patut meminta maaf kepada Hud. Rasa berdosa kerana menuduh suami aku ingin kembali kepada Liyyan sedangkan sebaliknya.
"Dah...bie dah maafkan semua salah love. Janganlah nangis lagi. Kesian baby. Mama dia sedih, baby pun sedih juga."
Pujukan Hud berjaya meredakan tangisan aku. Tetapi teringatkan baby kami, rasa bersalah sekali lagi datang menerpa.
"Errr...bie, Hani ada benda nak beritahu ni." Aku mengigit bibirku. Risau Hud marah dan kecewa nanti.
"Beritahu apa?" Hud tunduk memandang aku.
"Errr...sebenarnyakan...Hani dah tahu yang Hani mengandung. Sebelum balik ke rumah tadi, Hani singgah farmasi. Hani beli pregnancy test. Hani tak beritahu bie sebab Hani cemburu tadi dan Hani risau sekiranya bie tak nak terima baby ni."
Aku perasan Hud cuba menghamburkan tawanya tetapi ditahan sebelum mukanya berubah serius.
"Tak nak terima baby kita? Kenapa? Bie gembira sangat-sangat lepas tahu love mengandung. Rasa nak peluk, tak nak lepas dah."
Terasa senang hati aku dengar pengakuan Hud. Suami mana yang tidak suka apabila isterinya mengandung. Hanya suami yang bodoh dan tidak tahu menghargai isteri saja yang tidak suka isteri sendiri mengandung.
"Yalah, Hani tengok senyuman bie bukan main melebar sangat bila bersama Liyyan. Jadi, Hani fikir bie tak naklah baby kita ni."
Hud ketawa mendengar kata-kata aku.
"Teruk juga cemburu isteri bie ni. Jangan turun pada baby kita sudahlah."
Aku hanya mampu tersengih saja mendengar kata-kata Hud. Tidak menafikan kerana itulah hakikatnya.
"Bie maafkan Hani tak?" aku mendongak memandangnya.
"Bie dah cakapkan tadi yang bie maafkan semua kesalahan isteri bie ni. Lagipun Hani tak ada buat salah apa-apa pun." Hud mengetatkan lagi pelukannya. Aku terasa senang diperlakukan sebegitu.
"So, bila Hani boleh keluar hospital? Tak bestlah duduk sini." Bau hospital membuat aku rasa hendak muntah sedangkan sebelum ini, aku bukan anti-hospital.
"Esok. Doktor kata tubuh Hani kurang air. Lepas habis sebotol air ni, love dah boleh discharge. Lagipun, doktor kata kandungan love masih lemah. Tapi, kalau esok Hani masih tidak sihat, terpaksalah bermalam di hospital lagi."
Dengar kata-kata Hud, membuatkan aku ingin sihat cepat-cepat. Tidak sanggup hendak berlama di hospital ni.
"Bie turun bawah dulu ya. Beli makanan untuk love." Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Selepas memberitahu apa yang aku ingin makan, Hud menghilang disebalik pintu wad. Kini hanya tinggal aku sendirian. Aku membuka tv sementara menunggu Hud kembali bersama makanan yang di pesan.
Tidak sabar hendak makan asam pedas ikan pari!
will update next chapter on the next day. thank you.
Share this novel
next